31. Kembali 🖤

4.5K 257 1
                                    

Setelah tamat peperiksaan, tibalah hari yang di tunggu tunggu. Masing masing dengan beg pakaian mereka, hanya menunggu bas tiba dan berangkat pergi.

Faqiesha hanya sebuah beg galas dan sebuah beg kecil untuk ubat ubatan. Manalah tahu kalau kalau tiba tiba sakit. Siapa tahu?

“ Ish! ” Jerit Nara sambil menghampiri sahabatnya. Berseri seri wajah Nara hari ini.

“ Wah, banyak ker barang kau bawa? ” Tanya Nara, beg galas Faqiesha diintainya.

“ Banyak? Tak adalah. Bawa untuk 4 hari ajelah. Bawa banyak banyak malas. ”

“ Ish, dah lamalah aku tak nampak Zarra. Dia pindah ker? ” Soal Nara. Jika disekolah, hanya Aerin saja yang ada berjalan sendiri.

Faqiesha menjungkitkan bahunya. Dia pun tidak tahu kemana Zarra. Tapi entah kenapa hatinya rasa tidak enak.

“ Weh Jimiy. ” Panggil Hazwan dengan nada mendatar. Namun tidak dia toleh ke arah Hazimi.

“ Mende? ”

“ Aku nak tanya sikit. ”

“ Mende? ”

Hazwan hanya melihat Hazimi dengan hujung mata saja sebelum kembali bertanya.

“ Selama tiga minggu peperiksaan, aku perasan tak yang Aerin tu asyik perhatikan Ish. ”

Hazimi membetulkan keduduknya. Tubuh yang bersandar pada kerusi dibawa ke depan sedikit.

“ Ada juga perasan, aku baru nak tanya kau. ”

“ Kann.. Aku rasa ada sesuatu yang jadi ni. Mesti dia ada rancang apa apa pada Ish. ” Hazwan membuat andaian sendiri.

“ Kau rasa? ” Kali ini dia menoleh sepenuhnya ke arah Hazimi.

“ Boleh jadi juga, so? ” Pandangan mereka bertaut lagi.

“ Aku akan berikan perhatian penuh pada Ish. ” Ujar Hazwan dengan penuh keyakinan. Kedengaran Hazimi mengekek ketawa.

“ Kenapa? Apa yang lawak? ”

“ Kau? Nak jaga dia? Biar aku yang jaga. ” Hazimi mengangkat kedua keningnya tinggi tinggi.

Kedengaran tayar bagasi diheret atas lantai menghentikan perbualan mereka. Semua melemparkan pandangan ke arah gadis yang sedang melenggang dengan sebuah bagasi pink.

“ Tumpang lalu! ” Ujarnya, lantang.

“ Tengok tu, berlagak diva. ” Bisik Nara. Faqiesha hanya tertawa kecil.

“ Tadi cakap nak lindungi? Nak jaga? ” Kata Hazimi. Hazwan dan dia memandang antara satu sama lain lalu tersenyum. Dalam kiraan tiga mereka berdua lari ke arah Faqiesha.

××××

Pada jam 11 pagi perjalanan mereka bermula. Ada yang tidur kerana mabuk kenderaan, ada yang bernyanyi, ada yang bersedih kerana meninggalkan mak.

Faqiesha pula memakai earpod di kedua belah telinga dan mendengar lagu bagi menghilangkan bosan. Nara disebelahnya sudah ternganga tidur. Naik bas belum 20 minit sudah lena.

“ Tunggu! ” Suara seorang perempuan kedengaran. Cikgu mengintai keluar tingkap, salah seorang pelajarnya sedang berdiri berhampiran bas.

“ Zarra. ” Ujar Hasyraf, terkejut. Sudah hampir sebulan Zarra tidak kelihatan, peperiksaan pun tak datang.

“ Zarra? Eh tepi tepi tepi! ” Aerin berlari keluar dari bas.

“ Weh! Kau kemana? Puas aku cari tau. ”

Zarra hanya membatukan dirinya, wajah Aerin ditatap lama.

“ Kau kenapa ni? Okay tak? ” Tanya Aerin. Zarra mengalihkan pandangannya.

“ Okay, aku okay. Maaf, ada masalah keluarga. Aku dah mesej guru hal ehwal murid. ” Jelas Zarra. Aerin hanya angguk dan naik ke bas semula.

“ Kau okay tak ni? Haih, risaulah. ” Suara Hasyraf yang agak kuat itu terdengar di telinga Faqiesha. Lagu ditutup, Faqiesha memandang Hasyraf yang menggosok belakang Hazwan.

“ Dah kenapa pula? ” Bisik Faqiesha.

“ Ayaf, okay tak tu? ”

Hasyraf menoleh, dia menggeleng.

“ Kenapa? ”

“ Entah, pucat aje. Katanya loya. Aku rasa mabuk kenderaan ni. ” Beritahu Hasyraf, masih menggosok perlahan belakang Hazwan. Dia memang ketua kelas yang baik.

“ Ish ada minyak angin, nak tak? ”

“ Boleh juga tu. ”

Faqiesha mengeluarkan beg ubat ubatan yang dia bawa. Segala jenis ubat ada didalamnya.

“ Nak plastik tak? ” Tanya Faqiesha.

“ Buat apa plastik? ” Hasyraf bingung.

“ Yela takut Hazz nak muntah ke apa. ”

“ Hm, bolehlah. ”

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now