7.

197 36 2
                                    

      "Cabut sticker ini semua. Benda main tampal-tampal ingat lawa ke? Kalau tampal muka anime ke, Ariana Grande ke tak apa juga ini Supreme lah Off White lah. Zaman agas bila simpan sticker ni lagi." Bebel Natasha kepada Aniq.

Aniq dengan pasrah segera membuang sticker-sticker yang sudah bertampal bertahun-tahun itu. Kalau tak buat ada sahaja kena membebel dengan gadis yang tak sampai seminggu dia bertegur sapa ini.

      "Ini baju-baju, stocking, seluar. Lipat lah betul-betul, kenapa berlonggok macam ini." Ujar Natasha kepada Dhani.

Dhani tanpa banyak cakap segera melipat satu persatu helaian baju ke stocking sehingga seluar. Sebelum kena susun balik dalam almari dia perlu mengira satu persatu baju. Kena tengok betul-betul ada tak baju yang hilang. Kena teliti.

      "Apa banyak sampah bawah kerusi, meja ini semua. Memang nak harap dekat Mak cik cleaner je ke?" Soal Natasha kepada Aaraz yang sudah sediakan penyapu sekali dengan mop.

Aaraz melakukan pembersihan bilik kelab itu dengan berhati-hati. Penyapu di tekan agar habuk-habuk kecil pun turut ikut sehingga masuk ke penyodok. Lantai yang melekit itu pula di mop berkali-kali supaya tiada kotaran lagi.

      "Habuk ini nak buat baju ke macam mana?" Soal Natasha kepada Sayf. Kipas yang sudah berhitam dengan habuk yang tebal itu di lihat.

Sayf menghelas nafas sebelum kain buruk yang masih belum di gunakan itu di campak ke muka Natasha. Gadis itu menahan sabar dalam hati, hilang sabar memang dia terajang saja anak orang ini.

Peduli apa dia.

Thaqif yang melihat aksi itu berlaku terus menegur Sayf supaya beradab. Lelaki itu tidak peduli sebelum dia berlalu pergi meninggalkan bilik kelab dengan barang-barang yang harus di letakkan ke stor di padang.

Natasha menahan sabar di hati, satu kerja dia kena bersihkan kipas dengan penghawa dingin ini. Tak akan nak bagi kerja ini dekat Thaqif pula. Cukuplah lelaki itu derita sebab kena buang segala bangkai haiwan dan serengga yang jadikan bilik kelab ini sebagai rumah tumpangan.

Tuala di perah dengan air yang bersabun, sebelum dia memanjat tangga dengan berhati-hati. Nak suruh orang lain yang panjat ini memang banyak alasan bagi.

Masa nak mulakan kerja mengemas pun Aaraz dan Aniq sendiri dah offer diri untuk buang sticker-sticker dan mop lantai. Dhani pula lebih mesra untuk lipat baju sebab dia yang memang bertanggungjawab untuk jaga baju-baju kelab itu. Thaqif pula jenis tak takut dengan haiwan-haiwan jadi memang dia dah setuju untuk buang segala sampah yang penuh dengan serangga dan bangkai.

Dan Sayf sahaja yang buat perangai tak nak bersihkan kipas dengan penghawa dingin ini. Lelaki itu lebih memilih untuk angkut semua barang letak dekat stor ragbi itu.

Masing-masing fokus melakukan kerja mereka. Aniq membuang sticker-sticker itu sambil mengelap air mata bila melihat 'Hotel Del Luna' yang dibintangi oleh pelakon kegemaran dia IU.

      "Aaraz Rayyan!" Jerit Natasha.

Semua terbantut perbuatan mereka sebelum menuju ke arah Natasha. Aaraz yang sedang memakai earphone tadi pun turut mencabut. Terkejut bila nama di panggil sebegitu.

      "Natasha, kau okay tak?" Soal Thaqif.

Risau dia bila sampai-sampai tengok gadis itu terduduk dekat lantai sambil memicit kaki sendiri. Jadi apa-apa dia juga yang kena sebab ketua pasukan ragbi.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now