27.

134 39 18
                                    

Aniq terkebil kelopak matanya berkali-kali dengan mulut ternganga macam nak bagi belalang masuk ke dalam. Pelajar-pelajar yang lain mula bahan dekak sahaja bila melihat reaksi Aniq itu.

Jarang jugalah budak Aniq Rafiqin ini tak buat orang sakit perut sebab nak kena ketawa tengok dia punya perangai. Lagi-lagi bila benda itu ada kena mengena dengan Cikgu Man.

      "Buu... kata ajar Sukma. Kalah juga." Kutuk Aniq tak bertamadun. Cikgu Man tersenyum nipis. Rasa ringan sahaja bola bujur ini nak campak tepat kena muka anak murid bertuah.

      "Kau kutuk aku ke?" Soal Cikgu Man dengan wajah bengang. Walaupun terpaksa senyum.

      "Sikit, tapi banyak." Balas Aniq dengan muka cari gaduhnya itu.

Dari baling-membaling. Bertukar pula kutuk-mengetuk. Dia buat cikgu tu gaya member dia saja. Padahal orang itu lagi berusia dari dia yang baru tahu nak matang itu macam mana.

      "Cakap besar eh kau. Kau ke depan sekarang, kita lawan." Pinta Cikgu Man.

Aniq dengan bangga terus bangun. "Jom, lawan. Siapa kalah belanja makan." Aniq mula meletakkan bet kepada Cikgu Man. "Cepatlah cikgu saya excited ni."

      "Sabar." Mendatar suara Cikgu Man.

Aniq mula merenggangkan otot-ototnya. Walaupun dia baru kalahkan Fares tadi, kali ini nak juga mencuba nasib lawan dengan cikgu sendiri.

      "Okay, jom fight." Suara yang agak familiar itu mendapat perhatian dari Aniq. Lelaki itu ternganga seketika. "Apa ni, tak akan nak lawan dengan perempuan pula?" Soal Aniq tidak percaya.

      "Apa?" Soal Natasha dengan kening dijongketkan.

      "Oh come on cikgu, apa hantar pelajar perempuan pula ini. Tak gentle gila kata cikgu Sukma." Aniq bersuara tidak puas hati. Walaupun dia teruja saja sebab tak pernah pun dia nampak Natasha itu tunjuk bakat pasal ragbi.

Gadis itu selalunya perhatikan sahaja cara dia orang berlatih dan lebih mendiamkan diri. Tidak adalah pula buat gaya nak tunjuk bakat macam ini.

      "Cikgu nak juga tengok kau lawan dengan pelajar sukma." Ujar Cikgu Man tenang. Natasha mula membuat muka, tak teringin dia buat masa sekarang nak masuk Sukma itu. Walaupun ada saja niat memang nak wakil. Tapi belum ada masa.

Jadual dia terlalu penuh sampai tak cukup untuk dia isi ruang buat latihan ragbi rempuh itu.

Semua yang mendengar terus terkejut. Salah dengar atau betul-betul yang Natasha itu salah seorang anak murid Cikgu Luqman mereka tak pasti.

     "Saya tak bagi kata putus lagi, okay. Jangan buat cerita." Pesanan Natasha kepada cikgunya seorang itu.

Apa jugalah nasib dapat cikgu suka reka cerita yang belum terjadi lagi ini. Sajalah itu nak mengenakan orang tak ikut situasi. Suka sangat main pakai bedal tak bagi salam. Tahu-tahu dah kena cop pelajar ragbi bawahan cikgu Luqman.

Bagus sangatlah itu perangai. Menyakitkan hati.

      "Wah! Apahal kita orang tak tahu ni?" Soal Aiman nyaring.

      "Kena bagitahu ke?" Sambil-sambil kaki direnggangkan itu dia menjawab.

Habis bergema suasana di padang pada petang itu. Riuh lain macam. Teruja agaknya nak tengok perlawanan antara Aniq Rafiqin kaki mengutuk orang berlawan dengan Natasha Ilyani yang masih tidak faham apa perwatakannya yang sebenar.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now