45. Kembali 🖤

4K 244 6
                                    

Beberapa keping duit RM1 dan RM5 dimasukkan ke dalam beg. Zarra menjenguk ke luar rumah. Sunyi sungguh malam malam begini. Takut pula mahu berjalan sendiri.

“ Kau nak pergi mana? ” Tegur Zahir. Terkejut Zarra dibuatnya.

“ Kakak ada hal, nak keluar. ” Jawab Zarra lalu menyarungkan sandals ke kakinya.

“ Bawah saji tu ada lauk, makanlah. Kakak pergi dulu. ” Tambah Zarra sebelum turun untuk ke hospital. Zahir mengusap usap lehernya, sebenarnya dia mahu meminta maaf tetapi segan pula.

“ Kak! ” Panggilnya. Terus Zarra menoleh dengan kedua kening di angkat.

“ Hati hati. ” Balas Zahir lalu menutup pintu rumah. Zarra tersenyum sendiri. Adik lelakinya itu baik sebenarnya, cuma keadaan memaksa.

Mulut tidak lepas dari meminta doa supaya Tuhan melindunginya. Zarra menuju ke arah lorong gelap dengan langkah yang berat.

Prap!

Langkah Zarra terhenti. Dia tarik nafas dalam dalam. Takut pula nak berpaling ke belakang.

“ Ya Allah, selamatkan aku. ” Bisik Zarra. Dia mula mengayun langkah lagi. Tapi rasanya seperti ada seseorang sedang mengekorinya.

“ Za.. ”

Buk! Buk! Buk!

Zarra melayangkan beg sandangnya berkali kali.

“ Sakit! Sakit! ” Jerit lelaki yang dipukulnya. Lelaki itu meminta minta supaya Zarra berhenti.

“ Kenapa kau ikut aku! ” Teriak Zarra. Dia masih memukul lelaki itu dengan begnya. Entah siapalah, pencurikah? Perogolkah?

“ Oi! Sakitlah. ”

Zarra terdiam. Suara itu seperti dia kenal. Tapi, siapa?

“ Adoi, sakitnya.. ” Keluh lelaki itu lagi. Lampu suluh bersaiz kecil dinyalakan lalu dihalakan ke arah Zarra.

“ Eh silau lah! Arah dekat tempat lain. ” Arah Zarra sambil tunduk menutup wajahnya.

“ Ni aku! Syafzan! ”

Zarra terbuntang. Alamak! Dia fikir penjahat tadi.

“ Maaf, aku ingatkan siapa tadi. Aku takut. Kau kenapa ikut aku ni? Kenapa kau ada dekat sini? Bukan ker kau duduk di hospital sekarang? ” Bertubi tubi Zarra menyoal. Rasa bersalah pula pukul Syafzan begitu sekali.

“ Hisy! Nantilah aku cerita. Ni bahu aku ni sakit sangat. Alamak! Ker bahu aku dah tak ada? Tercampak dekat mana? ” Syafzan menyuluh ke arah jalan pula.

“ Apa kau merepek ni Syaf? Bahu kau ade ajelah. Bongok. ” Selar Zarra.

“ Hm, aku ni dahlah sakit. Dapat bongok pula tu. ” Keluh Syafzan sambil mengusap bahunya yang sakit.

“ Kau nak kemana malam malam buta ni? ”

Zarra mengangkat beg sandangnya sambil menghela nafas panjang.

“ Aku cerita dekat kedailah. Jom? ”

×××××

“ Ooo.. Macamtu.. ” Syafzan mengangguk angguk faham dengan cerita yang disampaikan Zarra.

“ Jadi, kau janganlah bagitau sesiapa. Ini untuk kebaikan aku, kau, semua. ” Kata Zarra.

“ Tapi Zarra, satu hari nanti semua orang akan tau juga. Kan? ”

“ Ya syaf aku tau, cuma.. ”

“ Dah ah, malas nak cakap pasal benda ni. ” Potong Syafzan. Tangan kiri di angkat, pembalut luka dibuka perlahan lahan. Berkerut kerut dahi Syafzan menahan sakit.

“ Eh, kau nak buat apa ni Syaf? ” Tanya Zarra. Ngeri pula tengok darah dari luar pembalut itu.

“ Aku nak kemaskan lilitan ni. Habis longgar kena pukul dengan kau tadi. ” Balas Syafzan dalam sindiran.

“ Err.. Sorry. Oh aku lupa pula nak tanya, bukankah kau dekat hospital? Tetiba aje ada dekat sini. Tak bagitau pun boleh keluar. ”

Syafzan mendekatkan dadanya ke meja makan. Dia memandang orang sekeliling sebelum menjawab.

“ Aku lari. ” Bisiknya. Zarra terbuntang. Lari? Lari dari hospital?

“ Kenapa? Perut kau dah okay? ”

Syafzan ketawa kecil.

“ Aku bosan duduk hospital. Lagi pun aku takutlah Zarra. Macam ada orang perhatikan aku aje. ” Cebik Syafzan.

“ Perhati? ” Soal Zarra.

“ Ya. Aku selalu nampak seseorang pakai serba hitam perhatikan aku tiap kali balik dari tandas tau. Sampai aku ajak mak aku teman aku. ”

Zarra sekadar mengangguk dengan senyuman yang hambar. Sepertinya dia kenal seseorang yang diberitahu Syafzan.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now