Prolog : 🦋

13K 478 2
                                    

" Terima kasih telah lahirkan dan sama sama besarkan anak anak kita. " Ucap Quzairi sambil mencium jemari isterinya Rahimah. Sudah hampir 8 bulan isterinya koma dan tidak sedarkan diri.

" Abang janji akan jaga anak anak dengan baik. Abang janji.. " Tangan Rahimah yang sejuk digenggamnya.

Tiba tiba pintu bilik terkuak. Seorang lelaki berpakaian seragam polis masuk dengan wajah yang agak suram.

" Encik Quzairi, anak Encik tidak dapat kami temukan. Sudah hampir 6 bulan tapi tiada apa apa berita, kami terpaksa tutup kes atas arahan pihak atasan. "

Quzairi terdiam dan tunduk menekur lantai. Berita ini amat menyakitkan. Dia kehilangan seorang anak setelah kemalangan dan perlu sentiasa bersiap sedia untuk kehilangan isteri pula.

" Maafkan baba.. " Bisiknya sambil menyeka air mata yang mengalir.

Ketika berlakunya kemalangan 8 bulan yang lepas, Quzairi hanya sempat menyelamatkan seorang anaknya dan seorang lagi tidak. Setelah dia sedar dari 2 bulan koma, barulah dia memberitahu bahawa seorang lagi anaknya hilang.

" Harap Encik bersabar. " Ujar anggota polis itu sebelum melangkah keluar dari wad. Dan tiba tiba mesin denyutan nadi Rahimah terhenti.

" Imah.. Imah.. " Panggil cemas.

" Doktor! Doktor! "

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now