42. Kembali 🖤

4.2K 262 3
                                    

Faqiera berdiri betul betul di pintu pagar sekolah. Para pelajar yang melangkah masuk diperhatinya satu persatu. Dia melepaskan keluhan berat bila teringatkan adik kembarnya.

" Jadi, inilah tempat adik aku dibuli? " Getus Faqiera dengan sebuah senyuman. Hari ini akan terlahir seorang gadis bernama Faqiesha dengan peribadi yang jauh bezanya dengan dulu.

Bahu terasa dicuit. Terus Faqiera menoleh melihat seorang gadis tersenyum manis dihadapannya.

" Ya? Kau siapa? " Tanya Faqiera sambil perhatikan gadis itu atas bawah.

" Wey! Ni akulah, Nara Humaira. " Jawab Nara lalu memberikan pelukan pada Faqiera. Sebenarnya dia sudah tahu tentang Faqiesha hilang ingatan. Cuma dia belum tahu itu bukan Faqiesha yang sebenar.

" Oh, Nara.. Kita kawan? " Tanya Faqiera lagi. Dia cuma mahu pastikan saja.

" Ya, aku kawan kau. Kau okay tak ni? Baru seminggu kau dijumpai, kau dah datang sekolah? "

Faqiera mengangguk sambil tersenyum. Dia tidak tahu bagaimana perangai Faqiesha sebelum ini.

" Kau ingat tak kau duduk kelas mana? Nak aku hantarkan? " Pelawa Nara.

" Tak apalah Nara, aku boleh hantar Ish naik kelas. " Satu suara garau mencelah. Serentak mereka berpaling.

" Eh Hazz, tak apalah kalau macamtu. Ish, kita jumpa nanti rehat eh. Bye. " Balas Nara dan berlalu meninggalkan mereka.

Faqiera memandang Hazwan tanpa berkelip. Dia mahu tahu, siapa lelaki ini sebenarnya? Rapat sangatkan dia dan Faqiesha? Selalu dia nampak Hazwan bersama adiknya.

" Ish, jom? " Ajak Hazwan walaupun agak janggal.

" Sekejap. Nama kau siapa? "

Hazwan pula memberikan pandangan. Dia agak terkejut dengan cara Faqiesha bercakap.

" Ka..kau? " Matanya membulat. Tali leher di betulkan sebelum Hazwan menjawab.

" Aku Hazwan Zamir. Kau selalu panggil aku Hazz dan aku juga classmate kau. "

Faqiera mengangguk faham dan mendahului langkah, Hazwan yang masih terpinga pinga disitu ditinggalnya.

×××××

Aerin membetulkan rambutnya dihadapan cermin tandas. Pelajar lain perlu tunggu sekiranya dia masih disitu, dia takkan benarkan orang lain menggunakan cermin jika dia ada.

Sekilas dia memandang Zarra melalui cermin, gadis itu asyik tunduk saja sejak sampai di sekolah beberapa minit tadi.

" Oi, kau kenapa? Mati laki ker? Duk tenung aje lantai tandas tu. Aku taulah lantai tu sama kotor dengan kau. " Jeritnya tanpa hiraukan orang lain. Mulut main lepas saja! Tak fikir perasaan orang lain langsung.

" Rin, jom masuk kelas? " Ajak Zarra dengan lembut. Tapi lain pula jadinya! Tiba tiba saja Aerin menarik rambutnya yang diikat toncang. Kepalanya dihentak pada dinding.

" Aku pantang kalau orang ajak aku pergi selagi aku tak siap. Kau tak apalah, memang dah tak cantik! " Jerkahnya. Terangkat angkat bahu Zarra kerana terlalu takut.

" Tak sangka dia hidup lagi. Panjang umur dia, kan? Aku rasa nak pergi jumpa dia lepasni, nak tanya apa yang jadi selama dia hilang sebulan tu. "

Beberapa orang pelajar yang berada di luar tandas sedang berbual bual. Aerin yang mendengarnya segera melepaskan Zarra dan keluar.

" Siapa pula yang hidup ni? " Sampuk Aerin tiba tiba. Masing masing mengarahkan pandangan kepada gadis itu.

" Aerin.. Kitorang.. Err.. Kitorang.. "

" Kitorang apa! Tergagap gagap! " Jerkahnya. Hampir menangis mereka dijerkah Aerin.

" Kitorang cakap pasal Ish! Dia datang sekolah dah. " Jawab mereka, takut.

Mata Aerin terbuntang. Apa yang mereka katakan tadi? Aerin tidak percaya. Pantas dia mencengkam rambut salah seorang pelajar perempuan itu.

" Kau tipu, kan! Kan! "

Tiba tiba tangannya direntap kasar. Tangan yang terhentak pada dinding simen terasa senak. Saat Aerin menoleh untuk membalas, dia terkejut. Niatnya terhenti.

" Kenapa ni? Janganlah buat macamtu, kesian dia sakit. " Seorang gadis tersenyum sinis ke arahnya membuat Aerin semakin terlopong.

" Fa.. Faqiesha! "

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now