17. Kembali 🖤

5.1K 291 6
                                    

Quzairi mengusap lembut kepala anak gadisnya. Kadang dia terfikir, adakah dia tidak memberi perhatian pada Faqiesha? Adakah dia gagal menjadi bapa yang baik?

“ Ish.. Maafkan baba pasal haritu. ” Ujarnya. Faqiesha yang melempar pandangan keluar tingkap kereta segera menoleh.

“ Tak apa baa, maafkan Ish juga sebab tak hormat baba. Cakap kasar. ”

“ Okay sayang, lepasni baba janji akan biarkan Ish buat keputusan untuk kebahagiaan hidup Ish. ” Quzairi mencium dahi Faqiesha. Matanya berkaca.

“ Ish yakin nak pergi sekolah? ” Tanya Quzairi mahu kepastian. Lagi pun masih beberapa km untuk ke sekolah, kalau tidak mahu pergi boleh balik.

Faqiesha mengangguk. Dia benar benar yakin untuk ke sekolah, lagi pun Syafzan berada di tangan polis.

Sebaik saja sampai di sekolah, Hazwan sudah berdiri di pintu pagar. Faqiesha tersengih bahagia.

“ Awh! Dia dah ada.. ” Bisik Faqiesha. Bertambah excited Faqiesha hendak belajar!

“ Bye, Assalamualaikum. ” Ucapnya sambil bersalaman dengan Quzairi.

Faqiesha menguntumkan senyuman saat melihat Hazwan. Arghh! Cair..

“ Hai, Hazz. ” Sapa Faqiesha.

“ Hai. ” Balas Hazwan dengan wajah kosong.

Hazwan meninjau ninjau ke arah luar sekolah. Siapa pula yang dia cari? Faqiesha sudah disini.

“ Hazz.. Cari siapa? ” Soal Faqiesha.

“ Aku tunggu Hasyraf, lambat pula dia harini. ”

Wajah Faqiesha berubah. Bukan main perasan lagi tadi, rupanya Hazwan tunggu orang lain.

“ Kau okay tak? ”

Faqiesha menoleh ke arah Hazwan. Dia mengangguk laju.

“ Kenapa pipi kau merah aje? ” Tanya Hazwan sambil membongkokkan badannya supaya sama tinggi dengan Faqiesha. Pantas Faqiesha menekup kedua dua belah tangannya ke pipi. Dia menunduk.

“ Merah? Nampak sangat ker pipi aku merah? ” Bisiknya.

“ Ish! ” Suara lelaki memanggilnya. Dari jauh kelihatan Fazwan berlari lari bagai kanak kanak riang.

“ Eh Fazz. ”

“ Ish buat apa dekat sini? ” Tanya Fazwan.

“ Tengah bercakap dengan.. ” Faqiesha berpaling, dia senyap.

“ Huh? Bercakap dengan siapa? ” Soal Fazwan. Dia turut melihat lihat ke belakang Faqiesha.

“ Aik? Tadi.. ”

“ Jom Fazz teman Ish pergi kelas. ” Fazwan menarik lengan Faqiesha pergi.

Faqiesha berkerut. Hazwan benar benar ada disini tadi bersamanya.

Perlahan lahan Hazwan melangkah keluar dari pondok keselamatan. Dia melepaskan nafas lega sambil mengurut dadanya.

“ Fuh! Nasib baiklah mamat kepoh tu tak sempat nampak. ” Monolog Hazwan.

×××××

Aerin melangkah menghampiri Faqiesha. Gadis itu menayangkan wajah prihati saat melihat dagu Faqiesha masih dilekatkan plaster.

“ Ish! Kau okay? Aku risau bila dengar masuk hospital. Maaf sebab tak sempat nak melawat kau. ” Berkerut kerut keningnya menunjukkan simpati.

“ Tak apa. ” Jawab Faqiesha, malas mahu melayan gadis gila ini.

Tiba tiba Aerin menarik plaster yang menutup luka didagu Faqiesha hingga mengerang kesakitan.

“ Sakitlah Aerin! ” Marahnya.

Memang benar benar tidak ada rasa belas kasihan, Aerin malah ketawa melihat Faqiesha kesakitan.

“ Rin, dahlah tu. ” Pujuk Zarra.

Faqiesha menoleh ke arah Zarra. Dahinya biru kesan lebam.

“ Zarra, kenapa dahi kau? ” Faqiesha cuba menyentuh dahi Zarra namun Aerin pantas merentap.

“ Tak payah nak tunjuk baik. Dah Zarra, hok pergi. ” Lengan Zarra ditarik kasar, berkerut kerut Zarra menahan sakit.

Tidak lama selepas itu kelihatan Hazwan melangkah masuk dari pintu depan. Lelaki itu menayangkan wajah selamba.

“ Hazz dari mana? ” Tanya Faqiesha. Dia masih tidak berpuas hati dengan kejadian Hazwan tiba tiba hilang tadi.

“ Aku dari tandas, kenapa? Sibuk aje. ” Bentak Hazwan.

Hasyraf datang ke meja mereka sambil membawa dua buah buku kecil.

“ Hazz, kenapa tadi kau laju turun pergi dekat pagar? Tak sempat aku tanya. Kau ada hilang barang ker? ”

Hazwan menoleh ke arah Faqiesha yang turut mendengar soalan Hasyraf kepada Hazwan.

“ Huh? Jadi korang dah naik sekali la? ” Faqiesha bertanya untuk kepastian. Lekas Hazwan bingkas lalu menutup mulut Hasyraf.

“ Eh Raf, kau kata nak pergi jumpa Cikgu Zarif? Jom aku ada hal juga. ” Hazwan menariknya pergi. Arghh! Dasar lelaki tak boleh menjaga rahsia.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now