47.

59 16 16
                                    

Hari terakhir perlawanan, dimulakan dengan perlawanan separuh akhir bagi kumpulan-kumpulan yang tinggal sisa baki merebut peluang ke pusingan akhir.

Swing Warrios yang sekejap lagi akan menempur pasukan terkuat iaitu Ace Club mula rasa roh-roh ingin terbang daripada jasad. Dengan keadaan semalam yang cukup ribut buatkan mereka terasa sedikit tidak bersemangat untuk teruskan.

Dalam keadaan panaskan diri ini pun, hati turut ikut panas bila melihat wajah ketua pasukan yang sedikit suram. Mungkin dia sudah sedar yang semalam emosi lebih mengawal situasi dari realistik.

Thaqif sedar salah dia, bila kena ceramah 24jam daripada Dhani, Aniq, Aiman dan Putra semalam. Hampir mengucap dia bila terasa ajal sudah tiba, penat kena beduk dengan anak-anak buahnya itu.

"Kauorang dah habis panaskan badan?" soal Laila. Hari ini dia terpaksa perhatikan gerak-geri ahli Swing Warrios. Pastikan diaorang ini masih ada lagi hati nak teruskan berjuang.

Sebab itu impian diaorang. Dia tahu pun sebab Putra kawan dia dari sekolah rendah.

"Dah," balas Shaqeen.

      "Berkumpul bawah khemah sekarang, ada benda yang kauorang patut tahu," arah Laila.

Mereka terus bergegas ke bawah khemah.

Saat ini roh Thaqif betul-betul rasa nak melayang jauh dari tubuh. Wajah tenang Natasha yang sedang melihat ipad ditenung.

Lepas kes semalam, dia ingat gadis itu betul-betul tak akan jejakkan kaki dekat atas padang. Tapi lain, gadis itu datang dalam keadaan tenang, tiada marah, jeling atau sebaliknya. Cuma Natasha tak pernah murah bagi senyuman, selalu kedekut.

      "Akhirnya awek peanut kita datang juga," tegur Aaraz sebelum dia duduk mencangkung. "Sejak bila kau ambik ipad aku perempuan?" soalnya bila dia melihat ipad yang agak similiar itu.

      "Tadi. Pinjam." Ringkas dan padat itulah Natasha Ilyani.

Aaraz sekadar memutarkan bebola matanya. Pantang dia tinggalkan sekejap mesti beg kena selongkar dengan Natasha, sebab gadis itu tahu yang dia tak jauh dengan candy crush.

      "Kau dah okay ke?" soal Miro ingin kepastian.

Manalah tahu yang Natasha datang ini kena paksa dengan Laila atau Cikgu Man yang bising 24 jam. Sebab orang tua itu tahu bebel dekat Natasha saja bukan dengan diaorang.

      "Kenapa pula tak okay? Elok je ni boleh berdiri," balas Natasha. Kening dijongket sebelah. Pelik betul soalan. Kalau dia tak okay, dah lama dia duduk rumah baca buku fixi yang berlambak belum habis.

Thaqif diam, dia tak nak bersuara. Takut hati kata lain, yang keluar kata lain. Payah nanti.

      "Baiklah, sekejap lagi kauorang akan lawan dengan pasukan terkuat dalam liga ni. Boleh kata kauorang ni celah gigi diaorang je tapi itu bukan satu kemusnahan untuk kauorang. Kalau diaorang bagi 100 dalam perlawanan kauorang kena bagi 1000 dalam ketenangan. Faham?" Natasha terus membuka mukhadimahnya. Tak ada masa dah nak kena ajar diaorang, guide dan pelbagai lagi.

Diaorang sendiri kena berfikir macam mana nak terus hidup dalam perlawanan tanpa ada yang mati awal.

      "Faham!"

Thaqif sekadar tersenyum tipis, patutlah Natasha tenang sahaja. Natasha tak nak benda semalam yang terjadi itu mengganggu buah pemikiran dia.

Dia gadis yang professional bagi Thaqif.

      "Jadinya, aku nak kauorang berfikir sebelum menindak. Jangan terus serang harimau yang sedang tidur, tapi perhatikan dulu gerak geri diaorang macam mana. Nama Ace bukan sekadar nama, ada sejarah daripada setiap perlawanannya. Kauorang pernah ada perlawanan dengan diaorang, itu baru 50 peratus yang diaorang tunjuk. Masih ada baki 50 yang kauorang belum pernah hadap.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now