22. Kembali 🖤

4.6K 266 0
                                    

“ Assalamualaikum, Hasyraf ada? ” Seorang pelajar lelaki berdiri dipintu kelas sambil meninjau ninjau ke dalam.

“ Tak ada, dekat tandas rasanya. Kenapa? ” Soal Hazwan.

“ Bang, Madam Min suruh pergi pejabat. ”

Hazwan hanya angguk dan terus turun ke bawah. Lagi pun dia hanya duduk bersahaja dan berbual kosong. Cikgu pula tak ada.

“ Haa ini Hazwan datang pun. Hazwan, ini  Hazimi, pelajar baru kelas kamu. Boleh tolong madam hantar dia ke kelas? ”

“ Boleh, madam. ” Jawab Hazwan lalu melangkah naik ke kelas semula diikuti oleh Hazimi.

Sesekali Hazwan menoleh ke arah pelajar baru disebelahnya. Hendak di tegur segan, tambah pula Hazwab seorang yang tidak gemar memulakan perbualan dengan orang baru.

“ Dah lama ke sekolah kat sini? ” Tanya Hazimi.

“ Lama dah, dua bulan ” Pantas Hazwan menjawab.

Ketawa kecil Hazimi mendengar jawapan Hazwan. Jangka masa 2 bulan ada jangka masa yang lama?

“ Jadi kau pelajar baru jugalah? ” Soal Hazimi. Hazwan mengangguk.

“ Hai, aku Hazimi. Kita boleh jadi kawan? ” Hazimi menghentikan langkahnya sambil menghulurkan tangan. Hazwan menghentikan langkahnya.

“ Okay. ” Jawabnya lalu menyambut salam.

Tuk Tuk Tuk!

Hazwan mengetuk pintu kelas sebelum melangkah masuk. Semua mata memerhatikan mereka, terutamanya Aerin dan Zarra.

“ Korang, ni rakan kelas baru kita ”

“ Kau kenalkan diri kau. Lepas tu cari tempat duduk. ” Ujar Hazwan dan melangkah meninggalkan Hazimi.

“ Hai semua, nama aku Azwa Hazimi. Boleh panggil aku jimiy. Okeylah, tu je kot. ”  Terkidum kidum Hazimi menahan malu.

Pelajar perempuan seperti biasa, mula mengumpul soalan untuk tanya pada pelajar baru. Nanti adalah yang cuba mengorat.

Faqiesha dari tadi tersenyum senyum memandang Hazimi si pelajar baru membuat Hazwan mulai tidak nyaman.

“ Ehem hem. ” Hazwan berdehem sengaja. Kenapa pula Faqiesha ni tersenyum senyum tengok pelajar baru? Ada apa apa ker ni?

“ Ada tempat kosong? ” Tanya Hazimi.

Aerin memandang kearah Delly yang leka menulis nota namun dibalas dengan jelingan. Delly bukan semudah itu untuk dipergunakan.

“ Anisa. Boleh tak awak pergi duduk dekat Mallia? Please. ” Rayu Aerin. Anisa rakan kelasnya dengan terpaksa berangkat pergi ke sebelah Mallia.

“ Sini! ” Jerit Aerin. Dia melambaikan tangannya. Namun Hazimi bagaikan tidak nampak dan menuju kebelakang. Terdapat sebuah meja kosong berhampiran meja Faqiesha dan Hazwan.

Delly menggigit bibir, hendak ketawa kesian pula. Awal awal Aerin sudah kena friend zone!

“ Hai. ” Tegur Hazimi.

Faqiesha tidak dapat melihat wajah Hazimi, dari tadi lagi Hazwan ke depan ke belakang hingga menutup wajah pelajar baru.

“ Hai.. ” Balas Faqiesha. Hanya tangan saja yang dapat dilihatnya.

“ Memang dah kenal ke macam mana? Macam rapat je. ” Kata Hazwan, dia sudah tidak senang duduk.

“ Tak, cuma muka dia macam familiar. ”

Hazwan menjeling kearah Hazimi. Familiar

“ Mende familiar? Kau tu kenal tiga kerat manusia aje. ” Bisik Hazwan.

“ Tak apa tak apa, asalkan aku lagi ensem. ”

×××××

Quzairi baru pulang dari mesyuarat bersama klien, pembantu peribadinya datang menghampiri lalu dihulurnya telefon bimbit.

“ Oh, terima kasih Tia. ” Ucapnya.

“ Tuan, masa tuan meeting tadi ada orang call. ” Beritahu Tiara.

“ Ada orang call?  ” Bisiknya sambil menggapai telefon bimbit. Memang kebiasaan kalau berjumpa dengan klien, dia akan beri telefon pada pembantunya supaya tidak menganggu.

“ Tuan, saya keluar dulu. ”

Quzairi mengangguk dengan mata yang masih tertacap pada skrin.

Unknown number?  ” Rasanya tidak ada yang tahu tentang nombor peribadinya. Lainlah kalau nombor untuk butik.

Nombor ditekan, Quzairi mendekatkan telefon bimbit ke telinga. Beberapa saat menunggu barulah panggilan itu di jawab.

“ Hello? Siapa tu? ” Soal Quzairi cepat cepat. Talian senyap.

“ Hello? ”

Tut Tut Tut!

Talian sudah ditamatkan. Berkerut Quzairi cuba berfikir kenapa orang itu membuat panggilan berkali kali. Malah bila di telefon kembali, dia tidak bercakap.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now