4.

214 37 11
                                    

Habis sahaja latihan ragbi pada petang itu. Semua terus terlentang di atas padang. Penat tak terkata. Tak tahu lah Cikgu Man turun pada hari Khamis ini memang nak lepaskan geram sampai pelajar yang kena atau emosi Cikgu Man sendiri tak menentu macam perempuan, semua tidak mengetahui.

      "Selama ini kau orang berlatih macam mana? Thaqif?" Soalan dari Cikgu Man membuatkan jantung masing-masing ingin pecah. Dengan nada yang kedengaraan serius dan riak wajah yang tiada senyuman itu buatkan semua Swing Warrios reda kalau kena denda.

      "Macam cikgu ajar kita orang sebelum ini, fitness, handling, dan lain-lain." Jelas Thaqif tanpa melihat wajah Cikgu Man itu.

Cikgu Man menarik nafas terlebih dahulu. Cuba untuk bersabar bila berdepan dengan pelajar-pelajar macam Swing Warrios ini. Semua boleh bermain, ada potensi untuk pergi dengan lebih jauh tapi tak tahu apa yang menjadi punca setelah setahun selepas. Semua nampak tak berminat lepas kekalahan besar terjadi buat mereka.

      "Sabtu ini kita ada friendly dengan Ace highschool. Jangan ada yang tak datang pula." Pesanan untuk kali ke-50 buat minggu ini cukup lali untuk mereka. Perlawanan persahabatan yang mereka sudah tahu apa pengakhirannya.

Tak perlu cakap keputusannya pasti akan dimiliki buat Ace Highschool. Sekolah yang kini boleh dikatakan agak kuat berbanding Sports Arts Warrios Highschool yang sekarang.

      "Cikgu balik dulu. Lagi satu, orang yang akan guide kamu sementara cikgu tak ada nanti itu dia tengah sibuk sikit. Minggu depan mungkin dia start guide kamu depan-depan. Jadi jangan nak buat hal pula." Ujar Cikgu Man.

Semua sekadar mengangguk kepala sahaja. Cikgu Man berlalu pergi meninggalkan padang ragbi dan anak-anak muridnya itu. Dah besar pandai lah nak tahu mana jalan keluar sekolah ini.

Tak akan itu pun nak kena tunjuk.

Hilang sahaja susuk tubuh Cikgu Man, semua kembali terbaring. Penat gaya macam berlari satu marhala.

      "Kenapa Ace? Tak ada sekolah lain ke?" Soalan Aniq itu menjadikan satu keluhan buat semua ahli.

      "Itu lah masalahnya ada banyak sekolah kat dunia ni, kenapa Ace?" Aiman turut bersuara.

      "Nak atau tak, lusa kena juga datang sekolah. Nak lari tak boleh, nak elak pun tak boleh. Kita tinggal lapan orang je sekarang ni." Kata Aaraz.

      "Kita buat je apa yang termampu, kalah atau menang tu adat." Ujar Thaqif pula.

Semua mengangguk kepala tanda setuju.

      "Putra, kau dari tadi diam je...," tegur Danish.

      "Kau perasan tak ayat Cikgu Man tadi. 'Start guide depan-depan' maksudnya selama ini orang tu dah start guide kita lah kan? Cuma kita je tak nampak." Kata-kata Putra membuatkan semua berfikir sejenak.

Ya, tak ya juga.

      "Tak ada benda yang mustahil kalau Natasha Ilyani tu yang guide kita." Ujar Dhani dengan perlahan tapi boleh didengari oleh semua.

      "Wait, what? Kelakar." Kata Aaraz.

      "Benda ni tak kelakar."

      "Bukti kan."

      "Perempuan desperate macam mana sekali pun bila tanya posision kita confirm loss. Tapi, kenapa dia je yang boleh hafal segala posision. Benda paling jelas dan terbukti, bila ada nama-nama skill." Terang Dhani.

      "Mungkin dia belajar kat youtube tak pun dekat buku teks form 2. Boleh terjadi kan?"

      "Buku teks pj tak terangkan secara detail macam tu. Kau kena ingat yang dia budak dari SMK, tak ada benda yang mustahil aku cakap."

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now