32.

146 38 40
                                    

Dia melabuhkan duduk sebelum melepaskan nafas kasar. 12 remaja yang berada dihadapannya di tatap satu persatu.

      "Saya dapat maklumat sebelum pukul 10 pagi waktu kejadian, ada diantara kamu berjumpa dengan Cikgu Lokman. Boleh saya tahu siapa?" soal pengawai polis itu.

Swing Warrios sekadar memandang antara satu sama lain dengan hujung anak matanya. Natasha yang seolah-olah tiada perasaan mengangkat tangan paras bahu sahaja. Mata melirik ke arah pengawai itu dengan wajah dingin.

Thaqif, Shaqeen, Danish dan Laila turut mengangkat tangan. Mengaku yang mereka ada jumpa cikgu Lokman tadi. Pengawai itu  mengangguk kepala.

      "Natasha Ilyani?" tegur pengawai itu sambil melirik kad pelajar gadis tersebut. Natasha tidak bercakap walaupun sepatah, memberi reaksi apa entah lagi. Diam membisu dengan wajah dingin memanjang. Bila nak tua?

      "Saya dapat tahu, awak paling rapat dengan cikgu Lokman. Betul?" tanya pengawai itu dengan kening terjongket. Dia melihat gadis itu atas bawah. Natasha tidak menjawab sekadar merenung anak mata pengawai tanpa rasa cuak. "Saya tanya lagi sekali, betul ke tidak?"

      "Sejak bila tuan buat pangkatan nak ambil tahu pasal saya dalam keadaan panik macam ni?" soalan dibalas dengan soalan. Pengawai itu berdehem sebelum mengalihkan pandangan ke arah Thaqif yang dari tadi merenung Natasha. Tak faham dia macam mana Natasha itu boleh tenang macam gitu sekali.

Natasha menundukkan kepalanya sambil tersenyum sinis. Kelakar.

Thaqif menerangkan kepada pihak polis tersebut detik pertemuan dia dan Cikgu Man pagi tadi. Dia sekadar datang untuk menghantar maklumat-maklumat pelajar tingkatan satu yang ingin sertai kelab ragbi sahaja. Dan masa itu tak ada pun perkara yang pelik

Laila dan Danish pula bersama-sama berjumpa dengan Cikgu Man pagi itu. Laila berjumpa atas sebab ingin hantar borang untuk jadi salah seorang ahli ragbi. Danish pula datang sebab ingin tukar Unit Beruniform. Itu pun pagi-pagi lagi mereka berdua tercegat dekat depan pintu Cikgu Man.

Shaqeen pula berjumpa kerana Cikgu Man yang panggil dia siang itu. Ingin bercakap mengenai program Mekanikal akan datang. Cikgu Man bukan sekadar cikgu sukan tapi mengajar dalam bidang Mekanikal.

Dan Natasha masih diam membisu tidak memberikan keterangan. Rakan-rakannya yang lain sudah diminta untuk meninggalkan kantin itu. Aniq yang malas nak masuk kelas terus mengajak rakan-rakannya duduk bertapa dekat bilik kelab ragbi.

      "Tolong bagi kerjasama, kami ada banyak lagi urusan nak kena selesaikan. Bukan awak saja kami nak uruskan," pengawai itu naik bengang bila Natasha memilih untuk berdiam diri.

Natasha melihat sekilas pengawai tersebut. "Kerjasama untuk uruskan sebagai musuh atau memang dengan niat yang baik?" soalan Natasha mendapat respons terkedu pengawai tersebut.

      "Awak ni betul ke tak ada jumpa Cikgu Lokman siang tadi?" tanya pengawai polis lagi satu. Natasha tidak menjawab sekadar membuat urusan sendiri. Malas dia nak menjawab, pandai-pandailah dua pengawai ini uruskan sendiri. Ingat dia rajin nak bercakap ke?

Tiba-tiba Pendakwa Raya Sufian dan Detektif polis datang pada masa yang sama. "Ada masalah ke?" soal Detektif kepada dua anak buahnya itu. Dua pengawai itu bangun berdiri sebelum menyapa dua orang yang berjawatan tinggi itu.

      "Pelajar ini kata dia ada berjumpa dengan pelaku tapi dia masih tak bagi kenyataan dekat kami. Diam membisu je dari tadi," jelas pengawai tersebut.

Sufian mengangguk faham bila dia melihat Natasha Ilyani itu. Beberapa minggu yang lepas, gadis itu yang tolong dia selesaikan masalah Pk Koko sekolah ini dulu. Kalau tak sebabkan pendrive yang isi kandungannya padat dengan kes jenayah. Dia sendiri tak tahu. Macam mana gadis itu tahu pun dia sendiri tak tahu.

      "Tak apa biar saya bercakap dengan dia," suara Sufian. Dua pengawai itu mengangguk faham sebelum memberi ruang kepada Pendakwa Raya dan Detektif mengambil tempat berhadapan gadis dingin itu.

      "Saya tak akan bercakap selagi dua orang itu masih ada dekat sini. Lagi-lagi yang pendek tu."

Detektif menoleh memandang dua orang pengawai tersebut sebelum menyuruh mereka berdua keluar dari kantin. Keadaan kembali sunyi dan sepi. Sufian dan Detektif turut diam sekadar melihat gadis dekat depan mata mereka itu sedang tulis sesuatu di atas kertas.

Memasing tengah bagi masa dekat Natasha. 5 minit kemudian, Natasha mengangkat kepala memandang dua orang lelaki yang usianya lebih tua darinya itu.

      "Dekat sini ada tiga kemungkinan. Pertama sekali saya akan cakap pasal pelajar perempuan tadi tu. Dia seorang yang pendiam, ulat buku. Memang fokus dengan pelajaran. Tak aktif pun dalam koko tambahan pula dia tak pernah sertai mana-mana kelab atau Unit Beruniform selama dia dekat sini. Orangnya akan hadap buku 24 jam. Dan dia pelajar Sains tulen," jelas Natasha.

Detektif dan Pendakwa Raya mendengar dengan teliti. Tiba-tiba rasa macam seronak pula dengar budak berusia 16 tahun ini bagi keterangan secara terperinci. Lain macam cara Natasha ini. Macam bukan budak sekolah menengah pun ya juga.

      "Motif kedua dalam kes ni, dendam."

      "Dendam, siapa dendam siapa?" soal Detektif sebelum sekali lagi dia cuba hadam tiga helai kertas yang berlainan situasi.

      "Pendakwa mesti tahu kan siapa?" tanya Natasha dengan senyuman sinis terukir. Sufian merenung wajah remaja itu mencari maksud yang dikatakan. "Dia ke?"

Natasha menjongket bahu sahaja. Pandai-pandai lah orang dewasa ini fikir sendiri. "Dan last yang kemungkinan memang cikgu Man yang buat. Saya tak tahu."

Sufian dan Detektif memandang antara satu sama lain.

      "Tadi awak kata, awak ada jumpa dengan pelaku betul? Awak ada nampak apa-apa benda yang mencurigakan? Dia nampak macam serabut ke, apa-apa je. Ada?" tanya Detektif kepada Natasha.

      "Oh... saya tak ada pun jumpa dia hari ni," balas Natasha dengan senyuman terukir. "Tapi... saya nak pesan dekat tuan. Pengawai yang pendek tu ada something fishing...,"

      "Maksud awak?"

      "Dalam sekolah ni tak ramai tahu siapa saya. Cikgu-cikgu pun tak tahu saya dah kenal lama dengan cikgu Man tu. Tapi macam mana anak buah tuan boleh tahu saya rapat dengan cikgu Man? Saya curios."

Detektif menoleh kepala ke belakang memandang dua orang pengawai yang sedang berdiri di muka pintu kantin tersebut. Kepala menoleh kembali ke arah Natasha. "Awak yakin dengan apa yang awak cakap ni?"

      "Saya yakin, saya cakap. Saya tak yakin, saya kalis."















Andrea Hirata pernah berkata:
"Fiksi, bukan sekadar mengadakan yang tidak ada, fiksi adalah cara berpikir."

Fiksyen ni bebas ikut pemikiran penulis tapi sebagai penulis pun kena tahu batas juga. Sekian...

Dan pesanan sayang dari saya ialah:
"Mohon tabah lepas ni. Sebab swing and wing tidak menjaminkan kebahagian."  :)

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now