7. Kembali 🖤

5.7K 359 1
                                    

Waktu pembelajaran pagi ini dimulakan dengan biologi. Waktu untuk Cikgu Zarif masuk ke kelas bakal menjengah beberapa minit lagi.

“ Cikgu datang! ” Ujar seorang pelajar lelaki sambil berlari ke tempat duduknya.

“ Bangun, Assalamualaikum cikgu. ” Lantang suara ketua kelas diikuti para pelajar yang lain.

“ Waalaikumussalam, lepasni cikgu perlu keluar kejap sebab ada hal. Boleh tengok tengok dulu buku teks biologi tu. ” Pesan Cikgu Zarif.

“ Aku rasa ada budak barulah. ” Pelajar meja hadapan saling berbisik.

Beberapa minit kemudian, Cikgu Zarif berjalan masuk ke kelas. Benarlah apa yang mereka katakan tadi, ada pelajar baru.

“ Wah, hensem sia. ” Masing masing terpengun dengan pelajar baru itu. Tinggi, mata berwarna hazel, bulu mata lentik.

Class, ini Hazwan pelajar baru 4 Sains. Hazwan boleh kenalkan diri awak. ” Tutur Cikgu Zarif.

Terbuntang Faqiesha saat melihat Hazwan, itu lelaki semalam. Oh tidak!

“ Hai, aku Muhammad Hazwan Zamir. Aku dari sekolah Elite Prima Land. ”

Membulat mata mereka bila dengar nama sekolah lama Hazwan. Biar betik! Itu sekolah nombor satu atau lebih dikenali dengan sekolah yang penuh dengan budak bijak.

“ Kenapa kau pindah sini? ” Tanya salah seorang pelajar 4 Sains.

“ Entah, saja. ”

“ Okay Hazwan, boleh cari tempat kosong dah duduk. ” Kata Cikgu Zarif.

Hazwan melangkah sambil mencari cari meja kosong. Di bahagian lelaki sudah tidak ada.

“ Haa, tu pun dia. ” Bisik Hazwan. Dia memandang ke arah Faqiesha yang tunduk 100 darjah ke bawah.

“ Aduh! Apa aku nak buat ni? ” Monolog Faqiesha sendiri. Malu yang semalam pun belum hilang. Sekarang dia perlu duduk disebelah lelaki ini pula? Tidak!

×××××

Berlari lari para pelajar menengah atas turun kebawah. Berebut rebut mahu turun tangga, memang tidak boleh di harap untuk menjadi contoh junior.

Faqiesha seperti biasa, dia akan menggunakan tangga hujung kerana kurang pelajar menggunakan tangga itu. Katanya haunted. Tapi apa nak kisah? Asalkan cepat sampai. Tambah pula Nara selalu menunggunya didewan sebelah tangga itu.

“ Ada budak baru eh kelas kau? Handsome wey. Jap aku nak bandingkan kau dengan dia ” Usik Nara.

“ Haa mula la merepek ” Balas Faqiesha.

“ Faqiesha ! ”

Belum sempat Faqiesha menoleh kebelakang, rambutnya ditarik kasar hingga terundur ke belakang.

“ Kau pehal! ” Balas Nara sambil menepis tangan Aerin.

Happy la kau kan? Duduk dekat dengan laki ensem? Dasar gedik! ” Jerit Aerin lagi.

Faqiesha mengusap rambutnya. Airmata perlahan lahan jatuh kepipi. Aerin selalu memperlakukannya seperti tidak bermaruah, selalu memalukan dihadapan khalayak ramai.

“ Siapa yang gedik? Kau yang gedik! ” Jerit Nara kembali.

“ Huh? Aku gedik? Weh bengap. Kau dengar sini, jangan berani berani nak menggatal dengan budak baru ” Pesan Aerin sambil menolak bahu Faqiesha.

“ Dahlah! ” Nara cuba meleraikan dengan cara baik.

“ Kau bengap, sebab tu mak kau tinggalkan kau. Hahaha padan muka! Kau pun sama lar Nara. Miskin! Busuk! ”

Nara perhatikan saja lagak si Aerin. Dihirupnya air milo kotak itu sambil bernyanyi nyanyi.

Aerin menarik straw air kotak milo itu dari bibirnya. Dia berkelakuan seperti menghidu sesuatu.

“ Kenapa rinn? ” Tanya Zarra buat buat cemas.

“ Aku bau benda macam hanyir gitu. Kau ada bau tak? ”

Aerin mendekatkan hidungnya pada tubuh Nara. Buat buat menghidu sesuatu.

“ Eh bau kau lah! Bau darah ikan hahaha! ” Aerin ketawa terbahak bahak. Dia tidak perasan, hanya dia dan Zarra saja yang ketawa seperti orang kurang siuman.

“ Tak guna ! Dasar mak lampir! ” Terus Nara menyerbu kearah Aerin yang masih tertawa.

Air kotak milo yang berada ditangan Aerin diramasnya dengan kuat hingga terpercik keluar sampai terkena pada baju putih Aerin sendiri.

“ Pergi! ” Nara menolaknya hingga terduduk dilantai.

“ Jangan berani nak cuba hina aku. Biarlah mak bapak aku kerja pasar ikan pun, asalkan dia tak kecewa ada anak. Bukan macam kau, mesti mak bapak kau sedih sebab anak dia macam ni ” Balas Nara dengan nada yang tinggi. Kalau boleh, biar satu sekolah dengar.

“ Arhh! Zarra, melekit! Hei Nara kau ingat eh. Harini kau lepas! ”

“ Okay! Thankyou very much! ” Balas Nara lalu mengheret Faqiesha pergi.

[C] KEMBALI 🖤Kde žijí příběhy. Začni objevovat