20. Kembali 🖤

5.1K 289 3
                                    

Tali leher baju sekolahnya sesekali dibetulkan. Diketatkan rasa sesak nafas pula. Serba tak kena. Fazwan Nazmi menuruti langkah Hazwan ke pintu keluar tandas.

Tiba tiba langkah Hazwan terhenti saat hampir di pintu itu hingga Fazwan terlanggar belakangnya.

“ Kau dah kenapa! ” Marah Fazwan sambil mengusap dahinya.

“ Aku nampak perempuan kat luar ” Kata Hazwan dengan penuh suspend.

“ Dah tu kenapa? Dah tepi, aku nak keluar ”

“ Eh bang! ”

Fazwan berkeras hati, dia menolak saja tubuh adiknya dan keluar.

“ Fazz ! ”

Fazwan terpaku sebentar memandang seorang gadis dengan sebuah senyuman manis yang sedang berdiri dihadapannya. Cair pula panas panas ni!

“ Fazz.. ”  Panggil Faqiesha lagi, berkali kali dia memetik jari namun Fazwan masih diatas awan.

“ Bang! Kau kenapa? ”  Terhenjut Bahu Fazwan bila ditepuk Hazwan. Aduh.. menyibuk sungguh, baru saja cuba berangan ada dikayangan.

“ Ish.. Ada apa? ”  Tanya Hazwan. Pelik pula, tiba tiba saja berdiri disebelah tandas lelaki.

“ Cemana jam? Okey? Cantik? ” Soal Faqiesha teruja.

“ Jam? Haah okey. Cantik, cantik sangat ”  Jawab Fazwan sambil tersenyum. Eh! Puji jam ke puji orang yang beli jam?

“ Ehem hem.. Masuk kelas, apa yang kau buat dekat sini? Ini tandas lelaki ”  Hazwan menjeling kearah Faqiesha. Cemburu lahtu!

“ Haah Ish buat apa kat sini? Dekat tandas lelaki ni? ” Fazwan pula menyoal.

“ Kebetulan Ish lalu sini ternampak korang, nak tanya pasal jam aje. ”

“ Owh macamtu. Jadi, jomlah kita masuk kelas. ” Ajak Fazwan. Hazwan pula dari tadi menjeling tidak puas hati.

×××××


F

aqiesha  ralit bercerita bersama Nara sambil sambil menuju ke tandas. Ketika mendongak ke atas, ternampak pula Aerin dan Zarra yang berdiri dikoridor bangunan hadapan sambil tersenyum.

Faqiesha cuba menunjukkan reaksi tenang. Lagi pun dia tidak melakukan apa apa kesalahan pada hari ini.

Aerin dan Zarra melangkah masuk ke tandas perempuan. Dengan gaya berlagaknya, tangan disilang pada dada menghampiri Nara dan Faqiesha.

“ Eh serabut la dua ekor kodok ni. Apa kau nak? ”  Nara memang tidak boleh melihat mereka berdua. Ringan saja mahu mengangkat tangannya.

“ Siapa kodok? Kau yang macam kodok. Tengok tu.. Jerawat ke tu? Euwww ”  Kutuk Aerin dalam gaya gediknya.

“ Jerawat ni boleh hilang. Seharian pun boleh, tapi kalau hati yang kotor tu macam mana nak sental? Kalau guna berus besi lama lama berus besi yang rosak ”

Faqiesha menarik tangan Nara supaya tidak bergaduh. Hanya disebabkan dia, semua orang bermasalah dengan Aerin.

“ Nara, jomla abaikan dia. ” Faqiesha mengheret lengan Nara supaya keluar.

“ Pengecut! Muka yang nampak baik macam korang ni entah entah balik sekolah nanti pergi cari jantan dekat lorong. ”

“ Kau ni ada lesen gila rasanya. Asyik cari gaduh aje! ” Tempelak Nara.

“ Aku cuma cakap. Lagi pun memang dah ada contoh. Dekat sekolah pun dia berani nak peluk peluk, dekat luar sekolah tu tak tahula. ”

Pang!

Terduduk Aerin saat ditampar Nara. Faqiesha pula dari tadi lagi meminta supaya Nara tidak mencetuskan masalah.

“ Kau ingat aku tak tahu? Kau yang rancang semua ni! ”  Nara sudah naik angin.

“ Berani kau sentuh muka aku! Mak aku sendiri tak pernah sentuh tau! ”  Marah Aerin. Wajahnya merah menahan malu. Ditampar pula dihadapan orang orang yang takutkan dia.

“ Yelah, mak kau pun tak kesah kau nak hidup ke nak mati. ” 

Faqiesha menggapai lengan Nara dan menariknya keluar. Sebelum berlaku kekacauan lebih baik dia pergi.

“ Takguna! Siap kau! ” Jerit Aerin. Dia masih terduduk dilantai tandas.

“ Apa tengok tengok? ” Jerkah Aerin. Disebabkan orang lain, orang lain pula yang di marahnya.

“ Nara, kau gila ker? Macam mana kalau dia apa apakan kau? ”

“ Ish, kenapa kau ni susah nak buka mata. Kau tengok apa yang dia buat, dia hina kau terang terang dan kau masih diam dan maafkan? ” Balas Nara.

Air mata Faqiesha mengalir. Dia takut disebabkan dia orang lain mendapat masalah. Biarlah dia seorang saja yang disakiti Aerin.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now