10. Kembali 🖤

5.6K 328 3
                                    

Hari sudah lewat malam namun Faqiesha masih belum melelapkan matanya. Setiap peristiwa hitam yang berlaku didalam hidupnya terlintas difikiran.

“ Agaknya, sampai bila aku nak bertahan macam ni? ” Bisiknya.

Telefon bimbitnya berdering dimeja melenyapkan lamunan. Faqiesha menggapai telefonnya. Siapa pula membuat panggilan pada waktu begini?

“ Hello? ”

Talian senyap.

Agaknya siapa pula yang menelefonnya kali ini. Setelah panggilan ditamatkan, telefon berdering lagi.

“ Hello? Siapa tu? ” Ulangi Faqiesha dengan nada yang sedikit keras.

“ Ops! Wrong number. ” Suara meminta maaf lalu mematikan talian. Faqiesha pelik.

“ Takkan call dua kali kalau dah tau salah nombor? ” Getusnya.

×××××

Pagi pagi lagi hujan sudah turun agak lebat. Dia sudah tidak sedap hati. Agak lama dia diam berdiri dihadapan pintu rumahnya.

“ Kenapa Ish? ” Soal Pak Mat yang baru saja sampai.

Faqiesha hanya diam sahaja. Pak Mat sudah tahu yang Faqiesha tidak akan menceritakan apa apa kepadanya. Dia hanya mencuba nasib sahaja.

“ Pak Mat parking jauh sikit dari sekolah boleh tak? ”  Pinta Faqiesha.

“ Baiklah ” Akur Pak Mat.

Dia tidak mahu sesiapa tahu bahawa dia adalah seorang anak usahawan tersohor. Biarlah dia dikenali sebagai seorang pelajar yang sederhana saja.

Langkah diatur menuju ke pintu pagar dengan matanya yang meliar mencari Aerin dan Zarra seperti biasa.

Gedebuk!

“ Aduh! Eh dia ni ”  Bunyi suara lelaki. Faqiesha mengangkat wajahnya. Alamak!

“ Maaf, maaf! ” Ucap berkali kali.

Hazwan tunduk memandang Faqiesha yang agak rendah itu sambil mempamerkan wajah bengangnya.

“ Jalan guna mata, jangan guna telinga. ” Marah Hazwan lagi.

“ Eh dia ni, dia yang duduk tengah jalan ni! ” Gumamnya dengan wajah yang tertunduk. Memang tak beranilah nak tatap Hazwan sekarang.

“ Cik pendek, boleh tepi tak? ” Kata Hazwan.

Dengan wajah separuh marahnya dia mengangkat kepalanya memandang Hazwan.

“ Apa? Pergilah! Takkan nak pergi dengan aku pulak? ”  Bebelnya sendiri.

“ Ehem. Pergi aje lah. Kenapa saya perlu ke tepi? Dewan dekat belakang awak ”

Hazwan memandangnya dengan wajah kosong. Nasib baiklah baru saja lepas hujan, sejuk sedikit hatinya.

“ Sila alihkan kaki anda dari kaki saya. ”  Ujar Hazwan dengan jari telunjuknya terarah pada kaki.

“ Allah! Sorry sorry sorry. ”  Ucap Faqiesha berkali kali. Dengan segera dia mengalihkan kakinya yang berada diatas kaki Hazwan.

Baru saja Faqiesha mengeluarkan tisu dari beg sekolahnya, Hazwan sudah melangkah pergi.

Faqiesha tepuk dahi sendiri. Dasar perasan! Siapa yang nak ajak dia berjalan sekali? Sudahlah nerd! Malu sungguh! Dia mengomel pada dirinya.

Didewan perhimpunan, mereka perlu berkumpul mengikut kelas. Pelajar lelaki dan perempuan dari kelas yang sama perlu duduk sebelah menyebelah.

Hidungnya menangkap aroma bau minyak wangi yang agak menyenangkan. Dahinya berkerut, bau minyak wangi itu tidak asing.

Perlahan dia cuba menoleh kearah sisinya. Tidak! Hazwan Zamir juga sedang memerhatikan Faqiesha dengan jelingan tajam.

“ Arhhhhhh! Apa pasal dia ni dekat sini ” Omel Faqiesha. Sengaja buat buat garu kening untuk menutup wajahnya.

Hazwan mendekatkan bibirnya ke telinga gadis disebelahnya. Membuat Faqiesha seperti mahu pengsan disitu. Ops! Faqiesha yang sedingin ais batu kini cair.

“ Ada tisu? ”  Bisik Hazwan.

Laju Faqiesha mengangguk. Tangannya meraba poket beg sekolahnya mencari cari tisu.

“ Nak bagi tadi taknak! ”  Bebelnya perlahan.

“ Nah. ”  Tisu dihulurkan. Tetapi Hazwan tidak menyambutnya. Kenapa pula dia ni!

Kasut sekolah berwarna hitam dihempas perlahan dihadapan Faqiesha. Matanya membulat. What!

“ Err.. Apa? ” Faqiesha menayangkan wajah selamba. Hazwan merengus kasar.

“ Lap. ” Balas Hazwan sambil tersenyum kambing.

Lap? Berkerut keningnya cuba fahami apa yang Hazwan mahukan sebenarnya.

” Lap? ” Soalnya. Dia benar benar blur.

“ Aku gigit jugak kau ni. Lap kasut aku, siapa suruh pijak! ” Sela Hazwan.

Cepat cepat  Faqiesha mengelap kasut itu. Nak di marah memang salahnya, ikutkan sajalah.

“ Biar bersih ” Ujar Hazwan dengan berlagak. Bossy sangat!

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now