8.

177 37 8
                                    

      "Di minta 10 pemain Swing Warrios datang ke bilik kelab ragbi dengan segera." Satu annoucement  telah mengejutkan pelajar-pelajar. Bukan apa, siapa saja tak terkejut semua sedia maklum yang kelab ragbi ini memang tinggal 8 orang sahaja. Celah mana datang lagi 2 orang ini?

Semua sedia maklum yang Swing Warrios ini jarang dapat tarikan dari mana-mana pelajar dekat sekolah ini. Rekod kontroversi kelab pun paling bersih setakat ini. Tak pernah lah dengar Swing Warrios dari kelab ragbi ini buat masalah.

Jarang ada kes dia orang yang menjadi trending di laman web sekolah. Pemain dia orang berkurangan pun tak ada kecoh walaupun sedia maklum yang keluar itu Shaqeen dan Miro. Pemain yang handal.

      "Hari ini ada apa-apa program ke? Kenapa tiba-tiba je ni cikgu panggil suruh datang." Soal Aiman dengan pelik.

      "Cikgu mana ada hari ini, kalau ada pun tak adalah pula dia hantar chat dalam group." Balas Putra sambil melihat balik aplikasi Whatsapp. Cuba scroll kalau tiba-tiba dia terlepas pandang semalam atau kemarin.

      "Bila masa kelab ni ada 10 orang bukan tinggal 8 je ke?" Tanya Danish yang sudah berkerut dahi itu. Cuba nak ingat kalau Thaqif ada bagitahu apa-apa info sebelum ini. Aiman dan Putra turut menjongket bahu. Langsung tak tahu apa-apa ini.

      "Ke senior-senior kita ini ada sorokkan apa-apa? Tengoklah itu muka masing-masing macam nampak roh sendiri melayang." Ujar Danish lagi.

5 orang pelajar tingkatan 4 itu sekadar diam tidak bersuara. Mereka segera menuju ke bilik kelab. Mungkin ada benda yang penting tapi mereka sendiri tak tahu atau mereka tahu apa nasib mereka lepas ini.

Sampai sahaja di hadapan bilik kelab itu langkah kelima-lima pelajar tingkatan 4 itu berhenti secara tiba-tiba. Danish, Aiman dan Putra pandang antara satu sama lain. Apa masalah budak berlima ini mereka tak faham.

      "Yang kau orang berhenti dekat depan pintu ini dah kenapa?" Soal Danish yang naik tak faham dengan perangai senior dia ini semua. Gila rasanya.

      "Kita kena baca doa dulu." Ujar Aniq sebelum tadah tangan. Thaqif, Aaraz, Aniq, Dhani dan Sayf turut menadah tangan. "YaAllah kau jauhkan lah bala kepada kami yaAllah... Amin...,"

      "Tak, aku tak faham dah kenapa nak kena baca doa jauh dari bala bagai ini. Bilik ni ada saka duduk ke apa?" Tanya Danish yang naik kusut tengok perangai tak matang seorang demi seorang.

      "Kita sebelum apa-apa mestilah kena berdoa terlebih dahulu. Jauh dari bala yang akan datang." Aaraz mempertahankan diri dan tak menjawab soalan yang Danish dan yang lain inginkan.

Alasan dusta apa yang dia tengah nak kukuhkan sebenarnya pun semua orang tak tahu.

      "Dah kenapa semua dekat luar ni? Asal tak masuk?" Satu suara mula menyoal. Semua menoleh ke arah pemilik suara sebelum dua susuk tubuh yang mereka kenali itu terpapar di depan mata.

      "Jadinya 10 orang pemain tu termasuk kau orang berdua sekali lah ni?" Soal Aiman yang tak percaya bila Shaqeen dan Miro berdiri di depan mereka.

      "Bukan kau orang dah minta tukar kelab ke?" Tanya Putra pula.

Shaqeen dan Miro berpandangan antara satu sama lain. "Kapten tak bagitahu?" Balas Miro dengan soalan.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now