50. Kembali 🖤

3.9K 251 4
                                    

" Oi! Buat apa tu. "

Faqiesha menoleh dengan sebuah senyuman. Wajah Nara ditatapnya lama.

" Kau kenapa tengok aku macamtu? Tabula rindu aku. " Seloroh Nara.

" Jom masuk. Dari tadi tercegat dekat pagar ni. " Ajak Nara lalu memaut lengan sahabatnya.

" Jap, kau makin cantiklah. Aku nak peluk boleh? "

Berkerut kerut wajah Nara memandang Faqiesha. Dah kenapa dia ni? Buang tabiatkah? Selalu tak puji pun.

" Kau okay tak Ish? Demam? " Soalnya sambil meletakkan tapak tangan ke dahi Faqiesha.

" Tak! Aku tak demam. Cuma nak peluk. " Jawabnya lalu memaut tubuh Nara ke pelukannya.

" Haa dah, jom masuk. "

Sejak bermula pembelajaran pagi hingga tengah hari, Faqiesha asyik perhatikan Hazwan. Sampaikan Hazwan rasa janggal pula asyik diperhatikan.

" Kau kenapa ni? " Tanya Hazwan dengan wajah marah.

" Hisy! Perangai dia tak berubah ubah. " Gerutu hati Faqiesha.

" Haa mengumpat pasal akulah tu dalam hati. " Balas Hazwan. Tau tau saja!

Tiba tiba mejanya ditendang. Tersentak Faqiesha dibuatnya. Apa pula kalini? Baru hendak lepaskan rindu!

" Kau kenapa ni Aerin? Main tendang tendang meja. " Tanya Faqiesha. Mood baiknya seperti mahu melayang dek kerana gadis itu yang tiba tiba meroyan.

" Hai semua, kalau nak tahu. Ini bukan Faqiesha. Nama dia Nuratie Faqiera. " Laung Aerin sambil tersenyum.

Faqiesha tergelak sendiri.

" Apa kau merepek ni Aerin? Penatlah nak dengar kau melalut. " Balas Faqiera.

" Buktikan yang kau adalah Faqiesha. "

Pen yang berada ditangan dihentak ke meja. Hidupnya benar benar tidak tenteram dengan adanya Aerin. Faqiesha berdiri memandang Aerin yang boleh di anggap sakit jiwa itu.

" Apa? Apa? Kau nak tampar aku? Tamparlah! " Aerin cuba mencabar Faqiesha.

" Setakat kurung aku, selam aku dalam air kotor tu tak buatkan aku serik. " Bisik Aerin.

" Tolong jangan cabar kesabaran aku. " Faqiesha cuba untuk berlembut.

" Apa kata.. Kau pergi dari sini? Atau kau nak rasa mati untuk kali kedua? Eh bukan mati, tapi mampus. "

Pantas Faqiera mengangkat pen yang berada dimeja. Berteriak mereka didalam kelas saat melihat hujung pen itu hampir benar dengan mata Aerin!

Nasibnya baik kerana Hazwan sempat menahan tangan Faqiesha. Kalau tidak, pasti Aerin sudah buta.

" Cucuklah! Cucuk mata aku dengan pen kau tu. Kalau kau betul betul Faqiesha, kenapa kau nak marah? "

Buk!

Tumbukan kiri hinggap di pipi Aerin hingga terduduk dilantai. Bibirnya sudah berlumuran darah.

" Tak guna! " Aerin bangun melawan.

Pang!

Aerin terduduk lagi. Pipinya bertukar kemerahan ditampar Faqiesha. Sekali lagi dia cuba untuk bingkas namun ditendang Faqiesha.

" Aku bukan yang dulu, Aerin. " Tajam tatapan mata dari Faqiesha. Namun Aerin takkan berhenti disitu!

" Kalau tak percaya, tengok tanda lahir di belakang leher dia. Kalau ada itu bermakna dia Faqiesha! "

Segera Delly berlari ke arah Faqiesha dan melihat belakang lehernya. Delly terbuntang.

" Haa! Tengok tu. Tak ada, kan? " Aerin sudah gembira bila dapat membuktikan gadis itu bukan Faqiesha.

" Adalah. Ni haa. " Delly memusingkan badan Faqiesha menghadapanya.

" Tak! Tak mungkin. Tak! " Aerin menerpa ke arah Faqiesha lalu menarik baju sekolahnya hingga terkoyak di bahagian belakang. Mujurlah Faqiesha memakai inner.

Pantas Hazwan menanggalkan baju sekolahnya dan menutup belakang Faqiesha.

" Kau gila ker Aerin! " Jerkah Hazwan. Pantang benar jika Faqiesha diperlakukan begitu.

" Memang aku gila! Dia bukan Faqiesha! Percayalah apa yang aku cakap ni. " Rayu Aerin bersungguh sungguh.

" Kau penipu! Kau pembohong Aerin! Kau pembunuh! " Sepertinya ada suara yang berbisik di telinga. Aerin duduk ke kaki meja. Dia tunduk memeluk lututnya.

" Tak, aku tak bunuh dia. Percayalah. "

" Betul. Aku tak bunuh. "

Berkali kali Aerin mengulang kata katanya. Pandangan dari rakan kelas yang lain membuatkan Aerin semakin takut.

" Aku tak bunuhlah! "

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now