Prolog.

607 44 5
                                    

Langit mula mendung bila tanda-tanda hujan bakal melanda bumi pada petang itu. Sekumpulan pelajar lelaki di sebuah sekolah sukan dan seni itu pula mengambil kesempatan untuk beriadah di padang ragbi sentuh yang ada. Bukan beriadah sahaja tapi mereka sedang lakukan latihan ragbi sentuh juga.

      "Penat!" Seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun itu terbaring di atas padang setelah penat membuat latihan.  Rakan-rakannya yang lain sekadar membiarkan sahaja.

      "Cis, baru buat latihan sikit je pun dah penat." Kata rakan kepadanya.

Aniq yang sedang terbaring di atas padang itu sekadar menjeling Aaraz sekilas. Dia tengah penat jadi tak ada kuasa nak bergaduh mulut dengan rakannya seorang itu.

Aaraz sekadar memandang sinis sahaja kepada Aniq. Pantang jumpa bergaduh bila tak jumpa rindu pula nak gaduh.

      "Thaqif, lain kali buat latihan berpada-pada lah. Penat tahu tak?" Rungut Aniq kepada ketua pasukan ragbi sentuh di sekolah mereka itu. Thaqif yang sedang melakukan renggang kaki seperti ringan kaki nak naik ke muka Aniq.

      "Kau dah lah datang lambat, lepastu  datang buat bising cakap ni padang Stadium Bukit Jalil. Kau expect aku nak maafkan kau ke?" Thaqif mula mengeluarkan aura kejamnya kepada Aniq.

Aniq mencebik sebelum dia duduk bersila sambil melakukan renggangan juga. Kadang-kadang mulut masih merungut bila mendengar kata-kata dari Thaqif. Geram sahaja.

Salah ke dia datang lambat sebab makan mee rebus? Ingat senang ke nak dapat mee rebus mak cik kantin punya. Limited edittion sebab sebulan hanya sekali sahaja. Seperti lirik lagu raya yang terkenal 'setahun hanya sekali'.

      "Aku dengar cerita ada orang akan ajar kita main ragbi tahun ni, betul ke?" Aniq membuka topik yang sedang hangat buat mereka berlapan.

Thaqif sebagai ketua pasukan Swing Warrios itu sekadar mengangguk kepala sahaja. Dia menghirup udara yang segar, sejuk sahaja angin yang meniup ke arahnya itu. Hujan pun masih tidak mengeluarkan gerimis. Mungkin hujan malam atau hujan singgah sahaja.

      "Jadi kau dah tahu ke siapa yang akan ajar? Bila dia nak datang ajar? Cikgu dah bagitahu ke?" Soal Aiman. Seorang pelajar tingkatan 3 yang agak rapat dengan senior-seniornya.

      "Pembetulan, dia tak ajar tapi dia guide kita sementara Cikgu Man sibuk dengan Sukma. Pasal siapa tu aku tak tahu, cikgu tak bagitahu siapa tapi yang aku tahu sekarang ni... patutnya orang tu dah start guide kita." Thaqif memberi penjelasan.

Semua mula berfikir sejenak. Cuba untuk teka siapa yang akan guide mereka sementara cikgu ragbi mereka sedang uruskan Sukma.

      "Cuba bayangkan yang ajar kita tu pelajar. Apa kau orang rasa?" Aniq cuba untuk membayang.

      "Tak dapat bayangkan dan tak nak bayangkan. Kau gila ke pelajar nak guide kita? Wujud pelajar yang reti main ragbi tanpa turun padang ke kat sekolah ni?" Bidas Aaraz.

      "Mungkin boleh terjadi pelajar sekolah lain." Balas Aniq.

      "Damn! Kalau pelajar sekolah lain yang guide kita, dia tak ada kerja ke? Kenapa nak kena menyusahkan diri sendiri?" Kata Aaraz.

      "Aku setuju dengan pendapat Aniq. Ada kemungkinan pelajar yang akan guide kita." Dhani yang dari tadi memilih untuk berdiam bersuara.

Aaraz membuat muka bosan. "Kau cuba bagitahu pelajar sekolah mana yang rajin nak datang guide kita ni?"

       "Mungkin bukan pelajar sekolah lain tapi pelajar baru yang pindah masuk sini. Boleh terjadi kan?" Balas Dhani.

Aaraz diam sebelum berfikir lebih daripada 10 kali. Ya, tak ya juga.

      "Dah habis bincang pasal ni?" Tanya salah seorang dari mereka dengan dingin. Sayf salah seorang yang tidak suka bercakap banyak. Memilih untuk bercakap bila perlu sahaja.

      "Jom, makan cendol," ajak Aniq dengan penuh semangat.

      "Kedai cendol mana yang buka pukul 6 petang dengan nak hujan ni, manusia?" Tanya Aaraz bengang.

Aniq mengeluh sebelum dia mendongak kepala memandang langit yang sudah gelap. Cuba mencari kesabaran.

      "Lain kali ambil tahu sikit pasal mak cik kantin." Kata Aniq.

      "Kantin masih buka ke?" Soal Aiman.

      "Yes! Mak cik kantin buat cendol untuk Swing Warrios. Jadi, mari lah kita pergi sekarang." Ajak Aniq penuh teruja.

Semua Swing Warrios segera mengemas barang mereka untuk ke kantin. Teruja bila tahu mak cik kantin sediakan cendol untuk dia orang. Aaraz dan Aniq mula bet antara satu sama lain.

      "Siapa kalah kena belanja topup 50 ringgit." Aniq memberi idea. Aaraz dan yang lain sekadar mengangguk kepala tanda setuju. "Okay, aku kira sampai tiga."

      "1... 2... gerak lu pape roger!" Aniq terus berlari tanpa menghabiskan pengiraannya. Sejenis tak ada akhlak dalam pengiraan rasanya. Semua segera mengejar langkah Aniq.

Tak sanggup nak kena belanja topup 50 ringgit.

Sayf yang tidak bergerak sekadar mengeluh. Bukan dia tak kuasa nak lari, tapi barang-barang ragbi yang belum di simpan ini siapa nak kemas?

Hantu?

      "Aku juga yang kena, hm." Keluhan berat di lepaskan sebelum bola dan beberapa marking di kutip untuk letak kembali ke dalam stor ragbi.

Sedang dia mengemas barang satu kelibat susuk tubuh yang sedang duduk di tempat duduk penonton ragbi itu di lihat dengan jelas. Sayf mengencilkan mata untuk lihat lebih jelas figura yang sedang mengemas barang itu.

Dalam keadaan suasana yang makin sunyi ini dia segera mengemas barang dengan lekas. Kalau hantu dia tak berapa nak kesah tapi kalau manusia yang menopengkan syaitan benda itu kena ambil kesah.

Selesai sahaja dia segera ke kantin dengan perasaan bengang. Geram sahaja bila dia kena kemas barang seorang diri tambahan pula dia tak ingat kata laluan bilik stor tersebut. Satu kerja kena masuk bilik salinan, semata-mata dua biji bola dan satu beg yang berisi marking ini.

Dia bukan sejenis yang rajin nak letak semua barang itu dekat stor.








●●●●●●●●
Maaf sebab unpublish, tapi saya unpublish sebab nak ubah suai jalan cerita. Nak bagi betul mana yang tak betul. Nak kemas kan jalan cerita dan penulisan. Walaupun tak terkemas juga tapi biar salah sebab benda tu dapat improve kita punya kemampuan.

Sorry again.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant