13.

146 30 2
                                    

Pintu bilik yang tertulis 'PK. Kokorikulum' di buka tanpa salam di beri. Biarlah orang nak kata dia apa sekali pun janji dia tahu batas. Biarlah orang nak kata dia pelajar paling kurang ajar dengan guru ke apa ke. Dia tak kesah.

Janji dia kurang ajar dengan orang yang sepatutnya kena di ajar.

      "Memang dah lama ke jadi munafik separuh jalan?" Soal Natasha dengan sinis kepada PK Koko yang sedang menatap buku-buku itu sekadar mengabaikan soalannya.

Natasha merengus kasar. Cuba menahan diri dari tak terus saja bunuh orang tua tak sedar diri ini.

Dia jadi macam ini pun sebab dia tak boleh terima bila orang-orang atasan ini cuba nak merendah-rendahkan pelajar-pelajar macam mereka. Dia tak boleh terima bila sesuka hati saja Tuan Razak ini langgar janji yang telah di tubuhkan.

Dan hari ini memang dia berang. Dia nak tuntut hak kelab. Ingat pelajar macam dia orang ini tak boleh nak tuntut hak ke? Sebab pelajar lah ada hak mereka sendiri.

      "Tuan punya level munafik ini boleh kalah ahli politik. Dia orang pun tak sanggup nak undi Tuan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebab perangai Tuan yang boleh buat orang lain gila. Tuan tak layak pun jadi Penolong Kanan Kokorikulum. Tuan lebih layak jadi Penolong Kanan Munafik." Pedas kata-kata yang keluar dari mulut gadis ini.

2 minggu dia kena hadap kes ini. 2 minggu dia cuba cari jalan selamatkan kelab. 2 minggu ini juga dia tak cukup rehat sebab orang tak guna macam ini.

Tuan Razak menutup bukunya sebelum meletakkan di atas rak. Kemudian, dia melabuhkan punggung di atas kerusi berempuk miliknya.

      "Salam tak bagi, awak kafir ke?" Soal Tuan Razak.

Natasha sekadar tertawa sinis. Ingat dia terasa ke?

      "Saya kena bagi salam ke? Setahu saya... Tuan pun macam orang kafir juga." Ujar Natasha selamba sebelum dia duduk di atas kerusi berhadapan Tuan Razak itu.

      "Cukup ilmu sangat ke sampai nak jadi manusia yang kurang ajar dengan orang yang lebih tua?"

      "Saya kurang ajar dengan orang yang patut kena ajar, tuan." Balas Natasha dengan senyuman sinis terukir. Kening kiri di jongket. Sahaja nak provok Tuan Razak ini.

Bengang dia dengan Tuan Razak ini memang tak boleh nak dibincangkan lagi.

      "Kamu tak perlu nak ajar saya. Saya cikgu jadi saya tahu apa yang saya buat. Kamu sebagai pelajar kena hormat dengan cikgu-cikgu. Jangan tunjuk belang." Kata Tuan Razak sambil menunding jari kepada Natasha.

      "Satu jari tunding dekat saya. Empat jari tunding dekat diri sendiri, tak sedar ke? Kalau tuan nak saya hormat tuan macam anak raja, maaf tak akan sama sekali. Tuan punya munafik buat saya rasa nak je bunuh tuan ini jam." Kata-kata berani keluar dari mulut Natasha.

Tuan Razak menahan diri dari terus mengamuk. Bila ada pelajar kaki psiko orang ini buat dia runsing sekali sekala.

      "Perjanjian atas kertas kita dah buat. Perjanjian yang dah di rakam pun dah di buat. Tapi masih nak main kotor, dah cukup berkuasa ke Tuan Razak kita ni?" 

      "Kamu bercakap macam kamu pula yang ada kuasa. Kamu tak sedar ke kamu tu seorang pelajar yang harus hormat guru? Soal perjanjian itu saya kena patuh ke dengan syarat budak-budak macam kamu?"

Natasha merenung tajam Tuan Razak.

      "Budak-budak akan patuh, tapi saya bukan budak macam tuan kata kan. Kami ada hak nak tegakkan keadilan."

      "Keadilan apa yang kamu nak kan? Sedar lah kelab ragbi itu tak boleh pergi jauh. Ramai pelajar tak berminat dengan ragbi itu."

      "Bukan ke sejak 2 tahun yang lepas, tuan sendiri yang buat kerja kotor? Ingat saya tak tahu ke apa tuan buat? Jangan sampai perbuatan makan diri sendiri tuan."

