43.

91 17 27
                                    

      "Kalau tak sebab kan bonda, jangan harap aku nak teman kau keluar." Sayf mengeluh bila pagi-pagi lagi budak Melia ini dah buat rombongan ajak dia keluar.

Nak membantah mahu kena makan penampar bonda dia. Biasalah, bila ada Melia ini terasa seperti anak tiri dibuatnya.

      "Hari ni tak ada latihan? So, boleh teman I pergi jalan-jalan."

      "Dari kena teman kau pergi mall ni, baik tidur dekat rumah."

      "Tidur je kerja, patut gemuk." Kutuk Melia.

Sayf sekadar jeling sahaja gadis pendek itu. Sekejap lagi melawan ada sahaja kena dengar bebel 7 hari 7 malam bersama bondaku. Tak sanggup dia nak menghadap situasi itu.

Itu pasal kadang-kadang hati dia doa kan gadis depan mata ini supaya pergi jauh-jauh. Selalu buat dia macam anak tiri derhaka yang harus di sumpah jadi batu.

Biadap mak cik senah tiga suku ini.

      "Kau ada pula duit nak keluar," Sayf menegur.

Walaupun soalan itu agak sedikit tidak sopan. Tapi peduli apa dia.

      "Mestilah ada, penat-penat kerja tak akan tak ada pula duit." Jawab Melia.

      "Kerja?" Soal Sayf tidak percaya.

Rasa kelakar pula dengar budak perempuan tiga suku itu kerja. Macam tak percaya. Melia kerja? Kena black magic ke budak itu?

      "Haah, aku kerja dekat kedai kek. Sambil-sambil belajar, best doh kerja situ dapat makanan free bhai." Cerita Melia.

Sayf ketawa mendengar. "Sejak bila kau pandai guna perkataan 'bhai' ni wei? Tak betul dah kau ni aku rasa."

Mana pernah dia dengar budak perempuan diva ini cakap gaya budak-budak tak ada masa untuk jadi diva. Tapi cara Melia itu menampakkan seperti budak biasa yang hidup dalam dunia remaja luar.

Ke perempuan tu terlebih tengok movie mat rempit. Macam Adnan Sempit?

Atau KL Gangster?

Melia Zaqrina kut. Mestilah kena berkelas.

Tak bukan perkataan 'bhai' je. Malah cara dia cakap itu lain dengan cara Melia Zaqrina yang normal cakap.

      "Bila-bila je lah, yang penting sekali-sekala tak ber-I-You macam best."

      "Aku lagi suka ber-kau-aku dari ber-I-You. Nampak dunia tu normal untuk remaja macam kita." Ujar Sayf.

Melia duduk di atas bangku batu berhadapan dengan taman permainan kanak-kanak. Sayf turut ikut duduk.

Penat betul melayan budak Melia itu.

"Nak tanya boleh tak?" Pinta Melia.

Sayf sekadar menjongketkan kening dia.

"Betul ke Natasha tu tak ada kawan perempuan?"

"Kenapa kau tak percaya ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now