10.

167 34 3
                                    

Pada belah petang, setelah semua selesai menunaikan solat asar kecuali Miro yang bukan beragama islam itu. Mereka segera ke padang ragbi untuk melakukan latihan. Latihan petang tak seberapa.

Walaupun, sudah ada Shaqeen dan Miro. Mereka tetap membuat keputusan untuk sekadar melakukan latihan yang tidak terlalu memenatkan. Faham yang masing-masing perlukan rehat sebab tenaga mereka harus di gunakan untuk Sabtu ini.

Bukan apa, nak atau tidak mereka kena teruskan sahaja perlawanan bola sepak itu. Nak kata menyesal tidak juga sebab mungkin itu satu peluang kalau mereka menang. Boleh lah sekali-sekala nama kelab ragbi yang digelar Swing Warrios ini naik carta gosip terhangat di laman web sekolah.

Mereka sudah pasti, perlawanan hari Sabtu nanti akan jadi meriah. Bukan tidak tahu dengan perangai musuh sendiri macam mana. Suka berbangga-bangga. Lagi lah mereka ada bekas pemain dari kelab bola sepak. Boleh lah nak tunjuk hebat yang kelab sendiri itu kuat dan mampu kalahkan pemain ubi seperti Swing Warrios ini.

Dalam keadaan masa yang makin suntuk ini, mereka seolah-olah tidak terkesan dengan perlawanan yang akan tiba. Seolah-olah seperti satu pasukan itu telah di gabungkan dengan pemain handalan dari setiap negara yang ternama.

      "Abang-abang ragbi kita ini semua mesti handal kan?" Satu suara menegur. Susuk tubuh yang memang tidak diingini untuk Swing Warrios bertemu itu mencemar duli suasana latihan mereka.

      "Kau buat apa dekat sini?" Soal Thaqif yang sudah berubah reaksi. 

      "Saja, nak tengok abang-abang ragbi ini berlatih macam mana. Tak sangka lah pula kau orang ini berlatih ragbi." Balas Remy dengan muka tidak bersalahnya itu.

      "Jadi, ada masalah ke dengan kau? Suka hati kita orang lah nak berlatih apa sekali pun. Tak ada kena mengena dengan kau kut?" Balas Thaqif kasar.

Memang pantang dia bila orang datang sekadar nak provok kelab ragbi semata-mata. Bukan sekali dua mereka kena, sudah berkali-kali. Dah boleh hadam lah perangai Remy yang tak bertauliah ini seorang.

Syukur sahaja mereka sebab tak ada 10 orang jenis perangai macam Remy dekat sekolah itu. Kalau ada kutu pun boleh mati mendengar.

      "Balik lah Remy, aku malas nak bertekak dengan kau." Halau Thaqif.

      "Aku memang dah nak blah pun dari sini, tak payah halau pun tak apa." Ujar Remy.

      "Bagus. Jadi boleh dah angkat kaki berambus dari sini." Balas Thaqif dengan penuh geram.

Remy tertawa sinis. Tak sangka kehadiran dia ke padang ragbi ini mendapat layanan macam ini.

      "By the way, jangan lupa pula Sabtu ini. Tak pun kau orang mengaku kalah je, kan senang. Tak perlu kita nak berlawan sebab aku tahu kemenangan di pihak pasukan aku." Kata Remy dengan bangganya.

      "Yakin pula kau ya, silap haribulan pasukan yang selalu training bola sepak itu lah yang jatuh dulu." Thaqif masih bengang.

      "Eh, baru aku perasan. Budak perempuan tu tak ada dekat sini. Aku nak bet kau orang, kalau kau orang kalah budak perempuan tu aku nak." Ujar Remy dengan sengihan bermakna.

Miro dan Shaqeen yang dengar berasa api sahaja.

      "Kau ingat kawan aku tu barang ke apa bodoh? Nak main pass-pass. Sebelum bola ini dekat muka kau baik kau berambus lah." Halau Miro.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now