17.

173 30 14
                                    

      "Tak ada siapa menang walaupun seri." Ujar Dhani sebelum menatap wajah rakan-rakannya satu persatu. Dari wajah Aaraz ke Danish, kemudian Sayf dan Shaqeen. Kembali pula kepada skrin telefon di tangan.

Aaraz dan Danish menjerit seperti tidak percaya. Dua-dua melutut menahan diri dari terus mengamuk. Shaqeen pula awal-awal sudah melentokkan kepala di bahu Miro. Menangis bila mendengar.

Dan Sayf masih menjadi diri dia sendiri, seolah-olah tak ada perasaan. Walaupun penat sahaja rasa.

      "Mustahil! Mana boleh tak ada pemenang!" Bentak Aaraz.

Penat-penat dia habiskan tenaga dari hujung padang ke hujung padang. Sekali dapat tahu tak ada siapa yang menang. Pertandingan apakah ini?!

Dhani diam tidak bersuara. Bila Thaqif datang lambat macam ini mulalah rasa menyesal sebab kena tolong jaga semua latihan petang ini. Kalaulah Thaqif datang awal, pasti tak ada Aaraz atau Danish, mahupun Shaqeen dan Sayf buat perangai bentak bagai dengan dia ini.

Pantang budak-budak ini ada perlawanan kecil antara permain sayap. Mulalah nak bertarung siapa paling laju.

Aniq dan Aiman yang berada di tengah-tengah padang sekadar melakukan larian setempat sahaja. Malas mereka nak ambil tahu rakan-rakan yang tengah meroyan tak tentu pasal.

      "I told to you all, right? Kena sampai sebelum 45 saat... tapi kau orang sampai dalam masa 50 saat. Jadi tak ada siapa menang." Tegas Dhani bersuara.

Aaraz dan Danish mula meraung kembali lepas mendengar. Begitu juga Shaqeen. "Kejamnya kamu Encik Hayy Dhani!" Jerit Aaraz.

      "Go hell." Selamba lelaki itu berkata sebelum berlalu pergi ke arah Aniq dan Aiman. "Dhani kejam!" Shaqeen dan Danish menjerit serentak.

      "Thaqif tak ada pun macam tu pun tau!" Kata Aaraz dengan geram. Dhani berhenti melangkah sebelum kepala mendongak melihat langit biru.

      "Then, go ahead dumbass. I don't care." Semua ternganga mendengar. Tak pernah-pernah Dhani nak buat gaya savage depan kawan-kawan dia macam ini. "Dude! It's that you, Hayy Dhani?!" Soal Aniq tidak percaya.

Dhani sekadar memekakkan telinga sebelum terus menyambung latihannya. Semua memandang antara satu sama lain. Pelik dengan telatah Dhani yang berubah secara tiba-tiba ini.

Jarang Hayy Dhani nak buat perangai perempuan tengah period dengan kawan-kawan. Tapi sekali dia buat perangai mungkin ada sesuatu benda yang tak kena dah terjadi. Dhani bukan Aniq yang suka luah apa masalahnya.

Lagi-lagi bila masalah itu boleh membebankan diri dia sendiri. Dia juga bukan Sayf yang boleh layan masalahnya sampai sanggup duduk bawah masalah sendiri. Dia adalah dia. Cuba untuk keluar dari masalah yang akan bebankan dia. Tapi bila masalah itu yang cuba kacau pemikiran dia, dia boleh berubah jadi orang yang tak berperasaan.

      "Apa yang macam huru-hara sangat ni? Dhani?" Tegur Thaqif yang baru sampai ke tempat latihan bersama Cikgu Man di belakang. Dhani sekadar melihat dari hujung anak matanya sahaja sebelum mengangkat bahu. Thaqif mengecilkan matanya memandang Dhani dengan penuh tanda tanya.

      "Apahal tu? Period?" Soal Thaqif kepada Aniq.

      "Tak tahu, tiba-tiba je."

Semua duduk di atas padang berumput itu bila di arah oleh Cikgu Man. "Okay, semua dah ada kan? Cikgu ada satu matlumat nak bagitahu kamu semua. Harap semua bersedialah ya." Ujar Cikgu Man.

Aniq dan Aaraz mula terasa teruja.

      "Macam biasa setiap tahun kita pasti akan ada kem latihan ragbi. Dan tahun ini, kita akan adakan kem latihan ragbi dekat sekolah ini. Jadi cikgu nak kamu semua bersedia untuk tolong apa yang patut." Terang Cikgu Man.

Aaraz, Aiman dan Aniq meloncat kegembiraaan. "Yeah! Kem!" Jerit mereka penuh teruja.

      "Cikgu, sekolah apa je yang sertai kem ni nanti?" Soal Putra yang ingin tahu lebih lanjut.

      "RED Highschool, FIX Highschool dan SUA Highschool." Tiga buah sekolah yang terlibat termasuk sekolah mereka menjadikan jumlahnya sebanyak 4 buah sekolah. "Natasha tak datang lagi ke?" Soal Cikgu Man.

Suasana pada mulanya ceria berubah kepada muram. Mereka sekadar menggelengkan kepala sahaja. "Dua hari dah dia tak datang, marah lagi kut rasanya." Aniq bersuara.

      "Tak apalah nanti dia okay lah tu, haraplah." Kata Cikgu Man.

Setelah, Cikgu Man memberi sedikit taklimat ringkas kepada anak-anak muridnya itu, dia meminta diri untuk beredar. Keadaan kembali suram bila kali ini semua fokus melihat Dhani dengan penuh harapan. Harapan buat Dhani supaya dia boleh hadap.

      "Kau boleh hadap punya Dhani, jangan risau. Kita orang ada, mana boleh sesuka hati dia orang nak kacau kau. Ini sekolah kita." Kata Thaqif yang cuba memberi semangat. "Kita orang minta maaf pasal kes sebelum-sebelum ini. Setiap kali kita orang nak tolong pasti kena halang. Kita orang minta maaf." Sambung Thaqif.

Dhani mengeluh. "Tak apalah benda dah lepas. Pasal Natasha aku pergi pujuk dia sendiri."

      "Kau tahu tak alamat rumah dia?" Soal Shaqeen. Dhani sekadar mengangguk kepala.

      "Nak ikut!" Jerit Aniq teruja.

      "Tak payah, kau semak je." Balas Dhani kasar.

Aniq mencebik. "Tengok itu dia marah lagi!"

      "Aku bawa Putra je, kau duduk diam-diam lah kat rumah." Kata Dhani.

      "Apahal Putra boleh, aku tak boleh?"

      "Kau memekak je lebih."

      "Kejam doh kau hari ini."

      "Suka hatilah."

      "Dari kau orang terus memekakkan, baik sambung latihan sekarang!" Thaqif terus bersuara tegas. Mula mengarah rakan-rakannya meneruskan latihan.














Buat masa sekarang ni, saw ini boleh di kategori hiatus yang tak berapa nak hiatus sebab BARU SEDAR SEKOLAH TAK LAMA LAGI DAH BUKA TAPI KERJA TAK SENTUH. AUCH. Jadinya, saw ni pun nak buat kena ambil masa juga. Maka, bawa bersabarlah pembaca-pembaca sekalian.

Apa-apa pun boleh baca cerita baru saya (saw pun tak siap ada hati buat yang baru). Ha sementara nak tunggu saw ni update, boleh lah baca The Beatles. Cerita dia macam mana orang yang kita tak kenal tapi boleh terima dia jadi keluarga. Tapi bila dah jadi keluarga pasti tak semua bahagia.





SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now