30. Kembali 🖤

4.5K 252 5
                                    

Kedengaran bunyi gema tapak kaki memanjat anak tangga. Zarra sudah gementar seluruh tubuh. Liar matanya mencari siapa yang datang.

Mulut yang ditampal pita pelekat menghasilkan perkataan yang tidak difahami bila Zarra bersuara.

" Hai Dalia Zarra, aku datang. " Sapa suara itu lalu menghulurkan tangannya ke arah Zarra.

" Mphhhh! Mphhhh! " Hanya itu jawapan dari Zarra.

" Eh haah, aku lupa. Tangan kau terikat. " Ujar lalu menarik pita pelekat yang berada dibibir Zarra dengan keras. Terpejam matanya saat pita pelekat itu terpisah dari bibir. Pedih!

" Sampai bila kau nak kurung aku dekat sini? Kau siapa sebenarnya ha? " Suaranya tersekat sekat menahan tangis.

Tanpa kata topeng muka berwarna hitam dibuka, membuntang mata Zarra memandang gerangan didepannya itu. Sukar dia percaya!

" Kenal? " Soal gadis itu diiringi ketawa yang galak. Senyumnya menyeringai.

" Ish? Tak. Tak mungkin. Lepaskan aku Ish! Kenapa kau buat aku macam ni? " Teriak Zarra bersama air mata yang mengalir.

" Hmm, agaknya kenapa? " Soalnya sinis.

" Ish, lepaskan aku. Tolonglah. Kau tau kan, aku ada adik ada ayah? Diorang nak makan apa nanti kalau aku takda. " Rayu Zarra meminta simpati.

Gadis itu berdecit. Wajah Zarra diperhati lama. Dagu Zarra dicengkam dan dibawa supaya memandangnya.

" Zarra, tolonglah aku. Aku merayu sangat lepaskan aku, aku nak balik. " Kata gadis itu dengan memek muka yang sama sepertimana Faqiesha memohon agar Zarra melepaskannya dulu.

Zarra menggeleng laju.

" Aku.. aku terpaksa buat semua tu. Kau tahukan, hidup aku bergantung pada Aerin? " Zarra menangis tersedu sedu.

" Ish! Aku minta maaf.. "

" Maaf? Kau ingat perkataan maaf kau tu bernilai? Kesakitan yang selama ni aku hadap, boleh hilang dengan kemafaan kau ke? " Tengking Faqiesha.

Zarra menghulurkan tangannya yang terikat ke arah Faqiesha dihadapannya. Tangan gadis itu di usap perlahan dengan harapan dapat melembutkan hatinya.

" Ish, kau marahkan aku? " Tanya Zarra dengan suara yang bergetar. Gugup.

" Tak, aku tak marahkan kau cuma.. " Sengaja dia menghentikan kata. Zarra tersenyum lega.

" Tapi aku benci! Aku benci situasi yang kau wujudkan. Aku benci bila kau senyum saat orang lain sakit disebabkan kau! " Jerkahnya sambil mengangkat tangan untuk melayangkan tumbukan kepada Zarra. Marahnya tak dibendung.

" Faqiera! " Seorang lelaki menjerit memanggilnya. Nasib Zarra baik kerana lelaki itu sempat menahan tumbukan itu dari singgah di wajahnya.

" Faqiera? " Zarra mengangkat wajahnya. Dia terkedu.

" Ya. Aku Nuratie Faqiera, kakak kepada gadis bernama Faqiesha yang kau buli tu! "

Zarra terdiam lagi. Lidahnya tiba-tiba kelu. Dia tak percaya. Sejak bila Faqiesha ada kakak?

" Kau memang binatang! Tak ada ke sikit belas kasihan dalam diri kau bila kau tengok adik aku macamtu? " Sambung Faqiera lagi. Hatinya masih tidak puas jika tidak menyentuh wajah Zarra dengan lima jarinya.

" Dahlah tu! Ini bukan separuh dari rancangan kita. " Lelaki itu bersuara memujuk Faqiera. Topeng direntap, lelaki itu menghampiri Faqiesha ' palsu '.

Sekali lagi Zarra terpempan. Walau hanya sekilas lelaki itu memandangnya, namun masih dia kenal dengan mata itu.

" Sabar boleh tak? Jangan bertindak ikut kemarahan. " Pujuk lelaki itu.

" Haz.. " Lidah Zarra makin mengeras. Dia tak mampu berkata-kata. Semua yang jadi bagaikan mimpi yang telah dirancang.

×××××

Aerin duduk berpeluk tubuh di sofa apartmentnya. Otaknya ligat berfikir tentang kejadian tadi. Apa benar itu Faqiesha? Atau orang lain yang dikenali sebagai Faqiera?

" Tak mungkin itu Ish. Aku kenal betina tu! Dia penakut. Dia takkan berani nak rentap tangan aku! " Fikirannya buntu. Otaknya sudah beku tidak boleh berfikir.

" Sayang, jom? " Datang ' Sugar daddy ' mengajaknya tidur. Namun Aerin menarik tangannya dari pegangan lelaki itu.

" Sayang.. kenapa.. "

" Itu bukan dia! Aku tahulah! " Jerkah Aerin. Bulat mata memandang lelaki dihadapannya sekarang.

" Nah, telan pil ni. " Dihulurkan sepapan pil pada Aerin.

" Tak nak! " Bentak Aerin.

" Hisy! Susah betullah. " Lelaki itu merengus kasar lalu memasukkan dua butir pil ke dalam mulut Aerin secara paksa. Beberapa minit kemudian, Aerin tertidur.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now