12. Kembali 🖤

5.1K 299 1
                                    

“ Rin? Aerin? ” Panggilnya sambil melangkah ke sebuah lorong. Jemarinya ligat mencari nombor telefon Aerin. Hujan pula sudah turun perlahan lahan.

Tiba tiba sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Faqiesha terpaku, kakinya terasa berat untuk diangkat.

“ Baba.. ” Nama itu  keluar dari bibirnya tanpa dirancang. Faqiesha memejamkan mata, hanya berserah dan menunggu tubuhnya dirempuh saja.

“ Maafkan Ish! ” Jeritnya lalu memejam rapat kedua mata.

Tubuhnya terasa melayang dan beberapa minit kemudian mulai terasa hangat walau dia kebasahan.

“ Ehem.. ”

Faqiesha celik sebaik saja terdengar deheman seseorang. Terus dia bingkas sebaik saja dia melihat susuk tubuh seseorang didepannya.

“ Hati hati. ” Pesan seseorang itu dan melangkah pergi. Tidak sempat Faqiesha bertanya apa apa dia sudah hilang dalam hujan yang lebat.

Berpakaian serba hitam dengan topeng muka yang dikenakan memang sukar untuk Faqiesha melihat wajahnya.

“ Alhamdulillah. ” Faqiesha melepaskan nafas lega. Memang dekat benar kereta tadi dengannya. Kau tiada sesiapa disitu mungkin dia sudah mati dilanggar.

Faqiesha memandang ke sekeliling. Suasana lorong yang suram itu menimbulkan perasaan takut.

“ Baik aku lari. ”  Bisiknya. Dengan kiraan yang belum sampai tiga, terus Faqiesha berlari.

“ Bang! ” Panggil Faqiesha sambil melambai lambai ke arah pemandu grab yang duduk di hadapan 7eleven.

“ Haa ya? Adik okay tak ni? Basah aje. ” Soalnya.

“ Okay bang. ”

“ Ada apa adik jumpa kawan? Memang dia stay dekat Jalan Dahlia ker? ”

Faqiesha memandang tepat ke arah lelaki dihadapannya. Ada sesuatu yang mahu dia tanya pada pemandu grab itu.

×××××

“ Kau pergi mana semalam? Aku mesej tak balas. Buat apa guna phone tu kalau tak balas mesej? ”  Nara sudah mula berleter.

“ Maaflah, aku keluar semalam. ” Jawabnya. Nara sudah berkerut kerut marah. Pantang sungguh kalau orang tidak membalas mesejnya, tambah tambah lagi sahabatnya sendiri.

“ Iyalah. Banyak alasan kau. ”

“ Hisy! Kau ni.. Janganlah marah aku. Membebel sampai boleh buat karangan! ”

Nara yang tadinya jauh beberapa langkah dari Faqiesha, datang menghampiri. Mata Faqiesha ditatapnya dalam dalam.

“ Aku bukan membebel Ish, aku risau apa apa jadi dekat kau. ” Kata Nara.

Mata Faqiesha berkaca. Perlahan tangannya dipaut pada pinggang Nara yang tinggi itu.

“ Semalam, Aerin ada chat aku suruh pergi satu tempat ni. Aku pergilah, tiba tiba ada kereta datang laju pula tu. Macam dia sengaja nak langgar aku kat situ. Nasib baik ada orang selamatkan aku. ”  Jelasnya.

“ Serius? Mesti betina tu yang rancang. Tak guna! ” Nara sudah menyinsing lengan baju sekolahnya. Rasa marahnya sudah menguasai akal fikiran.

“ Kau duduk sini, aku pergi jumpa dia! ” Gerutu Nara sambil mengepal ngepal tangannya.

Sebelum Nara berjalan keluar, Faqiesha menahannya.

“ Janganlah! Kau tengok aku ni, aku okaylah. ”

“ Hey Nuratie Faqiesha, kau ni hampir kena langgar dengan mak lampir tu kau lagi nak back up dia? ”

Faqiesha menggeleng laju. Bukanlah hendak back up sesiapa, cuma malas mahu membesarkan masalah.

“ Hampir aje. Kau tengok aku ni, sihat sejahtera lagi. Dahlah jangan tambah masalah lagi. ” Rayu Faqiesha. Melihat wajah sahabatnya itu membuat Nara tenang. Dia kembali duduk dikerusi sebelah Faqiesha.

“ Kau jangan pergi mana mana sorang diri boleh tak? Aku risau. ”

Tanpa sebarang kata Faqiesha meletakkan kepalanya dibahu Nara.

“ Hmm, janji jangan pergi kalau Aerin panggil? ”

Faqiesha mengangguk sambil menjulurkan tangan kepinggan Nara. Menggeliat dia dibuatnya.

“ Gelilah! ” Ujar Nara sambil menepis tangan Faqiesha yang sudah terbelit di pinggangnya.

“ Huh? Geli? ” Faqiesha senyum nakal. Dia berdiri dan menggeletek pinggan Nara bertalu talu. Termengah mengah Nara melawan.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now