39.

99 19 28
                                    

Sudah seminggu dia orang buat latihan dekat sekolah itu masih lagi tiada gangguan makhlul asing yang cuba murkakan kawasan itu.

Bahagia?

Sudah semestinya dia orang gembira sebab tak ada siapa yang kacau. Lagi pula dengan ada cikgu Mala yang tolong dia orang nampak lah masa depan nak teruskan.

Nak harapkan Cikgu Man alamaknya salam takziah sahaja.

      "Aaraz pastikan bola jangan pass terlalu rendah atau tinggi, mantain kan bahagian dada. Takut tinggi tak dapat tangkap, rendah kena tanah. Pastikan jangan buat lagi macam gitu," tegur cikgu Mala.

Aaraz sekadar membalas okay sahaja sebelum sambung meneguk air.

      "Sayf dengan Shaqeen. Kau orang berdua kena pastikan waktu drift itu tak terkeluar garisan. Kena practice banyak kali kalau nak buat teknik tu takut asyik keluar dari garisan yang lain pun sama." Sambung cikgu Mala.

Tak hairan jugalah kalau cikgu Mala ini jadi penasihat kelab ragbi. Memang berbakat tapi dipendamkan sebab seni.

      "Aiman, lepas ini cikgu nak awak ambil posisi link sebab awak lincah."

      "Okay cikgu."

      "Natasha," tegur cikgu Mala.

Natasha sekadar membalas pandangan sahaja, menanti apa yang ingin dikatakan oleh cikgu Mala.

      "Pastikan tak ada barang yang tertinggal dan padang ini berkemas, okay. Kalau tak ada apa-apa lagi, semua boleb berkemas lepastu balik elok-elok. Cikgu gerak dulu," pesan cikgu Mala sebelum beredar.

      "Baik cikgu!" Serentak sebelas orang itu berkata.

Mereka bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Tapi sempat singgah ke kantin semata-mata cendol acik kantin yang sudah di janjikan.

Itu semua kerja Aniq.

Mereka berkumpul ditempat letak motosikal sambil melayan cendol.

      "Kau orang perasan tak? Seminggu ni tak ada siapa pun kacau kita." Kata Aiman.

      "Aku pun perasan juga macam tak ada siapa pun tahu kita buat latihan," balas Shaqeen.

      "Haah, entah-entah dia orang nak perangkap kita. Bagi nampak macam tak ada apa-apa, sekali surat gantung sekolah dapat. Rabak," ujar Aaraz dengan mulut tak bayar insuransnya itu.

Thaqif dengan tangannya yang cepat itu terus menghentuk kepala rakannya. "Mulut tu... doa tahu tak?"

      "Aku cakap je, alah berani dia orang nak letak surat gantung sekolah dekat kita? Memang aku bakar sekolah ni." Selamba sahaja Aaraz katakan.

Sangat tak takut. Mentang-mentang dah ada cikgu baru boleh back up dia orang. Buat perangai.

      "Tak kuasa aku nak tengok muka dia orang dah lah kerja nak membebel je. Nenek aku kalau membebel pun lagi elok dari dia orang." Aniq bersuara.

      "Tahu-tahu esok dia orang panggil kita, fuh sangat tidak ramah." Balas Aaraz.

Miro yang dah penat mendengar perbualan tentang gantung sekolah terus menegur Sayf yang diam membisu. Hampir seminggu ini Sayf kelihatan penat dan tidak bermaya.

Apa juga masalah rakan itu seorang, dia ingin tahu.

      "Sayf apahal diam je? Ada masalah kah kau?" Soal Miro.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon