34.

137 35 41
                                    

Petang seperti biasa latihan ragbi dijalankan. Mereka semua buat seperti tiada apa-apa berlaku mengikut rancangan dari awal-awal lagi.

      "Laila tolong ambilkan bola 2," arah Natasha sambil tali boot diikat. Laila mengangguk kepala sebelum berlalu pergi ke stor.

      "Kau nak tolong kita orang apa hari ni?" tanya Thaqif sambil stocking disarung. Natasha yang baru selesai menyarung boot di dua belah kaki itu duduk bersila di atas bangku. "Tolong tengok."

Thaqif yang nyirap dengar terus mengibaikan stocking belah kiri itu ke muka Natasha. Gadis itu mulalah rasa nak mental dibuatnya. "Otak kau, busuk gila!"

Natasha baling balik stocking itu ke tuan empunya yang asal. Sakit jiwa.

      "Hello, baru basuh tau benda yang busuknya. Kau tu je tak reti beza wangi ke busuk," sempat Thaqif mengutuk. Mentang-mentang hari itu Natasha tak ada bau apa-apa yang wangi atau busuk. Terus di kutuknya.

Aniq yang baru sampai di padang dengan waffle di tangan mengambil tempat. Natasha diam-diam mencubit sedikit waffle yang belum dimakan lagi itu.

      "Kau kenapa muka ketat macam tak dapat makan?" soal Aaraz yang sedang memanaskan badan selepas pusing 10 kali atas padang. Dia saja buat perangai datang awal sebab nak berlari 10 pusingan itu. Kalau ikut waktu Aniq memang tak berapa rajin sudah dia nak berlari 10 pusingan itu.

Aniq mengeluarkan telefon pintarnya sebelum satu voice ditekan. Semua ahli Swing Warrios pandang antara satu sama lain kecuali Natasha yang betul-betul merembat waffle Aniq. Dah budak itu yang bagi, jadi dia ambil sajalah.

Sebuah voice yang selama 2 minit itu cukup buat mereka semua sesak nafas, sakit telinga dan sakit hati.

      "Bila kau rakam?" soal Thaqif ingin tahu.

      "Tadi, sebelum datang sini."

Semua diam menghadam situasi. "Wah, dia dah sampai penghujung plan eh, sangat hebat betul," suara Shaqeen pula bergema.

      "Tapi... apa plan dia yang tukar nombor tu? Dia tukar apa, nombor kereta? Nombor plat? Nombor rumah? Nombor kad pengenalan? Kau orang rasa?" soal Aiman yang meneka nombor apa yang boleh ditukar dekat dunia ini.

      "Aku rasa nom... nomborbita," jawab Danish.

Putra dan Aiman pandang antara satu sama lain. Terasa bodoh memikirkan lawak tak menjadi Danish itu. Apa benda nomborbita? Tak pernah dengar, nak buat pickup line pun tak pandai.

      "Engkau kalau dah rasa lama sangat hidup bagitahu. Jangan cuba buat lawak yang tak berapa nak menjadi sangat ni," kata Putra dingin sebelum seliparnya hingap ke belakang badan Danish.

Laila yang muncul dengan muka masam mencuka itu diperhati oleh Dhani. "Kenapa ada masalah ke?" soalnya yang ambil prihatin.

      "Sumpah buang je telefon masing-masing dekat loji, penat call, mesej tapi tak ada siapa jawab. Sakit jiwa, ingat stor tu dekat ke? Jauh tau dekat belakang sana," Laila mula membebel.

Sayf yang diam dari tadi mengeluarkan telefonnya yang ada dalam beg sebelum telefon Aniq yang ada dekat tangan empunya badan itu dilihat. "Tak ada pun mesej atau call masuk," suara Sayf sebaik dia lihat dengan teliti.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now