3. Kembali 🖤

6.1K 378 0
                                    

Faqiesha menatap lama buku sketch. Benaknya kosong, tidak tahu apa yang mahu dia lukiskan disitu. Mungkin kerana fikirannya masih berada pada kejadian tadi. Kadang kadang dia tertanya, mengapa Aerin selalu kasar? Mengapa Aerin berdendam dengan dia? Apa salahnya? Namun jawapan itu hanya Aerin saja yang tahu.

Sekilas Faqiesha memandang kearah jam yang kian lurus ke nombor 3. Hatinya belum mahu pulang, dia mahu tenangkan diri disekolah.

“ Hai. ” Satu suara garau bergema didalam kelas 4 Sains. Faqiesha tersentak. Siapa pula yang masih belum balik?

“ Taknak pandang saya ker? ”

Dia menoleh dengan gementar. Seorang pelajar lelaki berdiri di hadapan kelasnya sambil tersenyum. Riak wajah lelaki itu seperti menunggu lauk untuk diterkam.

“ Akif. Kau nak apa? ” Soal Faqiesha.

“ Amboi, kasarnya dengan senior. ” Akif sudah mendekati Faqiesha. Langkahnya semakin rapat.

“ Saja nak jumpa awak. Lagipun hari nak hujan, tak bestlah lepak seorang seorang. Kan, sayang? ” Jemarinya cuba menyentuh rambut Faqiesha. Namun pantas Faqiesha menepis dan berundur ke belakang.

“ Kau jangan dekat dengan aku! ” Jerkah Faqiesha.

“ Kalau nak juga.. Apa awak nak buat? ” Akif memaut bahu Faqiesha dan menolaknya rapat ke dinding.

“ Jom, kita main. ”

Dengan segala kudratnya Faqiesha menendang kaki lelaki itu. Tidak sempat dia keluar, tangannya kembali di cengkam.

“ Tak rasa pun. Meh aku try tendang kau pula. ”

Pang!

Faqiesha terasa kepalanya sedikit bengal. Tangannya dibawa kepipi yang merasa perit. Tidak puas dengan itu Akif terus menendang perut Faqiesha yang masih terduduk dilantai.

“ Arghh! Sakit.. ” Faqiesha sudah membongkok dilantai. Mengerang kesakitan.

“ Bangun! ” Akif menarik rambutnya. Tangannya dialih pula kepada leher gadis itu. Sekadar cekikan biasa itu takkan membunuh Faqiesha, dia cuma mahu menakut nakutkan gadis itu.

“ Apa kau nak? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa kau dapat? ” Soal Faqiesha tersekat sekat.

“ Lepaslah! Jantan tak guna! Kalau Aerin suruh kau jilat mangkuk tandas pun kau ikut ker? ”

Kata kata Faqiesha membuat amarah Akif semakin bertambah. Tangan dilayangkan, berkali kali dia menampar Faqiesha tanpa belas kasihan.

“ Apa kau dapat kalau kau buat aku macam ni? ” Faqiesha menangis kesakitan. Darah yang mengalir keluar dari hidungnya dikesat.

“ Aku dapat apa yang aku nak lah. ” Jawabnya dengan sombong.

“ Lepaslah. Sakit tau tak! ”

“ Banyak cakap betul kau ni. Dah, Shh! Jangan nangis. Diam. ” Pujuknya sambil memaut erat tubuh Faqiesha ke pelukannya.

“ Astaghfirullah! ” Pakdin mengucap panjang melihat Faqiesha dan Akif yang sudah berpelukan di dalam kelas itu.

×××××

Pintu rumah dibuka perlahan. Faqiesha memandang sekilas ke arah Quzairi yang sedang menonton televisyen. Wajahnya ditundukkan, kesan lebam di dahi dan bibir ditutup.

“ Dah balik? ” Sapa Quzairi. Terhenjut Bahu Faqiesha, terlalu takut. Dia bimbang Quzairi akan naik angin bila tahu perkara itu.

“ Dah baa. ” Jawabnya sambil melangkah naik tangga.

“ Macam mana sekolah hari pertama. Okey? ”

Faqiesha mula kaku. Apa yang harus dia jawab? Atau dia perlu berbohong saja?

“ Baa.. Ish ada nak cakap sesuatu. ” Ujarnya.

Quzairi menoleh. Dengan hati terbuka dia mahu mendengar anaknya berkongsi cerita.

“ Apa? ”

“ Malam ni lah. Ish nak pergi mandi, solat. Nanti makan malam Ish bagitau baba eh. ”

“ Ish okey tak? Kenapa asyik tunduk aje. Bercakap tak tengok baba pun. ” Tanya Quzairi. Dia mula curiga dengan kelakuan Faqiesha yang asyik tertunduk.

“ Ish okey baa. Malam ni Ish bagitau. ”

Terus Quzairi berdiri dan menarik tangan anak perempuannya.

“ ALLAH. Kenapa ni Ish? Kenapa lebam lebam berdarah semua ni. ”

Melihat Quzairi risau membuat Faqiesha sebak. Biar pun mereka tidak akrab seperti sebuah keluarga yang sebenar, Quzairi tetap menunjukkan kasih sayang seorang ayah.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now