33. Kembali 🖤

4.3K 254 10
                                    

Kemah sudah selesai di dirikan, tempat untuk memasak sudah selesai di kemas, kayu api sudah di cari. Masing masing bersila dihadapan kemah melepaskan penat setelah bekerja.

“ Tahniah, semua dah selesai. Malam ni tak payah risau nak makan apa, Cikgu Cikgu semua akan tolong masakkan untuk awak. ” Cikgu Izwan memberitahu. Bersoraklah para pelajar, mereka hanya perlu tunggu makanan di masak dan makan saja.

“ Cikgu, sekarang ni nak buat apa? Penat ni. ” Hasyraf bersuara.

“ Sekarang ni, awak semua perlu mandi dan tunggu waktu asar. ”

Hazwan melirik ke arah jam tangannya. Baru saja pukul 4, masih awal.

“ Mandi di tandas ya, tak dibenarkan mandi di sungai. ”

Pelajar lelaki mencebik, merajuk. Kenapa pula tak boleh mandi di sungai? Sudahlah mandi di sungai itu salah satu dari apa yang mereka mahu lakukan.

“ Maaf semua, dekat sini air deras. Saya bimbang jadi apa apa, ” Jawab Cikgu Izwan. Kalau lemas nanti, susah pula.

“ Okay cikgu. ” Pelajar lelaki sudah berwajah muram.

“ Jadi, pergi mandi cepat cepat lepastu boleh rehat sementara tunggu asar. ”

Terus mereka berlari mengambil barang barang untuk mandi. Tambah pula pelajar lelaki, pelajar perempuan masih berlenggang kangkung.

“ Sila cepat ya, cuci muka tu tiga minit aje. Sabun badan dua minit. Berus gigi tiga minit. Kalau nak bergincu bagai, masuk bergincu dalam khemah. ” Pesan Cikgu Izwan. Bukan apa, pelajar perempuan kalau ber makeup mahunya 30 minit sorang sekali masuk.

Sedang beratur di tandas, tiba tiba Zarra diheret ke belakang. Tersentak dia dibuatnya.

“ Kenapa Aerin.. ” Tanya Zarra takut takut.

“ Kau dengar tak apa cikgu cakap tadi? ”

Zarra menggeleng. Banyak juga apa yang cikgu katakan tadi, dia tidak ingat satu persatu.

“ Bodoh betul kau ni! Tadi cikgu Izwan cakap air sungai deras. ”

“ Jadi.. Kau nak buat apa? ”

Aerin senyum sinis. Otaknya mula berfungsi memikirkan benda benda yang tidak bagus.

“ Kau ikut aje apa yang aku rancangkan. ” Ujar Aerin sambil mengangguk angguk. Bangga dengan pemikirannya yang kurang cerdik itu.

“ Tapi Aerin.. Aku.. ”

“ Ikut aje! ” Selar Aerin menolak kepala Zarra.

×××××

“ Acara mendaki bukit akan diadakan esok. Semua dah ada cukup tenagakan? Sila bawa botol air, barang ubatan atau sebagainya. Takut takut ada yang luka ker? ” Pesan Cikgu Zarif sambil menunggu solat Isyak. Pelajar mengangguk faham, mereka sudah tidak sabar mahu mendaki bukit. Tengah tengah bandar mana ada bukit, bangunan banyaklah.

“ Aerin aku nak pergi solatlah. ” Ujar Zarra. Beg berisi telekung sembahyang di peluk dari tadi.

Aerin mencengkam lengannya semakin kuat. Dia jengilkan mata ke arah Zarra.

“ Kau tinggal aku, siap kau. ” Ugutnya. Memang tidaklah dia mahu bersendirian di khemah.

“ Berdosalah Aerin, kita boleh solat tapi tak solat. ”

Aerin menunjal kepala Zarra dengan keras. Hingga terundur gadis itu dibuatnya.

“ Kau nak ceramah? Tak payah! ” Marah Aerin. Beg telekung sembahyang Zarra di ambil dan dilemparkan ke arah sungai.

“ Aerin! Kau ni kenapa? ”

“ Aku? Aku kenapa? Aku serabut dengar kau ceramah dekat sini. Menyampah tengok kau tunjuk alim. ”

Usai solat Isyak, mereka dibenarkan masuk ke khemah untuk menyalin pakaian. Selepas ini makan dan terus tidur. Cikgu memberi kelonggaran hari ini, maklumlah hari pertama. Mungkin mereka penat.

“ Bagus betulkan Hasyraf tu, memang perfect. Dahlah bijak, pandai jadi imam pula tu. ” Puji Nara sambil melangkah menuju ke khemah.

“ Orang lain pun ada yang pandai juga cuma malu. ” Jawab Faqiesha.

“ Esok aku rasa aku nak suruh Hazwan jadi imamlah. Aku nak jerit nama dia kuat kuat. Bolehlah kau berlatih jadi makmum dia. ” Usik Nara.

Faqiesha mencubit lengan Nara. Kalau bercakap kalah orang tua! Umur pun tak cukup 18 lagi.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now