48. Kembali 🖤

3.8K 254 8
                                    

Masing masing diam dan duduk dikerusi sendiri. Masih leka menyalin nota dari papan putih walaupun guru sudah keluar.

Sesekali Aerin memandang Zarra yang masih lincah menulis nota. Dia menoleh ke belakang pula, Faqiera juga masih ralit menulis.

“ Ehem. Aku dah siap. ”  Kata Aerin tiba tiba sambil mengeluarkan cermin soleknya.

Zarra sekadar mengangguk dan kembali menyambung kerjanya. Memang perlukah bagitau jika sudah siap?

“ Bagi aku buku kau. ” Ujar Aerin.

“ Kenapa? Aku belum siap lagi. ” Jawab Zarra.

“ Bagi je lah. Selalu kau suruh Ish buat okey jer. Tak payah nak berlagak baik, kau dengan setan tak ada beza. ” Bentak Aerin sambil mengheret buku log Zarra.

“ Nah. Kerja rumah untuk harini. Jangan lupa siapkan. ” Ujar Aerin sambil melempar beberapa buah buku ke arah Faqiera. Dia yang sedang menyimpan buku ke dalam beg terdiam. Wajah Aerin ditatapnya.

“ Wah, tak serik. ” Kata Faqiera dengan perlahan.

“ Serik apa? Oh yang kurung dalam stor tu? Sikit pun tak ada rasa takut. ” Kedengaran angkuh saat Aerin menjawab. Memang minta penampar!

Faqiera tersenyum sinis memandang buku buku yang dilempar Aerin tadi.

" Berapa muka surat karangan kalini kau nak suruh aku buat? 10? Satu buku log ni?  "  Sindir Faqiera.

Aerin hanya diam dan berlalu pergi. Belum sampai di muka pintu, kepalanya terasa seperti di lempar sesuatu.

“ Tak guna! ” Teriak Aerin sambil mengusap belakang kepalanya yang agak senak dilempar buku log yang tebal itu.

Saat dia menoleh, sekaligus beberapa helai kertas kajang dilempar ke muka Aerin.

“ Eh, maaf sekali lagi. Sengaja. ” Bisik Faqiesha sambil ketawa kecil. Aerin memandang tajam, merona kemerahan wajahnya. Marah.

“ Marah ker? Macam mana rasanya bila orang buat kau macamtu? Malu? Sakit? Macamtu lah yang aku rasa haritu masa kau lempar kertas dekat muka aku! ”

“ Kau akan menyesal, Faqiera. ” Bisik Aerin.

×××××

Selesai membuang air kecil, Faqiera menuju pula ke paip. Tiba tiba belakang lututnya disepak hingga terduduk dilantai.

Segera dia menoleh. Aerin tersenyum sambil memegang batang penyapu.

“ Itu aje yang kau sediakan? ” Soal Faqiera, tidak gentar kalau setakat batang kayu.

“ Kau malukan aku dalam kelas? Sekarang aku nak bagi kau rasa pula! ” Serentak dengan itu Aerin menyerangnya. Batang kayu itu di hala kearah Faqiera.

Faqiera mengelak sedikit, dengan pantas dia mencengkam rambut Aerin dan menolak gadis itu hingga rapat ke dinding.

“ Nah, cium dinding tu puas puas. Aku penat tau nak layan kau ni. Macam budak budak. ”

“ Nuratie Faqiera, sampai bila nak berlakon jadi orang lain? ”

Faqiera terdiam sebentar. Bagaimana Aerin tahu?

“ Kau nak aku bagitau semua orang yang kau bukan Faqiesha? ” Aerin senyum sinis.

Tanpa menjawab apa apa, Faqiera menolak kepala Aerin kedalam sinki yang tersumbat yang dipenuhi tisu, sisa makanan, plastik pembalut tuala wanita.

Kepala Aerin di angkat. Turun naik dada gadis itu mencari nafas.

“ Dah cukup? ” Tanya Faqiesha dan menolak Aerin hingga terduduk dilantai.

“ Ingat Aerin, jangan sampai aku selam kau dalam sisa kumbahan. ” Bisik Faqiera.

“ Kau ni bukan Ish, kan? ”

Faqiera memandangnya serius.

“ Aku cuma nak bagitau kau yang Hazimi tu gila gilakan Ish. Diorang sempat bercinta tau. ”

“ Oh yeke? Jadi, dia sukakan akulah dulu. Wah, terima kasih beritahu. ” Faqiera tersenyum.

“ Hahaha! Kau akan menyesal dengan apa yang kau buat ni, Faqiesha. ”

“ Menyesal? Kau akan menyesal Aerin. ” Balasnya. Faqiera melangkah mendekati Aerin yang masih duduk di lantai. Dia mendekatkan bibirnya ke arah telinga Aerin.

“ Kau perlu tau satu benda. Watak utama akan selalu menang. ” Bisiknya lalu meninggalkan Aerin.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now