20.

165 35 20
                                    

      "Burger?"

      "Maggi?"

      "Kek lapis?"

      "Kek red velvet?"

      "Tomyam?"

      "Kari?"

Natasha dengan bosan melayankan sahaja ahli-ahli Swing Warrios yang mula merepek. Tak tahu nak bincang pasal hari kem itu nanti ke atau nak bincang makanan apa yang paling sedap dekat dunia ni.

      "Apa pendapat kau, Natasha?" Soal Thaqif.

Natasha menaikkan kedua-dua belah keningnya sebelum bahu di jongketkan. "Mana aku tahu makanan apa paling sedap dekat dunia ni. Tak masalahnya sekarang kita nak bincang pasal kem ke? Pasal makanan?"

Suasana di padang pada petang itu sangat riuh. Sepuluh kepala termasuk Natasha menjadikan ianya sebelah kepala, memang boleh huru-haru dekat padang ini.

Tempat duduk penonton menjadi kawasan baru buat mereka. Saja nak tukar angin sekali-sekala untuk bincang dekat tempat duduk ini.

Hirup udara segar, katanya Aniq.

      "Apa plan kau pasal kem tu?" Tanya Shaqeen.

      "Mana aku tahu." Balas Natasha.

      "Tak akan kau tak pernah pergi, kem-kem sukan macam ni?" Soal Aaraz.

      "Tidak."

Swing Warrios mencebik. Ingatkan adanya Natasha Ilyani ini tahu semua perkara. "Kita orang mana ada kem-kem macam ni untuk ragbi sentuh. Paling tidak pun ada untuk ragbi rempuh je. Jadi aku tak tahu lah. Lagi pun, kem ragbi rempuh yang adakan selalunya balik hari, pastu esok datang balik. Tak ada pula tidur dekat sekolah." Natasha menjelaskan.

Dah muka seseorang masam semacam. Yang sejenis dingin 24 jam itu memang tak boleh nak cakap apa-apa lagi dah. Memang itu saja reaksi yang dia tahu.

      "Lupa, tak ya juga. Kau dari sekolah menengah kan. Okay, biar aku bagi idea." Thaqif membetulkan posisi duduknya.

      "Baru aku tahu kau ada function sebagai kapten pasukan." Miro bersuara. Thaqif mengecilkan matanya merenung Miro. Kemudian, dia mengabaikannya.

Dah biasa dah kena cop sebagai ketua pasukan yang tiada function.

      "Disebabkan kem ni start hari Khamis lagi awal apa yang di sangkakan. Aku cadang petang tu tak ada apa-apa aktiviti rehat saja. Ya lah siang tu sekolah kut. Tak akan nak dera anak orang suruh keluarkan peluh dah datang jauh-jauh. Tapi, malam itu ada makan dan kita buat aktiviti kuiz. Pendapat kau orang untuk hari pertama?"

      "Boleh tahan. Kuiz tu kita bagi yang ada kena mengena dengan ragbi." Shaqeen bersuara. Setuju dengan rancangan hari pertama dari Thaqif.

      "Jadi aku nak minta tolong... Cik Natasha kita sediakan soalan-soalan ya." Pinta Thaqif.

Natasha memutarkan bebola matanya sebelum mengangguk kepala. Semua apa yang di bincangkan petang itu di catat ke dalam planer coklatnya. Buku di mana, Sayf main campak sahaja atas meja.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt