43. Kembali 🖤

4.1K 253 1
                                    

“ Kenapa kau pucat? Sakit sangat ker tangan tu? Maaf, kawan. ” Ucap Faqiera sambil tersengih. Dia memandang terus ke anak mata Aerin.

“ Macam mana.. ”

“ Macam mana apa? ” Potong Faqiera, sengaja. Dia tahu pasti Aerin mahu bertanya kenapa dia masih hidup.

“ Nama kau apa? ” Tanya Faqiera walaupun dia sudah tahu nama sebenar Aerin.

Aerin berkerut. Nama? Kenapa pula Faqiesha tiba tiba pelik saja.

“ Dia tak tahu nama aku? Dah gila ke betina ni? ” Getus Aerin.

Meja kelas ditepuk hingga membuat Aerin tersentak. Dia kembali lagi ke alam nyata.

“ Siapa nama kau? ” Ulang Faqiera sekali lagi.

“ Kau tak ingat aku? ” Tanya Aerin, perlahan lahan dia bangun dan menghampiri Faqiera. Dengan pantas Aerin melayangkan tangan untuk menarik rambut Faqiera namun cepat Faqiera mencengkam tangan Aerin dulu.


“ Aw! Arghh! ” Keluh Aerin, kuat. Meronta ronta dia melepaskan tangannya.

“ Maaf sekali lagi kawan. Oh ya, nama aku Faqiesha. Faqiesha yang baru. ” Bisik Faqiera lalu mengukirkan senyuman yang paling manis untuk Aerin.

Aerin merentap tangannya. Wajah Faqiera ditatap penuh hairan. Adakah ini Faqiesha? Kenapa gadis itu terlalu berani menentangnya?

“ Aerin, dahlah tu. ” Pujuk Zarra. Sesekali dia memandang Faqiera yang sedang perhatikan mereka berdua. Perit sekali jika teringatkan hari itu! Nasib baik Hazimi sempat menahan Faqiera kalau tidak pasti dia sudah arwah.

Cikgu Zarif yang masuk ke kelas menghentikan mereka berdua. Masing masing mengambil tempat.

Class, Ada sesuatu cikgu nak bagitau ni. ”

Semua murid memandang Cikgu Zarif, menunggu guru itu melanjutkan niatnya.

“ Kalau nak tau Ish hilang ingatan. Kepalanya terhantuk pada batu kerana tergelincir masa mendaki bukit haritu. ” Beritahu Cikgu Zarif bagi menghilangkan rasa bingung antara pelajar.

“ Ooo... ” Sahut mereka diiringi anggukan.

“ Jadi, buat baik ya pada Ish. Dia lupa nama kita semua. Alah, anggap macam pelajar barulah. Senang. ” Kata Cikgu Zarif. Takut takut Aerin membuli Faqiesha saja.

Faqiera hanya tersenyum. Sebenarnya, semua sudah dia kenal sejak Faqiesha menjejakkan kaki disekolah itu dia sudah cari semua maklumat tentang rakan kelas Faqiesha dari tingkatan satu hingga empat.

×××××

Perut berkeriuk menandakan dia benar benar lapar. Zarra sekadar menelan liur saat melihat orang lain menjamah selera dikantin. Semalam duitnya dicuri ayahnya hingga habis satu tabung. Apalah yang hendak dia telan dengan adiknya nanti.

“ Hisy! Macam mana dia boleh hidup! ” Aerin menggaru garu kepalanya. Kenyataan ini benar benar sukar di terima!

“ Nasib baik betina tu hilang ingatan, kalau tidak.. ”

“ Rin, kau ada duit tak? Aku nak pinjam. ” Tanya Zarra dengan nada sayu. Dia benar benar lapar sekarang. Terpaksalah dia tebalkan muka untuk meminjam wang.

“ Serabutlah kau ni! Aku tengah kusut ni tau tak! ” Teriak Aerin. Pantang benar kalau ada orang menyampuk saat dia bercakap.

Zarra tunduk. Perut yang kosong digosok perlahan. Bukan sekadar lapar, tekak pun dahaga.

Duit bernilai RM50 sekeping dihulurkan. Zarra mengangkat wajahnya dengan wajah teruja.

“ Aerin.. Terima ka.. ” Kata katanya terhenti begitu melihat orang lain yang memberikan duit itu.

“ Ambillah, tadi kata lapar. Pergi beli makanan sampai habis Rm50 tu. ” Ujar Faqiera. Benci memang benci kerana Zarra telah membuli adiknya namun itu takkan membuatkan dia rela melihat Zarra kelaparan.

“ Tak payah! ” Tiba tiba duit itu di ambil dari tangan Zarra dan di lempar ke wajah Faqiera.

“ Aku boleh bagi, seribu sehari pun aku boleh bagi. Ambik duit kau ni main jauh jauh. Kitorang tak hadap duit RM50 ciput kau tu. ” Kata Aerin.

Faqiera mencengkam dagu Aerin kuat kuat. Terpejam mata Aerin menahan sakit.

“ Duit tu aku bagi pada Zarra. Bukan kau. ”

Hazimi berlari menghampiri mereka. Tangan Faqiera direntap melepaskan cengkamannya.

“ Dah, jom. ” Ajak Hazimi. Tak pasal pasal ke bilik disiplin pula nanti!

“ Zarra, ambil duit tu. ” Arah Faqiera sebelum pergi.

“ Tak payah Zarra! ” Sekat Aerin. Zarra hanya pekakkan telinga. Dia terus mengambil duit RM50 itu dan pergi ke kantin.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now