1.

285 39 19
                                    

Langkah demi langkah dia cuba untuk berhati-hati. Namun, nasibnya pada hari itu agak malang sekali. Sudah jatuh di timpa tangga. Gadis bertudung bawal hitam itu sekadar menahan sabar di dada. Cuba untuk tidak terus melenting walaupun boleh cukup malu dia pada pagi ini.

Beberapa wajah yang cukup bosan dia lihat selama seminggu itu di pandang dengan tenang. Senyuman nipis terukir buat si pelaku yang tiada hati dan perasaan. Baju yang berdebu akibat terjatuh tadi di kebas. Keluhan berat di lepas dengan perlahan.

      "Kesian... mata tu buta agaknya, loser." Ujar salah seorang dari sekumpulan pelajar perempuan yang kerja mereka ajak bergaduh sahaja.

Si gadis bertudung bawal hitam atau dikenali Natasha itu sekadar menayangkan wajah tidak berperasaan sahaja. Cukup lali dia kena selama seminggu persekolahan ini. Buat kan dia bosan dengan sistem bodoh dekat sekolah ini.

Mungkin bakal di ajak lagi ramai pelajar untuk buli dia. Dia cuma perlu bersabar sampai tahap seseorang je kut.

Natasha melangkah pergi meninggalkan kawasan yang menjadi perhatian sejak dia terjatuh tadi. Loker yang bernombor 291 di tuju. Buku-buku yang diperlukan di bawa keluar dari loker.

Jadual yang elok dia tampal di belakang pintu loker di lihat. Subjek pertama paginya ini ialah mata pelajaran Sastera Melayu. Dia melangkah ke bangunan kesusasteraan dan menuju ke kelas pertama Sastera Melayu.

Kelas Sastera buat tingkatan 5 mempunyai tiga kelas sahaja. Tidak banyak seperti aliran drama atau muzik atau tarian. Tak ramai belia sekarang minat dengan sastera. Bosan buat mereka mungkin?

Tempat duduk di bahagian belakang sekali menjadi pilihan. Sejak dia berpindah dari sekolah harian kerajaan ke sekolah harian swasta, dia rasa dirinya lebih layak untuk berjauhan daripada manusia-manusia. Dia agak rimas bila terlalu ramai orang memandangnya.

Rasa diri seperti alien yang ingin akan koko tok aba sahaja. Rasa macam diri tak layak jejak kan kaki di sebuah sekolah yang ternama macam ini.

'Patutnya dari awal lagi kau tolak je tawaran tu, Natasha.' Kata negatif singgah dalam lubuk hati sendiri. Walaupun dia ada kelebihan bersastera dan bersukan tapi rasa diri tetap tak layak bila masuk kelompok yang sudah lama mendalami dunia seni ini.

'Macam mana kau ringan sangat mulut nak setuju masuk sini. Kau bukan hebat pun, Natasha.' Masih dengan bermonolog sendiri. 'Kau menyusahkan diri kau sendiri adalah Natasha.'

Beberapa minit selepas itu, kelas pertamanya berjalan dengan lancar walaupun dia kena tahan telinga dan hati. Mana tak kena sabar kalau kelas sastera dia sama dengan salah seorang pembuli pagi tadi.

Tamat sahaja beberapa subjek sebelum waktu rehat, dia segera ke kantin untuk membeli makanan. Kalau ikutkan hati tak kuasa nak beratur dengan ramai orang kat kantin sekolah itu. Tapi nak, tak nak dia kena pergi juga.

Nak juga rasa latte ais mak cik kantin macam mana.

__________◇__________

Swing Warrios mengambil tempat duduk di sudut penjuru kantin. Jauh sedikit dengan orang ramai. Aniq, Dhani dan Sayf yang baru sahaja selesai membeli makanan untuk semua turut mengambil tempat masing-masing.

Aniq tukang pilih makanan. Dhani tukang angkat dulang. Paling sedih seorang Sayf sebab tukang bayar semua makanan kawan-kawannya. Syukur saja mereka ada kawan yang tak kedekut soal duit ini.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now