31.

134 37 19
                                    

Seorang pelajar lelaki berlari dengan tergesa-gesa sambil menjerit mengarahkan sesuatu kepada pelajar-pelajar yang berada di kaki lima. Pelajar itu terus berlari ke arah kantin pula. Sampai saja, dia cuba mencari nafas.

      "Semua pergi dewan sekarang, pengetua suruh!" arah lelaki itu.

Semua yang berada di kantin tertanya kenapa Pengetua minta berkumpul dekat dewan. Swing Warrios yang sedang menjamah makanan untuk pagi itu memandang antara satu sama lain.

Tanpa buang masa juga mereka segera bangun untuk berlalu pergi. Keluar sahaja dari pintu kantin mereka berenam memandang antara sama lain. Tak terduga bila ada sekumpulan polis juga turut ada pagi itu.

      "Macam serius je. Pasal apa agak-agak?" tanya Aniq kepada yang lain. Shaqeen dan Miro yang baru muncul sekadar menyapa dengan ringkas.

Begitu juga budak bertiga dari tingkatan 3 itu. Turut jalan seiring bersama-sama ahli Swing Warrios yang lain.

      "Entahlah tapi dah kalau ada polis ni memang serius lah tu kut," balas Aniq sebelum menyedut Milo kotak itu.

      "Natasha, kau kan kaki serba-serbi tahu semua masalah. Kau rasa ini kes apa?" Thaqif menyoal ingin tahu. Natasha menjongketkan bahu sahaja. "Bila hati kita setenang lautan... tak semestinya kebaikan yang jadi bahan perbualan," ujar gadis itu.

Natasha tanpa peduli terus meninggalkan yang lain diikuti Danish yang malas nak ambil tahu. Ingatkan nak tidurlah sekejap dekat bilik seni, sekali ada pengumuman macam ini buat hati dia sakit sahaja.

Semua memandang antara satu sama lain. Kurang jelas apa yang dikatakan oleh Natasha itu. Dia orang bukan budak yang ambil sastera dekat sekolah ini. Jadi memang tak berapa nak fahamlah bila kawan mula cakap berkalis.

      "Maksudnya, hati dia tengah tenang macam jantung tu tak bergerak. Senang cerita sinonim dengan peribahasa, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Macam itulah apa dia cuba nak sampaikan," Dhani menerangkan sepanjang perjalanan ke dewan itu.

      "Sebab orang nak buat jahat dengan kita mana ada hebohkan, mestilah kena diam tanpa orang tahu. Macam ini jugalah tapi kita sendiri tak tahu apa kes sekarang ini. Tengok dan lihat je lah," sambung Dhani.

Swing Warrios terus masuk ke dalam dewan yang sudah sesak itu. Entah apa pula sekolah nak buat kejutan ini. Swing Warrios yang ada dibelakang sekali masih kurang jelas dengan situasi. Laila yang entah dari mana datang menyapa Swing Warrios itu.

      "Kau ada dengar cerita apa-apa ke? Sampai polis datang bagai dah kenapa?" soal Aiman kepada Laila. Sekali-sekala dia melihat beberapa pengawai polis yang berjaga di hadapan setiap pintu masuk dewan.

      "Tak tahu, tapi tadi masa aku lalu dekat blok pentadbiran dengar macam bunyi kecoh. Macam suara orang tengah bergaduh pun ya juga, entahlah tengok je lah." Balas Laila.

Natasha yang mendengar sekadar membalas dengan reaksi bibir dikemam. Setiap kelakuan yang ada di dewan itu diperhati. Entah hati terasa tenang sampai tak mampu nak rasa gelisah macam orang lain.

Tiba-tiba dewan bergema dengan suara guru disipilin yang meminta untuk semua pelajar tenang dan duduk mengikut barisan. Natasha dan Laila beratur di bahagian perempuan manakala Swing Warrios yang lain mengambil tempat di bahagian lelaki.

      "Kak, kau okay tak?" tanya Laila yang ingin kepastian. Dari tadi dia perhati yang Natasha itu diam lain macam. Dia tahu gadis itu agak pasif tapi cara Natasha itu buat dia tak senang hati. "Okay."

      "Diminta semua ahli Swing Warrios keluar dari dewan dengan segera," pengumuman yang tidak diduga itu mendapat perhatian. Natasha tanpa banyak cakap terus bangun ditemani Laila. Semenjak gadis itu ikut kem tempoh hari, boleh dikatakan secara rasmi jugalah dia itu salah seorang dari Swing Warrios.

Natasha dan Laila keluar dari dewan begitu juga dengan pelajar lelaki yang lain. Keluar sahaja dari dewan seorang anggota polis menyuruh mereka berdua belas itu mengikutinya. 

Dalam perjalan ke arah kantin yang pastinya. Mereka terserempak dengan Cikgu Man yang sudah bergari tangan. Semua terkejut sehingga tak mampu nak berkata apa-apa. Natasha pula masih merenung tangan Cikgu Man yang digari. Tidak mahu melihat wajah gurunya itu. 

      "Cikgu apa semua ni?" soal Thaqif. Cikgu Man diam tidak bersuara, kepala ditunduk ke bawah tidak mahu memandang wajah anak-anak muridnya itu. Malu.

Kemudian, sekumpulan kesihatan menolak seorang pesakit yang bergelemuran darah itu masuk ke dalam ambulans. Semua masih tidak faham dengan situasi ini.

      "Cikgu jawablah! Bukan cikgu kan yang buat tu?!" Nada Aniq meninggi tanda cemas.

Natasha yang cukup hadam dengan situasi terus berlalu pergi ke kantin. Tak nak dah tengok benda dusta dekat depan mata ini. Nak tenangkan diri.

Cikgu Man turut berlalu pergi memasukki kereta polis itu. Pelajar Swing Warrios masih terkejut melihat situasi itu. Tak tahu nak percaya atau semuanya dusta.

Masing-masing rasa semacam, entah tak percaya dengan apa yang mereka lihat tak sampai 5 minit itu. Polis, darah, gari, ambulans dan semuanya itu buatkan satu perkataan sahaja yang ada dekat fikiran masing-masing.

Jenayah.











Dia macam "lah tiber." Tapi kau  sabar jap...

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now