35.

138 34 31
                                    

Tangan cuba diluruskan sambil memusing-musingkan kayu yang tergantungnya weight plate 3kg hingga 4kg itu. Cikgu Rohaimi sekadar melihat sahaja ahli Swing Warrios lakukan latihan tersebut. Semenjak dia dapat berita tentang rakan karibnya dalam bidang sukan ini dia agak terkesan sedikit. Bukan sebab kecewa tapi dia tahu yang Cikgu Man itu banyak perkara kena lawan baru-baru ini.

Pelajar-pelajar perempuan yang baru selesai melakukan latihan handling sebentar tadi dipanggil ke bawah pondok untuk lakukan perkara yang sama, kena angkat weight plate seberat 2 kg itu. Syilla terlebih dahulu mengambil weight plate itu sebelum diikuti dengan pelajar perempuan yang lain.

      "Dah tu kau orang tak boleh main lagi ke dekat sana, selagi kes cikgu Man tak selesai?" soal Cikgu Rohaimi kepada Natasha.

       "Nampak gaya macam gitulah. Dahlah cikgu sukan dengan Pk koko itu mengarut."

       "Mengarut macam mana tu?"

      "Dia cakap ragbi sekolah tu terlalu noob jadi tak boleh pergi jauh. Then, dia orang cakap, dia orang yakin yang Swing Warrios tak boleh menang. Kan mengarut tu, game bulan 4 kut, apa tiba sangat entah perangai."

      "Dah tua pun perangai bodoh lagi rupanya. Sedih betul kau orang ada cikgu macam gitu."

      "Nasib baik kita orang dapat cikgu yang baik hati," sampuk Firdaus. Cikgu Rohaimi sekadar melihat sahaja wajah Firdaus itu. "Baik hati, pastu belakang aku kutuk kan?" teka cikgu Rohaimi sambil menayang smirk.

Firdaus dan pelajar-pelajar yang lain menahan diri dari ketawa. Terasa kena tikam dekat dada pula bila dah kena soal macam itu.

      "Mana ada kita orang kutuk, tak baik kutuk cikgu," Firdaus cuba tutup cerita supaya tidak kantoi. Tapi sayangnya, bila dah nama pun kawan baik jarang yang tak ada perangai syaitan. "Tipu, dia selalu kutuk cikgu sebab cikgu potong rambut dia tak cantik," sampuk Shafwan.

Syilla dan Natasha mempersetujui dengan apa yang dikatakan oleh Shafwan tadi. Firdaus itu selalu dendam dengan kutuk cikgu Rohaimi sebab gunting rambut dia tak betul.

      "Siapa suruh rambut panjang lagi, aku dah suruh potong kan. Kau yang degil padanlah muka."

      "Panjang terlebih 1cm je kut, itu pun nak kecoh bukan panjang macam sajat," jawab Firdaus.

      "Peraturan tetap peraturan. Sekarang dah pergi buat dua kumpulan campur lelaki dengan perempuan terus buat game," arah Cikgu Rohaimi. Malas sudah dia nak layan karenah Firdaus itu. Bukan dia tak tahu ramai pelajar lelaki tak minat dengan dia sebab itu saja.

Kena potong rambut.

Semua terus bangun ke tengah padang dibahagikan dua kumpulan. Peluanglah juga nak main sekali harung lelaki dengan perempuan bila tak ada pelajar petang ikut sama berlatih. Jimat masa dari kena tunggu giliran nak gunakan padang itu.

Syilla mengagihkan kumpulan bagi pelajar perempuan. Farhan pula membahagikan pelajar lelaki kepada dua kumpulan.

      "Aku kumpulan Natasha, kau  kumpulan Syilla." Shafwan bersuara sebaik giliran dia sampai. Farhan menayangkan wajah tidak berperasaan sahaja.

      "Jap, jap tak faham. Kenapa kena campur?!" soal Aniq dengan panik. Semua yang ada dipadang itu memandangnya dengan pelik. Tanya elok-elok boleh saja yang dia menjerit ini entah kenapa.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu