34. Kembali 🖤

4.1K 257 9
                                    

Langit semakin cerah, bunyi kicauan burung burung menjadi suara lagu yang tenang. Ada yang masih tidur setelah solat subuh, ada yang menghidupkan api untuk memasak.

“ Tenangnya ! ” Kata Faqiesha sendirian sambil tersenyum.

Air sungai yang mengalir lembut diperhatinya. Moga rasa sedih dan seksanya pergi seperti air sungai yang mengalir itu.

“ Selamat pagi, buat apa tu. ” Tegur Hazimi dari belakang. Rambutnya basah, mungkin sudah mandi selepas selesai solat subuh.

“ Selamat pagi Jimiy. Tengok sungai tu. Cantikkan? ”

Hazimi menatap wajah gadis dihadapannya yang tersenyum dengan mata terpejam itu.

“ Cantik ”bUjar Hazimi, masih belum mengalihkan pandangannya dari wajah Faqiesha.

“ Cantiknya anugerah Allah ni. Macam bidadari. ” Bisik Hazimi namun dapat Faqiesha dengar.

“ Huh? Apa? ” Soal Faqiesha, tidak faham.

“ Tak, Jimiy rasa nak menari tengok sungai ni. ”

Melopong mulut Hazwan dengan mata yang membulat memandang Faqiesha bersama Hazimi. Ini tak boleh jadi! Tak memasal Faqiesha kena kebas nanti!

“ Ish! ” Panggil Hazwan.

“ Eh Hazz? Dah mandi? ” Tanya Faqiesha. Rambut Hazwan juga basah.

“ Kau buat apa kat sini? Bahaya. Kalau jatuh dalam sungai tu macam mana. ”

Berkerut kening Faqiesha. Bagaimana dia boleh jatuh ke dalam sungai sedangkan jaraknya dengan sungai lebih kurang 20 meter?

“ Kalau jatuh, aku selamatkan. ” Hazimi senyum sinis. Sengaja mahu menduga Hazwan.

“ Ish nak pergi khemah jap, korang boraklah. ” Kata Faqiesha dan berlalu dari situ.

Pinggan Hazwan dicuit. Dia memandang Hazimi yang tersengih memandangnya.

“ Kenapa kau? Sakit? ” Tanya Hazwan, menjeling tajam.

“ Eiii! Jelas sangat cemburu tu. Cuba tutup sikit. ”

“ Apa yang cemburu? ” Hazwan dengan wajah seriusnya. Biarpun sudah jelas, masih lagi menipu.

Pinggangnya dirangkul Hazimi. Lelaki disebelahnya memeluk erat tubuhnya, berkali kali Hazwan cuba menolak. Dah kenapa dengan jantan ni?

“ Tepilah! Nanti orang kata aku gay! Tepi. ”

“ Tak apa, biar orang nak kata apa. Asalkan kita bahagia. ”

Hazwan meronta ronta minta di lepaskan. Memang sah otak Hazimi kurang separuh.

×××××

PREET !

Bunyi tiupan wisel kedengaran. Semua pelajar keluar dari khemah mereka menuju ke arah Cikgu Izwan. Mereka sudah bersedia untuk diberikan tugasan.

“ Kira peserta lelaki dan perempuan. ” Arah Cikgu Izwan.

“ Buat lima kumpulan. ” Sambungnya lagi.

Tergesa gesa Hazwan mendekati Faqiesha yang terkial kial mencari ahli kumpulan. Kemudian Nara pula berlari anak menghampiri Faqiesha dan Hazwan. Begitu juga dengan Hazimi.

“ Haish dia ni lagi. ” Rungut Hazwan sambil menjulingkan matanya.

“ Kumpulan korang seorang lagi, kan? ”

Serentak mereka menoleh ke arah suara itu. Wajah Nara berubah.

“ Kau nak apa Aerin? Masuk kumpulan lainla. ” Mentah mentah Nara menolak. Dia tahu, Aerin bakal menyusahkan kumpulan mereka.

“ Semua tolak aku, kenapa? Aku pun pandai memasak. Ish, terimalah aku masuk kumpulan kau. ” Aerin mengerdipkan matanya berkali kali.

“ Tak, pergi! ” Arah Nara separuh menjerit.

“ Tak apalah Nara, kita terima aje dia. Kesian dia tak ada kumpulan nak terima. Aku okay aje Nara. ” Jawab Faqiesha. Nara merengus kasar, Faqiesha ni baik sangat! Takkan dia tak boleh baca fikiran jahat Aerin tu?

“ Okay sila ambil bahan masakan. Telur, sardin, bawang, sayur. ” Arah Cikgu Izwan yang menunggu di meja bahan masakan.

Faqiesha bangun bersama Hazwan, lantas Aerin juga bangun dah menolak Faqiesha. Lekas lekas Aerin mendekati Hazwan. Faqiesha hanya perhatikan saja.

“ Berapa biji telur ni cikgu? ” Tanya Hazwan. Setin sardin sudah dia pegang.

“ kalau kumpulan awak lima, ambil lima. ”

Hazwan menoleh ke arah Aerin, memberi isyarat kepada gadis itu supaya mengambil lima biji telur.

“ Ooo, okay. ” Jawabnya lalu mengambil lima biji telur.

Perlahan Aerin melangkah ke arah Faqiesha. Sengaja dia jatuhkan sebiji telur diatas kepala Faqiesha namun sempat di sambut.

Aerin menoleh ke arah tangan itu. Hazimi tersengih memandangnya.

“ Hisy! Takguna. ” Gumamnya sendiri.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now