51. Kembali 🖤

3.9K 228 1
                                    

“ Nak ikut. ”

Mak Jah dan Pak Mat menoleh dengan wajah pelik. Inilah pertama kali anak majikannya hendak ikut mereka ke pasar.

“ Pasar tu berbau Ish. Macam macam bau tau. ” Beritahu Mak Jah.

“ Mak Jah, Ish taulah pasar tu berbau. Nama lagi pasar. Apa pun, Ish nak ikut. ” Terus Faqiera masuk ke dalam kereta tanpa hiraukan pembantu rumah dan pemandu keretanya.

Pak Mat memberhentikan kereta di hadapan pasar ikan. Ikan apa yang mahu Mak Jah belikan pun tidak tahu, dia hanya ikut saja.

Matanya meliar ke semua arah. Bimbang juga, takut takut ada orang suruh Aerin. Kalau dia yang kena tak apa, bimbang orang tak bersalah pun kena juga.

“ Ish nak apa? Ketam? Ayam? Itik? Kerbau?  ” Seloroh Mak Jah.

“ Nak ikanlah Mak Jah. Boleh? Nak makan ikan keli berlada. Fuh! Kalau makan, memang berpeluh satu badan. ” Jawabnya dengan mata terpejam memikirkan ikan keli yang sudah siap dimasak.

Mak Jah mengangguk dengan senyuman. Macam macam sungguh Faqiesha yang baru ini.

Tiba tiba wanita yang menjual ikan menjerit ketakutan sambil tunjuk kearah belakang Faqiera. Laju Faqiera menoleh dan mengelak.

Semua yang ada disitu sudah menjerit ketakutan dan melarikan diri saat melihat lelaki itu bersama sebilah parang!

“ Ish, lari Ish. ” Mak Jah memanggil Faqiera. Namun tidak dia endahkan, dia tetap disitu.

“ Aku dah agak dah. ” Bisiknya.

Sekali lagi lelaki itu menyerangnya dan melempar parang ke arahnya. Pantas Faqiera menggapai sebungkus mee yang tersusun dan melemparkan kearah parang tersebut hingga terbelah dua.

“ Fuh. Kalau aku yang kena ni, sah sah terbelah dua jugak. ” Faqiera menggeleng.

Lelaki itu datang menendangnya. Faqiesha sudah terjatuh. Dia terus bangun dan menangkap kepala lelaki itu. Ditolaknya lelaki itu kedalam air ikan yang hanyir.

“ Ish! Belakang kau! ” Satu suara kedengaran. Pantas Faqiera berpaling, seorang lagi lelaki bersama sebilah pisau memandangnya tajam.

Pisau di angkat tinggi, dengan seluruh tenaganya menujam pisau yang dipegangnya ke arah Faqiera. Di saat saat akhir, Zarra sempat menghadang tikaman lelaki itu dengan tubuhnya. Mata pisau itu sudah terbenam di perut gadis malang itu.

“ Zarra! ” Jerit Faqiera. Namun Zarra tidak memberikan reaksi. Darah terus mengalir laju keluar dari perut dan mulutnya. Orang orang yang berada disitu hanya diam melihat Zarra.

“ Panggil ambulan! Cepat! ” Arahnya kepada orang orang yang berada disitu.

Faqiera kembali mendapatkan lelaki tadi. Amarahnya sudah tidak dapat dikawal! Kalau ikutkan hati, ingin saja dia menikam lelaki itu.

“ Siapa yang suruh kau ikut aku? ” Tanya Faqiera. Kolar baju lelaki itu dicengkam kasar.

“ Bagitau aku, cepat! ” Jerkah Faqiera.

Lelaki itu hanya tersenyum. Perlahan lelaki itu menggapai tongkol kayu lalu menghentak kepala Faqiera dengan kuat.

“ Ira! ” Seorang lelaki mendapatkannya. Hanya samar samar wajah lelaki itu dapat Faqiera lihat.

“ Allahuakhbar! Ish! Bangun Ish! ” Mak Jah turut lari menghampiri Faqiera yang sudah terbaring.

“ Jangan bergerak! Angkat tangan ke atas! ”  Arah anggota polis. Beberapa orang lagi sedang memegang pistol, diarah kepada dua orang penjahat itu.

“ Jangan tinggal aku.. Tunggu, aku bawa kau pergi hospital. Tolong, tolong jangan tinggal aku. ” Lelaki itu sudah menangis ketakutan melihat Faqiera tidak bergerak. Ditangannya penuh darah.

“ Bangunlah! ” Jeritnya. Kepala Faqiera yang berlumuran darah dikesat perlahan dengan lengan bajunya.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now