25.

166 36 15
                                    

Beg yang berisi pasir seberat 6kg itu terpaksa digendong secara tidak rela. Kalau tak buat lagi parah dia orang kena, nak atau tidak kena juga angkut beg berisi pasir itu. Hati mulalah tak puas hati dengan pelajar-pelajar dekat sekolah ini sebab tidak pasal-pasal mereka bertiga kena denda.

Tapi salah siapa? Salah dia orang juga.

      "Kau orang bertiga lari dekat paling depan sekali. Senang aku nak perhatikan kau orang ni, nasib buat perangai je lah. Bila nak berubah aku tak tahu." Cikgu Man mula membebel.

Pagi-pagi lagi dia dah dapat berita budak bertiga dari SUA itu buat perangai pendek akal. Cerdik sangat pergi dorm perempuan sesuka hati, nak cari masalah pun tak pandai.

Syukur jugalah si Aniq itu pandai dalam bab-bab kamera ini. Selamatlah sikit rasanya buat Natasha dengan yang lain. Tak adalah seriau sangat kalau tetiba ada katak ke ular ke yang budak bertiga tu pergi letak dalam bilik dia orang.

Dengan perempuan pun tak puas hati.

      "Kapten setiap sekolah pastikan budak bertiga ini lari dekat depan kau orang dan suruh dia orang lari laju sikit. Faham?" Tegas Cikgu Man bersuara.

      "Faham!"

      "Tak habis-habis nak buat masalah, ni kalau anak-anak aku ni... aku cekik-cekik je bagi sambung sikit akal tu." Cikgu SUA bersuara geram. "Apa yang dia orang fikirkan lah malam semalam ni, sampai nak buat perangai pendek akal." Sambung Cikgu SUA

Teme dan rakan-rakan diam membisu dengan muka masam sebab kena denda. Dalam hati mulalah tak puas bila kena lari sekali dengan beg isi pasir ini. Apa ingat ringan ke beg itu nak bawa sambil berlari.

Dia orang pun tak faham macam mana boleh ada kamera yang rakam perbuatan dia orang malam semalam. Sedangkan awal-awal lagi dia orang dah siasat memang tak ada kamera dekat depan bilik Natasha dan lagi dua orang pelajar perempuan itu.

Larian 8km berjalan dengan lancar walaupun ada masalah disebabkan budak bertiga itu.

      "Lari lah laju lagi! Macam sotong lah kau orang ni!" Herdik Fares selamba.

      "Cepat sikitlah kau orang bertiga ni!" Arah kapten SUA. Memang dia boleh dapat darah tinggi malam semalam. Dia sebagai kapten pun terasa malu sebab ada ahli dia buat perangai macam tak sekolah.

Sedangkan sekolah SUA itu merupakan top 3 sekolah paling cemerlang antara yang lain. Entah macam mana ada budak bertiga ini terus nampak macam sekolah itu kurang didikan moral untuk pelajar.

8 km itu mula terasa seperti berlari 10 km lamanya. Pelajar-pelajar yang berlari di bahagian belakang mula merungut bila larian itu terlalu lama rasanya.

Teme mula naik bengang sebelum beg berisi pasir itu di campak ke atas jalan. Semua terikut berhenti. Guru yang membimbing pun turut memberhentikan motornya.

      "Teme, ambil balik beg tu!" Arah guru itu.

Teme mengabaikan sahaja arahan yang diberikan. Wajah kapten pasukannya di tenung dengan tajam. Shamsul, mengabaikan pandangan tersebut sebelum beg berisi pasir di ambil.

Beg itu di hulurkan kepada Teme dengan renungan membawa makna yang sekadar boleh difaham oleh ahli-ahli SUA. Renungan supaya berhati-hati dan jangan melebih. Teme mendengus kasar sebelum beg di sangkut kembali di atas bahu.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now