25. Kembali 🖤

4.5K 248 8
                                    

Hazimi menekan punat cahaya di jam tangannya. Jam sudah pun menunjukkan 6.00 petang. Tiada siapa yang datang mencari mereka disitu. Perut sudah bernyanyi nyanyi dari tadi.

Bunyi kilat memanah membuat Faqiesha berkali kali terkejut. Perasaan takut tidak henti menguasai diri. Sejak kecil lagi Faqiesha takut mendengar bunyi guruh atau kilat. Dia juga tidak tahu mengapa dia fobia dengan bunyi itu, mungkin kerana bunyinya yang terlalu kuat.

" Ish.. Takut kilat? " Tanya Hazimi dengan suara yang rendah.

" Hmm.. " Jawabnya ringkas.

" Jimiy pun takut kilat? " Tanya Faqiesha pula.

Dia mengeluh panjang.

" Takut.. " Jawabnya ringkas.

" Kenapa? "

Hazimi diam. Beberapa saat berlalu, dia kembali bersuara.

"Jimiy hilang abah dan adik perempuan Jimiy dalam hujan yang lebat, dalam kilat yang kuat. " Jawabnya. Nada suaranya kedengaran sedikit sebak.

" Hilang..Ayah? Adik? " Dahi Faqiesha berkerut. Ini bermakna Hazimi hidup dengan seorang ibu saja.

" Ya. Ayah kemalangan masa bawa adik ke hospital. "

Faqiesha mengangguk. Kisah hidup Hazimi agak tragik dan menyakitkan. Setiap kehilangan, tiada yang bahagia.

" Sebabtu.. Jimiy pindah ke sini. Jimiy dengan mama masih tak boleh lupakan mereka berdua. " Sambungnya lagi.

" Adik Jimiy sakit? "

" Dia.. "

Hazimi terdiam sebentar. Kotak tangisan yang tertahan didadanya hampir pecah.

" Dia kena buli dekat sekolah. Dia terjatuh dari koridor, patah tangan. " Ujarnya tersekat sekat.

" Mesti adik Jimiy cantikkan? "

" Hahaha, tengoklah abangnya. " Sempat lagi Hazimi mengangkat bakul. Perasan sungguh!

Beberapa minit kemudian, Faqiesha sudah lena dengan kepalanya tersandar pada bahu Hazimi.

" Maafkan abang, Ayu. " Ucapnya dengan nada berbisik. Mujurlah stor itu gelap, air mata yang mengalir pun tidak kelihatan.

Samar samar cahaya luar menyuluh ke wajah Faqiesha. Hazimi diam seketika menatap wajah gadis itu.

" Sama, kau sama macam dia. Hanya kekuatan yang membezakan. " Bisik Hazimi. Rambut Faqiesha yang menutup wajah diselak sedikit.

×××××

Siling putih biliknya ditatap. Otaknya pula terfikirkan Faqiesha. Apa agaknya yang dia buat sekarang? Dah makan? Dah tidur?

" Jap lagi pecah siling tu. Kalau dia ada mulut, dia dah bagitau yang dia takut sebab kau asyik tengok dia aje. " Suara Fazwan di penjuru bilik itu menghentikan lamunannya.

" Kau ni.. Suka masuk tak bagi salam. Apa kau halimunan? Tiba tiba ada kat situ tiba tiba ada kat sini. " Tempelak Hazwan. Marah!

" Iyelah adikku. Assalamualaikum! Nak masuk boleh? "

Hazwan menjeling tajam. Geram betul dia dengan abangnya.

" Kau fikir pasal apa dik? "

" Tak ada apa pun. Aku cuma terfikir kenapa aku ada abang macam kau. " Dalihnya.

" Oh, kau fikir kenapa abang kau ni lagi kacak dari kau? Hmm bersyukurnya ada adik macam kau. " Fazwan mengusap kepala Hazwan. Aduh! Perasan sungguh.

Hazwan kembali merenung siling putih itu. Yang ada di kepalanya hanya fikiran kacau dan hati yang tidak keruan.

Dia cuba memejamkan matanya namun wajah Faqiesha tetap muncul dipinggir mata. Apa sebenarnya yang jadi hingga dia tidak sedap hati? Digapainya telefon bimbit mencari cari nama Faqiesha. Kemudian dia hantar pesanan ringkas.

" Assalamualaikum pendek. Kau dah tidur? "

Dia menekan butang hantar lalu mencampakkan telefon bimbitnya ke atas tilam. Sudah beberapa minit menunggu namun Faqiesha masih belum membalas.

" Tunggu mesej siapa? " Soal Fazwan yang masih disitu. Memetik gitar perlahan lahan.

" Ish.. Aku tak sedap hati lah bang. Macam ada sesuatu yang jadi. " Katanya.

" Alah, rumah dia sebelah tu aje. Meh kita pergi tengok. " Ajak Fazwan bersungguh sungguh.

Hazwan bingkas, bersetuju untuk ke rumah Faqiesha. Hatinya benar benar tidak enak sekarang.

Ting! Tong!

Loceng ditekan berkali kali namun suasana rumah Faqiesha sedikit suram ditambah dengan gelap. Hanya lampu pagar saja yang menyuluh.

" Dia tak ada kat rumah ker? Dia pergi mana erk? " Gumam Fazwan.

Hazwan mula teringatkan sesuatu. Sebelum balik Faqiesha turun bersama Zarra.

Mereka berdua berpandangan.

" Sekolah! " Serentak itu keluar dari mulut mereka. Segera mereka berdua berlari mendapatkan motor mereka dan menuju ke sekolah. Tidak sempat Karina bertanya mereka sudah hilang dari depan rumah.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now