22.

147 31 14
                                    

Petang yang di nanti-nantikan sudah tiba masanya. 4 buah sekolah akan bergabung untuk berkongsi ilmu dalam masa 3 hari ini. Masing-masing menjalankan tugas, Miro dan Putra yang lebih kepada menghormati orang menjaga pintu.

Natasha dan Laila rakan kepada Putra pula lebih fokus dengan kerja mereka. Mencatat nama peserta. Dhani dan Aiman pula menolong dua orang gadis itu untuk beri baju kem.

Suasana riuh mula kedengaran dari luar dewan.

      "Takut ke?" Tegur Dhani.

Natasha memandangnya dengan senyuman nipis, sekadar menggeleng kepala. Dia tak takut pun, cuma cuak sebab nak kena tolong uruskan kem macam ini. Dah lah pertama kali kena hadap.

Kalau terbuat silap apa pula sekolah lain cakap nanti. Sudah lah yang datang ini kaum adam je, kaum hawa pun di maklum seorang sahaja.

      "Chill-chill je." Sambung Dhani.

Natasha mengangguk kepala.

RED Highschool, sekolah pertama yang sampai dan mendaftar kehadiran terlebih dahulu. Sepanjang sesi pendaftaran dengan RED Highschool itu, boleh tahan mencabar sebab kemesraan pelajar-pelajar itu.

Natasha sekadar mampu menahan diri dengan senyuman sahaja. Nasib baik juga ada Dhani dan Aiman yang tolong mereka berdua. Kalau tak, kerja tak akan jalan bila nasib kena menyakat sahaja.

      "Beautiful." Puji salah seorang pelajar RED highschool. Natasha dan Laila memandang antara satu sama lain sebelum mereka tertawa melihat karenah pelajar sekolah itu.

      "Eh, eh, eh. Daftar cepat, sibuk nak usah awek. Hempuk kang guna kuali." Aiman datang dengan beberapa beg kain yang berisi baju dan kad akses pelajar.

RED Highschool mencebik, dah terbiasa dengan perangai budak Aiman itu. Lagi pun dua buah sekolah ini sentiasa rapat dan sokong antara satu sama lain.

      "Kacau sikit tak boleh?" Soal rakan Aiman yang sebaya itu.

      "Bagitahu Danish...," ugut Aiman.

Pelajar itu mencebik. Semua yang melihat sekadar ketawa sahaja. Bila Aiman mula ugut nama Danish mula lah rakan-rakan yang sebaya dia naik frust. Ahmad Danish punya garang boleh kecut perut.

      "Hahaha, comel." Puji Natasha sambil menanda nama-nama RED Highschool. Semua yang dengar menepuk tangan dan mula haru. Baru satu sekolah, kecoh macam 10 sekolah yang sertai.

      "Dia cakap aku comel, man!" Teruja pelajar itu.

      "Woo! Ini tidak adil sama sekali." Aiman mencebik.

Swing Warrios yang lain sekadar perhatikan sahaja gaya Natasha itu. Tak pernah nampak dia ketawa atau tersengih atau memuji. Tapi pertama dalam sejarah dia orang dapat lihat gadis dingin itu berkelakuan lain macam.

Tapi mereka diam dan tidak mahu menegur. Kalau itu yang boleh buat gadis dingin berubah tersenyum manis, mereka tak nak ganggu. Mungkin cara itu juga Natasha nak lepaskan stres yang beku dekat kepala dia. Mereka sendiri tak tahu.

10 minit kemudian. Sekolah kedua pula datang hadir. SUA Highschool, aura mereka yang lain dari lain mendapat perhatian Natasha.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now