46.

80 17 26
                                    

Berbaki lagi dua jam untuk perlawanan seterusnya, mereka lebih memilih untuk bersantai dibawah khemah sambil bermain true or dare. Tidak termasuk Aaraz yang lebih fokus dengan Candy Crush dia dan Natasha yang hilang entah ke mana.

"True or dare?" Soal Aniq kepada Putra.

"Siapa lagi lawa Natasha ke Laila?" Baru sahaja mulakan permainan soalan maut sudah diajukan buat Putra.

Remaja yang berusia 15 tahun menggarukan kepalanya. Tak tahu macam mana nak menjawab soalan itu. Sebagai lelaki sangat sukar untuk dia membuat keputusan antara cantiknya Natasha dan Laila itu.

Masing-masing ada kategori tersendiri.

Natasha dengan eyes smile dan lesung pipit, walaupun warna kulitnya seakan putih tidak berdarah itu mempunyai kecantikkan yang tak boleh dihuraikan buat Putra. Sebab gadis itu misteri.

Laila pula dengan ada campuran darah cina itu membuatkan mata yang sedikit sepit kelihatan tetapi dengan adanya bulu mata yang lentik serta hidung yang mancung buat akan Putra makin celaru untuk memilih.

      "Laila." Jawab Putra sambil membetulkan rambutnya sebelum topi di sarung.

      "Sah, kau suka dia." Aniq saja menyakat.

      "Jangan nak memandai ya, ship-ship anak orang ni." Laila menyampuk.

      "Laila, true or dare?" Aiman terus bertanya tanpa membuang masa.

      "C'mon, dare." Dengan bangga Laila memilih cabaran. Sangat tak fikir akan maruah yang bakal tercalar sekejap lagi.

Aiman menepuk tangan tanda bangga dengan pilihan yang dibuat oleh Laila. Sangat mencabar betul gadis yang dulu introvert sekarang boleh tahan gila macam Aniq.

"Senang je, tak susah pun. Pergi buka lagu guna speaker stadium sambil jadi dj." Arah Aiman.

Laila sekadar tersenyum sahaja. Memang senang buat dia tapi susah nak lepas masuk macam gitu sahaja. Laila bangun dari tempat duduknya.

"Duduk." Entah dari mana, Natasha datang dan mengarahkan Laila supaya duduk kembali. Kemudian, gadis itu segera mencapai Ipad Aaraz dan duduk diatas kerusi yang sedia ada.

Aaraz pula sudah memberikan reaksi menyampah kepada gadis tersebut.

"Kau ni ada masalah ke?" Soal Thaqif yang makin risau melihat keadaan Natasha itu sekarang. Serius lain macam.

Sudahlah gadis itu dari tadi menghilangkan diri. Muncul-muncul buat gaya macam ada masalah kehidupan saja.

Suasana di antara mereka menjadi sepi seketika apabila Natasha tidak menjawab soalan Thaqif. Malah gadis itu lebih fokus dengan Ipad milik Aaraz.

      "Done." Hanya satu patah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Natasha.

"Okay, apa yang done?" Soal Aniq.

"Tak ada apa-apa pun, saja nak bagi dramatic sikit."

Aaraz yang berdiri bersebelahan Natasha, cuba mengeluarkan kuasa-kuasa hitam dari badan gadis itu. Bagi dia, gadis itu agak tak betul sebab tersampuk dengan jin.

"Aku masih normal, Aaraz."

"Normal apanya, perangai serupa baru keluar dari kandang haiwan."

"Malas nak buang masa, sekarang apa plan kau untuk next game kitaorang?" Sayf cuba mencari topik yang tidak membuang masa.

"Dia mana ada plan, baik tanya Laila je. Function sikit." Sindir Aaraz. Ipad miliknya dirampas dari tangan Natasha. Lebih baik dia sambung game candy crush.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now