55. Kembali 🖤

4.1K 231 4
                                    

Suasana wad Hazwan terus sepi. Bukan saja didalam, malah di luar pun tiada orang yang lalu lalang. Karina dan Quzairi pulang terlebih dahulu dengan janji seawal pagi esok mereka kembali.

Karina kurang sihat, sejak dia tahu Hazwan di tikam tadi terus dia pengsan dan tubuhnya lemah.

Surah yassin sudah berkali kali Faqiesha ulang. Beberapa minit selesai membaca Faqiesha kembali perhatikan wajah Hazwan.

“ YA ALLAH.. Terima kasih hadirkan hamba-MU ini. Selamatkanlah dia YA ALLAH. ” Dia berdoa perlahan.

Air mata seakan kering. Kelopak mata sudah terasa kebas, kepalanya pula terasa berdenyut denyut berat. Faqiesha menarik nafas panjang. Dia tidak boleh menjadi lemah, dia harus kuat untuk Hazwan.

“ Bangunlah Hazz, Ish rindu. ” Bisiknya.

“ Ish.. ”

Fazwan muncul dengan segelas air di tangan.

“ Nah, minumlah air ni Ish. Boleh segarkan sikit tubuh Ish tu. ” Air kopi panas dihulurkan kepada Faqiesha. Senyuman yang terukir tidaklah semanis dulu. Pahit seperti kopi yang tidak di tambah gula.

“ Terima kasih, Fazz. ” Ucapnya.

“ Ish nak pergi mandi ke apa ke bolehlah. Biar Fazz tunggu Hazwan sekejap. ”

Faqiesha mengangguk angguk. Tubuhnya sudah melekit. Dia hanya sempat mandi beberapa minit saja tadi setelah itu bergegas ke hospital.

“ Ish.. Keluar dulu ya? ”

Belum sempat Faqiesha membuka pintu, Fazwan memanggilnya. Faqiesha menoleh dengan kedua kening terangkat.

“ Nah, nanti bacalah apa yang ada dalam buku ni. Okay? ”

“ Buku apa ni Fazz? ” Faqiesha membelek belek buku berkulit warna coklat. Sepertinya sebuah nota.

“ Adalah, baca aje. ”

“ Hm, yelah. ”

Sebaik saja membuka pintu, kelihatan Faqiera dan Hazimi sedang duduk di kerusi menunggu.

“ Kakak? Ingat dah balik tadi. ”

“ Ish.. Kakak tunggu Ish lah. ” Balas Faqiera.

“ Baba dah jumpa kakak? ” Soalnya lalu merebahkan punggungnya ke kerusi menunggu.

“ Dah, dia speechless sangat tadi. ” Faqiera ketawa kecil bila teringatkan wajah Quzairi yang terkejut melihatnya.

“ Dia kata tak sangka kakak hidup lagi. ”

“ Yelah, hilang berbelas tahun kot. ”

Hazimi hanya diam membisu di sebelah Faqiera. Ada sesuatu yang dia masih tidak puas hati!

“ Jimiy? ” Panggil Faqiesha perlahan.

“ Ya. Apa? ”

Faqiesha menoleh ke arah kakak kembarnya dengan wajah berkerut.

“ Okay tak ni? ” Soal Faqiesha. Pelik pula tiba tiba Hazimi berperangai begitu.

“ Okay aje dia ni cuma dia marah sikit. Dia merajuk sebab kakak tengking dia haritu. ” Sampuk Faqiera.

“ Kenapa? Korang bergaduh eh! ”

“ Salah kakak, kakak yang percaya kata Aerin. ” Ujar Faqiera. Dia juga merasa bodoh kerana percayakan Aerin. Padahal sudah tau yang Aerin tu penipu.

“ Aerin cakap apa? Nak tau juga. ”

Faqiera menoleh ke arah Hazimi yang masih mencebik disebelahnya.

“ Aerin kata Jimiy sukakan Ish. ” Jawab Faqiera.

“ Dan Faqiera cemburu! ” Hazimi mencubit lembut pipi Faqiera.

“ Kak, semua orang tahu Aerin tu mental. ”

Faqiera mengangguk, kesal. Kenapalah senang sangat percayakan Si Aerin tu.

“ Hazwan dah sedar? ” Faqiera lantas mengalihkan topik. Soalan yang dilontarkan itu membuat Faqiesha tambah gelisah.

“ Belum, kak. Doktor kata 70 peratus dia akan sedar atau mungkin dia boleh koma. ”

“ Tak, macam mana Hazwan boleh ada sekali? Peliklah. ” Faqiera menoleh ke arah Hazimi. Hanya dia dan Hazimi saja yang tahu dimana Faqiera tinggal selama beberapa bulan itu.

“ Aerin macam mana? ” Soal Faqiesha.

“ Dah dibawa ke balai. Disebabkan umurnya bawah 18 tahun dan dia juga salah seorang dari mental illness, dia akan di hantar ke hospital jiwa. ” Jelas Hazimi panjang lebar.

“ Kenapa ya Aerin jadi macamtu? ” Tanya Faqiesha. Pasti ada sebab kenapa Aerin jadi begitu.

“ Kurang kasih sayang, mungkin. Mak dengan ayah dia bercerai masa umur dia 10 tahun. Ayah dia jual dia pada lelaki india lepastu lelaki India tu pula jual pada seorang dato. Dia jadi anak angkat dato tu sampai umur 13, dia dijadikan pemuas nafsu. ” Jawab Hazimi. Kesian tapi itulah realiti dunia sekarang.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now