14.

155 30 7
                                    

Pintu loker di tutup dengan rapat setelah barang-barang untuk kelas pagi itu elok di keluarkan. Baru sahaja ingin toleh ke arah kanan untuk menuju ke taman lavendar. Dia di kejutkan oleh seorang manusia yang kurang akhlak.

      "Good morning, manager!" Ucapan pagi dari Aniq dengan penuh keceriaan buat Natasha.

      "Good morning." Balas Natasha dengan kepala di gelengkan. Bertuah punya Aniq Rafiqin, sejak bila entah ada dekat sebelah dia pun, dia sendiri tak perasaan.

      "Kau dah sarapan?" Soal Aniq.

      "Belum."

      "Kalau gitu jom teman aku makan. Banyak benda kita nak tea kan ni." Teruja Aniq berbicara sambil beg galas Natasha di tarik.

Dia tahu yang pengurus dia itu sangat tak baik hati nak teman dia pergi sarapan. Tapi... ini kan Aniq Rafiqin siapa saja berani bantah? Ya, mestilah ada kalau bukan Aaraz Rayyan.

Sampai sahaja di kantin, Natasha mengambil tempat sementara Aniq cuba menghabiskan duit sendiri walaupun berat hati dia nak habiskan. Tapi sebab untuk diri sendiri jadi tak perlu kedekut. Mesin ATM dia ada di mana-mana sahaja nanti.

Selesai membeli makanan, dia mengambil tempat berhadapan Natasha. Natasha yang perasan dengan kehadiran Aniq, dia meletakkan kembali telefon di tepi.

Tak akan nak main telefon waktu orang makan. Tak beradab.

Sepiring roti bakar di berikan kepada Natasha dengan sekotak susu dutch lady perisa coklat.  Gadis itu tidak menolak malah menerima dengan hati terbuka. Dah dia yang kena tarik datang teman Aniq ini seorang.

Apa entah yang dia nak spill the tea sangat.

      "Aku nak tanya sikit boleh tak?" Pinta Aniq.

      "Tanya lah."

      "Kenapa kau tak nak je jujur dari awal dengan kita orang pasal benda ini. Bukan apa, Tuan Razak itu bahaya, macam-macam dia boleh buat dekat kau. Jangan lah berani sangat."

Natasha yang menyedut susu dutch lady itu tidak membalas. Sebab tahu Aniq masih nak sambungkan percakapan.

      "Walaupun kita baru kenal, baru nak rapatkan hubungan sesama islam. Aku sayang doh kawan-kawan aku. Sayang aku dekat sini bukan perasaan cinta seseorang dekat orang yang dia suka. Tapi sayang dekat seseorang yang di gelar kawan malah sahabat. Bahaya, kau buat perangai macam semalam." Panjang lebar Aniq berkata.

Macam salah seorang falsafah pun ada gayanya. Dengan tangan-tangan di gerakkan sekali seumpama orang profesional sedang memberi pendapat dan pengalaman kehidupan.

      "Betul apa yang Aniq kata tu, Natasha. Kita orang dah anggap kau macam kawan sejak kau masuk kelab ragbi ini. Kita orang tak nak kau jadi apa-apa." Thaqif yang baru muncul dengan buku penuh di tangan mengambil tempat bersebelahan Aniq.

      "Ya, kalau tak... tak ada maknanya Thaqif nak gelabah macam orang mati bini." Sampuk Aaraz yang duduk bersebelahan Natasha.

Thaqif menunjukkan penumbuk kepada Aaraz yang suka hati saja nak cakap dia 'gelabah macam orang mati bini'.

Dhani dan Sayf pula datang dengan tangan masing-masing menatang dulang yang berisi makanan mereka sendiri.

      "Apa kau nak buat kalau Tuan Razak tu memang tak dengar cakap?" Soal Sayf yang mengambil tempat bersebelahan Natasha itu.

     "Wah! Boleh bercakap eh hari ini? Bukan saja kan?" Aaraz memerli Sayf. Sayf sekadar menjeling Aaraz.

