26.

148 37 19
                                    

Baju melayu di keluarkan dari loker kecil itu sebelum di sarung dengan kemas. Kopiah di ambil sekali harung sebelum diselit ke kocek baju melayunya. Kemudian, pintu loker dihempas kuat.

      "Kau ingat pintu tu bapak kau punya ke?" Soal Aaraz dengan dahi berkerut. Susuk tubuh Thaqif ditenung bengang. Apa masalah kawan dia seorang ini buat perangai naik angin tak tentu pasal.

      "Diamlah kau." Balas Thaqif dengan malas.

      "Kau ada masalah ke?" Soal Sayf dengan kening dijongket. Jari pula laju sahaja scroll Twitter. Melihat update terbaru yang menjadi trending.

Miro dan Shaqeen pandang antara satu sama lain sebelum menggeleng kepala. Sekali-sekala Aaraz yang sedang baring meniarap itu merenung. Apa jugalah yang budak berdua itu tahu pasal Thaqif ini.

Atau dia sendiri dah tahu tapi lupa.

Jarang sebenarnya Thaqif nak buat perangai gaya bulan mengambang macam perempuan. Apa entah yang merasuk jiwa lelaki dia hari ini sampai semua benda nak dihempasnya. Gila mungkin.

      "Ini mesti kes cemburu ni." Danish yang baru balik dari bilik air melabuh duduk bersila di atas katil Sayf. Sayf terjongket kening bila mendengar. Dia ada terlepas apa-apa ke?

Cemburu?

Dah kenapa kawan dia itu seorang nak cemburu. Lah bulan mengambang betul.

      "Cemburu pasal apa pula?" Soal Sayf.

      "Tadi ada orang tu kena reject dengan akak pengurus pasal coffee. Itu yang tak puas hati sekejap kapten kita." Aiman yang sedang main game bersuara selamba. Thaqif yang dengar terus mencampak botol mineral yang baru lepas dia teguk ke arah Aiman.

Bertuah punya budak. Elok-elok Sayf itu tak tahu apa-apa pasal kes tadi sebab tengah tolong Dhani. Ini dah tahu parah dia kena.

      "Kau suka dia ke?" Soalan tak bertapis dari Sayf itu membuatkan Thaqif mengurut dada sekejap. Soalan apa yang kawan dia ini bertuah sangat pergi tanya. "No."

Sayf mengangguk kepala. Mata melihat kembali skrin telefon. "Kalau tak suka, kena reject pasal coffee pun tak adalah emotional sangat sampai hempas pintu loker kan? Orang gila je bagi reaksi macam gitu."

      "Tiber. Aku cuma nak bagi dia coffee je pun, tapi dia tak nak kata nak tidur. Padahal dekat tangan ada tin latte nescafe si Shamsul tu bagi. Dusta belaka." Thaqif tanpa sengaja bercerita dengan mata dibawa naik ke atas.

      "See. Kau suka dia." Selamba Sayf bertutur sebelum bangkit untuk berlalu pergi. "Nak pergi mana?" Soal Aaraz.

      "Gi kantin. Lapar." Nasib baik tadi masih ada makanan lebih yang belum habis. Bolehlah makan sementara nak tunggu pukul 12:30 untuk pergi masjid yang terdekat.

Aaraz terus bergegas bangun untuk ikut begitu juga Danish dan Aiman. Laju sahaja bila dengar makanan. Thaqif masih kaku lepas dengar ayat dari Sayf tadi.

Miro dan Shaqeen ketawa sebelum bahu Thaqif ditepuk perlahan. Mereka juga berlalu pergi, sempat juga bagi pesanan dekat pelajar sekolah lain supaya mereka berkumpul dekat dewan nanti bagi yang muslim.

      "Orang gila je buat perangai gini." Putra cuba mengulang kembali ayat Sayf tadi. Thaqif terus mengecilkan matanya ke arah Putra. Sebelum dia bangun untuk mengejar.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now