26. Kembali 🖤

4.4K 251 1
                                    

“ Dia tak angkat! ” Kata Hazwan dengan nada sedikit marah. Mungkin sudah hampir 20 kali dia membuat panggilan namun Faqiesha tidak menjawab.

“ Hei! ”  Pak Din menjerit memanggil mereka yang menerjah masuk ke garaj sekolah tanpa memberitahunya.

“ Nak pergi mana ni? ”

“ Saya nak cari barang saya hilang. Penting ni Pak Din. ” Hazwan terus berlari masuk ke dalam.

“ Macam macamlah budak ni. ”

Dia berlari sekuat hati didalam hujan yang renyai itu. Dia memandang ke sekeliling, fikirannya buntu ke mana harus dia pergi? Ke mana harus dia mencari Faqiesha?

“ Faqiesha! ”  Jeritnya.

“ Dik, aku cari dekat blok depan kau cari dekat blok belakang. ” Arah Fazwan dan berlalu dari situ. Biarpun suasana sekolah itu sedikit seram, Hazwan cekalkan hati juga.

“ Faqiesha! Ish! ” Hazwan memanggilnya lagi. Hanya gema suaranya sendiri yang berbunyi.

Hazwan sudah ke kepenatan. Ke hulur ke hilir dia berlari mencari Faqiesha namun gagal dia temui. Akhirnya dia terduduk dengan nafas tercungap cungap. Dia berteleku sebelum tiba tiba ditusuk perasaan kesal.

“ Macam mana aku boleh lepaskan dia pergi dengan Zarra macam tu jer? Kenapa aku tak ikut? Kau bodoh Hazwan! Kau bodoh! ” 

Hazwan berdiri semula. Dia berpusing ke kiri ke kanan masih mencari kelibat Faqiesha. Dia pasti, Faqiesha ada disekolah.

“ Dik, blok depan tak ada. ”

Hazwan menoleh kearah Fazwan yang lelah mencari nafas.

“ Sini pun tak ada bang. ” Balasnya sedikit hampa.

“ Nak bagitau cikgu ker? ”

Hazwan menggeleng laju. Kalau boleh biar mereka saja yang tahu.

“ Habis? Nak cari macam mana. Sekolah ni bukan kecil dik. ”

“ Macam ni lah, kita cari dekat tempat tempat yang berkunci. Tempat yang tak boleh orang nampak. ” Hazwan cuba memberi idea meskipun otaknya kini kosong.

“ Berkunci? Tandas? ” Kata Fazwan selamba.

“ Tengkorak kau! Tandas buat apa nak kunci. Takkan orang nak pergi curi mangkuk jamban. ” Bidas Hazwan.

“ Stor? ” Kali ini boleh pakai idea Fazwan.

“ Aku cari stor dekat padang kau cari stor dekat blok atas. ” Arahnya.

Fazwan membuntang. Apa? Gila! Sudahlah jirat cina belakang sekolah saja. Memang tidaklah dia mahu mencari seorang diri di blok ini. Kalau datang amoi cina pakai ceongsam merah macam mana?

Hazwan yang sudah dihadapan di ekorinya. Flash dari telefon bimbit dinyalakan. Hazwan menoleh ke belakang. Tiba tiba..

“ Arghhhhhhhhh! ” Serentak mereka menjerit terkejut.

“ Bongok! Bongok! Bongok! ” Bahu Fazwan di tumbuk. Ingatkan hantu tadi, rupanya Fazwan!

“ Terkejut aku. Eii nasib baik kau abang tau tak? Kalau orang lain, aku dah.. ”

“ Apa? Kau nak pukul aku? ”  Sela Fazwan.

“ Bukan stakat pukul, aku pijak bagi patah tulang kau. Pehal kau ikut aku ni? Pergi cari sana! ” Tegas Hazwan.

Fazwan mencebik. Dah macam bayi lapar susu dah! Dia mencuit cuit bahu Hazwan.

“ Apa? ”

“ Dik, aku takutlah. Kau tengok sana, gelap.. ” Dia masih mencebik.

Hazwan menjeling tajam. Menyampah pula dia dengan si Fazwan ni. Penakut sangat, dah serupa dia pulak abang dan Fazwan pula adik.

“ Dahlah dekat hutan. Gelap! ”  Bisiknya.

“ Itulah kau, aku kata tak payah tengok cerita hantu. Tak payah baca cerita hantu. Kau degil, kangg sekarang dah jadi penakut! ” Hazwan sudah mulakan acara bebelannya. Tapi bila lihat wajah Fazwan yang benar benar takut itu kesian pula.

“ Yelah, jom. ” Hazwan mencengkam jemari Fazwan. Ketar.

Saat tiba di stor sukan berhampiran padang, tiba tiba pintunya bergerak gerak. Fazwan berundur dan menyorok di belakang Hazwan.


“ Ap..apa tu? ” Bisik Fazwan.


Hazwan menghalakan cahaya flash telefon bimbitnya kearah pintu.

“ Si.. Siapa tu? ” Tanya Hazwan, dengan dia sekali sudah cuak disebabkan Fazwan.

“ Hazz! ”  Satu jeritan dari dalam membuat mereka berdua terundur.

“ Hazz, awak ke tu? ”

Hazwan mendekati dan perlahan lahan dia meletakkan telinganya dipintu. Dia tidak berani bersuara.

“ Hazz? Fazz? Siapa tu? Ni Ish. ”


“ Ish? ” Bulat mata mereka saling memandang.

“ Ish, kau duduk jauh sikit dari pintu. ” Arah Hazwan. Dengan kiraan satu, dua, tiga pintu itu mereka berdua rempuh sekuat hati.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now