      "Apa yang saya buat? Kamu tu pelajar baru jangan nak buat macam dah tahu selok belok dekat sini."

      "Tuan Razak ingat saya bodoh ke? Ingat tak tahu yang nama pelajar-pelajar kelab ragbi banyak kena buang dan pindah masuk kelab lain? Sesuka hati tuan je kan... mana pergi prinsip 1 murid 1 sukan yang kerajaan sendiri tetapkan." Kata-kata Natasha membuatkan Tuan Razak terdiam. Sepeti mulut tiba-tiba kena zip semacam.

      "Pelajar-pelajar ada hak mereka sendiri tuan. Apa guna mereka masuk sekolah sukan tapi nama kena buang sesuka hati untuk masuk kelab lain. Pelajar macam kami pun ada hak untuk tak nak bagi kelab ragbi bubar sesuka hati."

      "Apa kamu cakapkan ini? Mana bukti yang saya buat tu semua? Kamu kalau tak ada benda nak cakap lagi, sila keluar lah."

Natasha memetik jari, sebelum telefon dari blazernya di keluarkan. Skrin telefon di buka sebelum satu fail di buka dan diberikan telefonnya kepada Tuan Razak.

Tuan Razak dengan ragu-ragu mengambil telefon itu sebelum membaca satu dokumen yang agak panjang itu. Tuan Razak terkedu bila membaca butiran yang tertera.

      "Tuan kalau nak delete depan saya pun, saya tak kesah. Sebab dari awal lagi saya dah buat backup." Ujar Natasha.

Tuan Razak merengus kasar sebelum telefon di berikan kembali kepada empunya badan. Badan yang tadi elok tegak terus di hempaskan ke belakang. Mula rasa sakit kepala tanpa di duga.

      "Kamu nak saya buat apa?"

      "Kan senang dari awal tuan tanya apa yang saya nak. Tak perlu saya buat kerja bodoh macam ini." Kata Natasha sebelum dia bangun sambil membetulkan bajunya.

Blazer berwarna mint itu di kemas kasi rapi.

      "Ikut perjanjian yang ditetapkan. Kalau tak, tahu lah apa nasib tuan lepas ini. Jawatan Menteri Pendidikan pun nak dapat tak boleh." Sinis gadis itu berkata.

Tanpa banyak cakap, Natasha keluar dari bilik Penolong Kanan Kokorikulum itu dengan senyuman kemenangan. Tapi dia tahu benda ini tak akan selesai selagi Tuan Razak tak buktikan keadilan.

Tuan Razak menghentak meja sebelum barang-barang di tolak sehingga jatuh ke lantai. Tertekan dia bila ada pelajar berani mati macam ini. Dia tahu kalau perbuatan dia bocor kepada orang-orang atasan air muka dia akan jatuh.

Impian nak jadi salah seorang ahli politik tertinggi pun tak akan dapat.

Natasha membetulkan tudung yang serabai di cermin papan kenyataan luar bilik PK Koko itu. Sedang dia membetulkan tudung terasa di diperhati. Dari pantulan cermin dapat dia lihat beberapa susuk tubuh yang sedang merenung dia tajam.

Dia menoleh ke belakang dengan wajah tiada perasaan.

      "So, Thaqif. Apa yang kau gelabah macam minta kena tanam sedangkan member depan mata elok tak mati lagi." Aaraz bersuara sebelum air milik Aniq dia rembat.

Thaqif menggaru kepala memandang wajah Natasha silih berganti dengan rakan-rakannya yang lain.

      "Sumpah tak kelakar Thaqif. Aku punya gelabah sebab notifications masuk, last-last hidup lagi budak ini." Kata Aniq dengan tak puas hati. Badan Aaraz di tepuk sebelum dia merampas kembali air nya.

      "Apa dah jadi sebenarnya, Natasha Ilyani? Thaqif kata kelab ragbi nak kena bubar, betul ke?" Soal Shaqeen.

Natasha melihat jam di skrin telefonnya. Kemudian, lengan baju Danish dan Aiman di tarik.

      "Jom, pergi makan." Ajak Natasha dengan senyuman yang tak pernah siapa nampak kecuali Hayy Dhani.

      "Kenak dengan ompuan ya?" Soal Miro yang tiba-tiba rasa kena renjatan bila tengok Natasha Ilyani macam ini.

Tak ini bukan sebab jatuh cinta tapi ini sebab tak percaya.

      "Tak tahu lah, jom ikut."













Maaf kalau rasa part ini macam negatif tapi saya nak awak semua fikir positif. Dah habis cerita ini saya akan jelaskan panjang lebar....

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now