24.

185 35 28
                                    

Selepas makan malam, semua diarahkan berkumpul di dewan untuk menjalankan aktiviti pada belah malam. Sesi santai-santai sebelum esok semua akan barai dari siang sampai ke malam.

Dan malam itu juga sekadar sesi antara pelajar-pelajar sahaja yang memenuhi ruang dewan. Guru-guru pula sibuk mengadakan jamuan bersama-sama pengetua sekolah SAW itu. Seronok sampai lupa pelajar sekejap.

      "Malam ini kita orang adakan aktiviti menguji minda. Jadi semua get ready, okay!" NingNing bersuara.

Alang-alang dia dah datang kem ini, nak juga ringankan tulang. Tolong apa yang patut. Dia nasib baik juga sebab dapat berkenalan dengan Laila dan Natasha itu. Tak adalah rasa nak duduk saja dekat dorm sebab malu.

      "Hei, amoi! Kenapa you sibuk jadi pengacara ah?" Soal Fares dengan dahi berkerut. Sejak bila pengurus dia ini tukar bidang?

      "Suka hati saya lah, you sibuk apahal? Duduk diam-diam, jangan buat masalah." Tegur NingNing selamba.

Semua bahan gelak sahaja bila melihat karenah pelajar-pelajar FIX ini. Majoriti pelajar sekolah itu ramai yang kelakar dan sejenis masuk air. Luar padang je lah, dalam padang boleh tahan seksa nak layan. Berbeza dengan pelajar RED, mereka lebih kepada soft spoken untuk buat orang cair.

      "Hei, NingNing! Awak sangat comel." Puji salah seorang pelajar RED.

      "Oi, jangan main puji-puji nanti Kelvin marah." Suara Fares.

Kelvin mencerlung tajam ke arah Fares. Selamba betul kawan dia ini seorang bercakap.

      "NingNing comel apa, tak salah kita memuji sesama insan. Tapi... ke kau yang jealous? Kelvin tu aku tengok elok je." Balas pelajar itu.

Fares menayangkan muka jijik. Dia tak ada masa nak cemburu, lagi pun NingNing itu dah macam kakak dia. Kerja nak membebel. Paling tepat dia anggap NingNing itu nenek.

      "Okay-okay, saya tahu saya comel. Terima kasih. Jadi kita teruskan aktiviti menguji minda otak anda semua. Nak tengok juga siapa paling cerdik dekat sini." Walaupun NingNing seorang gadis berbangsa cina tapi tak boleh nak dinafikan yang dia baik dalam berbahasa melayu.

Mana tidak kalau dari tadika sehingga menengah dia dikeliling oleh orang-orang melayu dan india. Satu Malaysia, senang cerita. Berkawan pula dengan Fares lagilah kena mahir cakap melayu. Kalau nak berbual dengan Kelvin dalam bahasa cina itu pun dah jarang sebab Fares selalu jadi penyibuk.

Microphone diberikan kepada Natasha, setelah NingNing selesai memulakan perbicaraan yang tidak seberapa tadi.

      "So, kau orang okay setakat ni?" Soal Natasha. Saja nak menanya, mana tahu ada yang terasa nak balik. Dia alu-alukan saja.

Satu dewan mula bingit dengan suara jeritan 'okay'.

      "Wo! Lain macam ya semangat kau orang malam ni. Dah ready ke nak jawab soalan-soalan menguji minda ni?" Tanya Natasha lagi.

      "Easy je, no hal lah." Dengan bangga salah seorang pelajar SUA berkata. Semua turut berkata benda yang sama. Natasha tersenyum nipis saja lihat gelagat bangga ahli-ahli ragbi itu.

      "Okay... kita tengok apa yang easy sangat je tu kan. Game ini ada syarat, okay. Pertama, kumpulan ikut sekolah je lah untuk jimatkan masa. Kedua, anda semua dibenarkan cari jawapan dekat google tapi hanya satu minit sahaja. Setiap kumpulan yang berjaya jawab akan dapat 2 markah tetapi... kalau jawapan tu kau orang dapat dari google tolak satu markah. Ketiga, siapa kalah kena denda." Natasha menerangkan syarat-syarat kuiz untuk malam itu.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Onde histórias criam vida. Descubra agora