Sahaja lah itu nak sakitkan hati orang.

      "Haah, apa kau nak buat kalau orang tua tu still langgar janji?" Tanya Aniq yang ingin tahu juga apa idea Natasha ini.

Semalam satu hari mereka duduk berkumpul dekat kantin semata-mata nak bercerita mengenai masalah kelab. Dari A to Z, Natasha jelaskan satu persatu.

      "Kalau dia berani langgar janji, semua perbuatan dia aku bagitahu pihak PPD." Jawab Natasha sebelum telefon yang di atas meja itu di gapai.

      "Kau seriuslah? Kau tahu kan Tuan Razak itu boleh tahan dia punya pengaruh. Ibu bapa pelajar dekat sini pun percaya dia seratus peratus! Kau gila nak bawa kes dia sampai PPD?" Balas Thaqif yang masih tak percaya.

      "Kenapa tak boleh pula? Dia fikir dia anak Sultan Johor? Sultan Pahang tak boleh usik sikit. Dia sekadar Razak bin Abdul latar belakang dari keluarga orang-orang biasa. Kesah apa aku kalau dia orang kuat politik sekali pun. Pelajar ada hak dia orang sendiri, lagi pun ingat aku nak bagi muka apa yang dia dah buat." Panjang Natasha berbicara.

Mentang-mentang kelas mula pukul 8:30 mula lah memasing nak berborak panjang sekali-sekala macam ini.

      "Dhani... pendapat?" Aaraz ingin cuba mendapat pendapat dari Dhani. Sebab antara mereka berlima, Dhani lebih matang pemikiran.

      "Pelajar boleh buat laporan dekat PPD. Seorang cikgu akan dapat satu amaran kalau ada pelajar buat laporan dekat sana. Maksimum amaran untuk seorang cikgu sebanyak 3 kali sahaja. Lebih dari 3 kemungkinan cikgu itu kena tukar sekolah atau entah lupa. Tapi... benda ini dah lama, aku tak tahu kalau PPD sekarang masih guna cara yang sama. Sebab aku tahu benda ini pun dari pak cik aku," Dhani menarik nafas.

      "Laporan sebanyak 3 kali itu kalau kes dia ringan je bukan yang besar. Tapi kalau kes macam Tuan Razak ini dah termasuk bawah undang-undang jenayah, bukan setakat PPD je yang ambil kes tapi sekali dengan polis, PDRM dan pihak makhamah. Lagi teruk nama sekolah boleh terjejas." Sambung Dhani.

Aaraz dan Aniq menepuk tangan tanda bangga dengan penjelasan Dhani itu.

      "Sekarang ini kita nak buat apa?" Soal Aniq.

      "Kita tunggu dan lihat. Kalau dia tak ikut perjanjian lisan dengan bertulis tu, tahu lah dia. Nak jadi YB pun tak akan lepas." Balas Natasha.

      "Jom gerak. Lagi 15 minit kelas dah nak start ni." Thaqif mengajak rakan-rakannya untuk masuk ke kelas.

Masing-masing segera bangun dan menuju ke kelas masa pertama mereka. Dhani dan Natasha yang satu kelas pada masa pertama itu berjalan seiring menuju ke bangunan sastera.

      "Are you sure you want to continue the plan?" Dhani mulakan berbicara terlebih dahulu.

      "I don't know. Kadang-kadang rasa diri terlebih berani buat keputusan. Aku takut keputusan makan tuan sendiri. Tapi benda tetap kena jalan kan?" Balas Natasha dengan senyuman nipis.

Cuba untuk tutup perasaan takut dia. Dia takut kalau dia terlajak laku sehingga tak boleh nak undur kembali lepas itu. Dia takut kalau jadi apa-apa pada masa akan datang. Keluhan dilepaskan.

      "Don't worry. Kita orang ada, sama-sama selesaikan masalah ini. Jangan risau."

      "I hope that."

     

     

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant