19. Kembali 🖤

4.8K 297 9
                                    

“ Nak pergi ke tak nak.. Nak ke tak nak.. ” Faqiesha berbisik sendiri. Matanya tertumpu pada rumah Karina. Dia pun tidak pasti adakah mahu berikan jam itu sekarang atau disekolah esok saja.

“ Kalau tak pergi.. Hadiah ni? Ah pergi aje lah. ” Getusnya lalu melangkah pergi ke rumah Karina.

Loceng rumah ditekan. Faqiesha menanti Hazwan keluar dengan penuh debaran.

“ Dik, Ish datang. ” Laung Fazwan dan berlari keluar membuka pintu pagar.

“ Assalamualaikum. ” Faqiesha memberi salam.

“ Waalaikumussalam. Mehlah masuk. ” Ajak Fazwan.

“ Fazz, ni ada hadiah sikit. Murah murah aje, tak mampu lagi. ” Kata Faqiesha. Kedengaran pintu gelangsar dibuka, serentak Fazwan dan Faqiesha menoleh. Hazwan pula berjalan lambat lambat seperti tidak diberi makan sebulan.

“ Dik, ada hadiah birthday. ” Fazwan memberitahu. Hazwan mengangguk, tidak asa rekasi teruja langsung.

“ Ni mesti jam kan? ” Soal Fazwan sambil menyeluk ke dalam beg kertas yang diberi Faqiesha tadi.

“ Mestilah jam, kau tengok tu nama dia Jewellery and watches store. ” Bidas Hazwan. Fazwan menggaru garu kepala, tak sedar pula ada nama kedai. Teruja sangat!

“ Haa! Jam. Wah, Cantiknya. ” Ujar Fazwan.

“ Maaf Ish tak tahu apa yang lelaki suka. Ish asyik fikir jam je ”  Dia tersenyum.

“ Tak apa Ish. Lain kali kalau Ish tak tahu nak bagi apa, Ish bagi je hati Ish dekat Fazz ”  Fazwan tertawa kecil.

Hazwan berdecit. Tiba tiba menyampah pula dengan abangnya.

“ Um, korang.. Ish balik dululah. Nanti Ish balik baru korang buka hadiah tu. Okay? ”

“ Okay budak comel. ” Balas Fazwan.

Hazwan menjeling, ah! Tahap meluatnya sudah hampir ke tahap terakhir. Nak saja dia smack down Fazwan.

“ Ada apa apa ker? Sweet sangat nampak ”

“ Hey! Cemburu ker? ” Fazwan tertawa kecil. Jelas terpapar di wajah Hazwan.

“ Cemburu? Tolong sikit erk. Tak ada cemburu dalam kamus hidup aku. ” Hazwan sudah berdiri untuk masuk ke dalam rumah.

“ Yelahtu, aku bukan nujum tapi aku nampak. ”

Hazwan terus melangkah masuk meninggalkan abangnya.

×××××


“ Yes! Yes! ” Hazwan melompat lompat gembira. Jam tangan berwarna hitam emas itu ditatapnya.

“ Kenapa awak cantik sangat? ” Soal Hazwan pada jam tangan itu.

Tiba tiba pintu biliknya dibuka. Pantas Hazwan membaringkan tubuhnya dan buat wajah kosong seperti tiada apa apa yang berlaku.

“ Hm? Nak apa? ” Soal Hazwan sebaik saja abangnya duduk dibirai katil.

“ Aku rasa rumah ni nak roboh tadi. Kenapa ya? ” Soal Fazwan, padahal sudah tahu.

“ Apa kau merepek ni? ” Bentaknya pantas.

“ Kau gembira sebenarnya, kan? Fruitheart bagi hadiah. ” Fazwan menduga.

Sesaat Hazwan menjeling tajam kearah abangnya dan mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

“ Jangan nak merepek la bang. Aku kawan dengan dia dan dia hanya jiran ”

“ Uwuuu! Taknak ngaku. Baiklah, kita tengok aje nanti. Haih, tak lena tidur malam asyik teringatkan senyuman Ish.. ”

Hazwan menggapai gitar yang tersandar di dinding untuk dilempar kepada Fazwan. Fazwan ketawa mengekek.

“ Kau nak bunuh aku? Hahahaha! ”

“ Kalau aku lahir dulu daripada kau, time kecil kecil dulu aku cekik aje kau ni. ” Hazwan menjeling.

“ Sampainya hati kau dik! kalau aku tak di lahirkan, tak adalah lelaki paling kacak didunia ni. ”

Blurp!

Hazwan buat buat hendak muntah. Kalau muntah betul betul, biar muntah diatas kepala Fazwan. Berlagaknya lain macam!

“ Dah! Keluar. Nak muntah aku dengar. ”

“ Nak muntah ker, nak terberak ker tak kisahlah. Yang penting Ish betul betul comel. Kalau kau taknak, aku nak ”

Hazwan mencapai bantal busuknya lalu melempar ke muka Fazwan. Mujur Fazwan sempat lari keluar.

“ Zamir suka Ish! ” Fazwan menjelir jelirkan lidahnya dimuka pintu.

“ Hisy! Dahlah tu bang. Bising! ” Hazwan menutup pintu biliknya.

“ Zamir suka Ish! ” Laungan Fazwan diluar bilik masih kedengaran.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now