41.

76 18 25
                                    

Swing Warrios termasuk Laila serta beberapa rakan pasukan yang sudah terlibat. Tambahan Melia yang masih dalam mood menggedik dia itu. Terlentang diatas padang ragbi.

Setelah beberapa minggu menjalankan tugasan akhirnya mereka berjaya juga selesaikan rancangan yang disusun dengan rapi.

Dhani dan Thaqif yang seperti mak dan ayah jalan sambil membawa beberapa plastik beg yang diisikan dengan makanan dan minuman. Disebabkan dia orang terlalu cerdik sampaikan guru-guru sendiri naik risau. Akhirnya, Pengetua belanja mereka makan.

      "Eh, Melia kenapa kau dekat sini ah?" Soal Aaraz. Dia dari awal perkenalan dengan Melia memang tak suka itu sangat tak berbawa bincang. Walaupun, Melia pandai menyanyi tapi dia tidak suka mendengar gadis itu berbicara.

Sakit telinga hingga ke hati.

      "Suka hati I lah, you sibuk kenapa? Ada masalah."

      "Kau bukan boleh percaya, tahu-tahu nak buli kawan aku. Siap kau kalau buli, Natasha." Pesan Aaraz.

      "Tak ada masa lah I nak buli dia, lagi pun I mana ada kawan lagi dah semua dah tak nak kawan dengan I. Tegur atau nak bercakap pun dah tak nak, salah I kut sebab suka sangat buli orang."

Tak kala suasana menjadi sunyi seketika bila mendengar cerita ringkasan dari Melia itu. Tak tahu nak percaya atau tidak tapi sejak dua menjak ini berita itulah yang jadi bawang untuk mak cik- mak cik bercerita di laman web sekolah.

      "Betullah tak semua kawan itu boleh ada waktu susah senang dengan kita. Bila dapat berita daddy I dah nak bankrup semua jauh dari I sebab ya dah tak ada duit. Tak sangkalah karma Allah bagi tu sekejap je, tahu-tahu rasa sakit sebab kena tinggal dengan kawan sendiri." Sambung Melia.

Walaupun tak ada siapa bertanya masalah dia. Sedia maklum mulut dia yang tak reti diam itu tetap akan membuka topik.

      "Asal aku tak tahu?" Soalan dari Sayf sekadar dibalas dengan senyuman senget Melia.

Disaat suasana sebegitu, kelihatan jelas aura lain dari gadis tersebut. Kalau watak Natasha itu lebih kepada dingin yang dalam hati ada taman. Tapi kali ini bertukar kepada Melia perwatakan yang gedik dan tidak disukai ramai. Dalam diam ada ego dalam diri.

      "Bagitahu you pun apa je I dapat? Lagipun mana ada orang suka dengan I termasuk you, Sayf."

Sayf tidak menjawab, tapi dalam hati rasa nak sahaja tampar gadis itu. Memang dia tak suka Melia tapi gadis itu rakannya sejak kecil. Mustahil dia tak ambil tahu.

      "Eh apa sedih-sedih ni, makanlah. Nanti sejuk tak sedap," Melia cuba memulihkan keadaan.

      "Betul tu makanan lagi penting dari semua ni, mari kita makan." Ujar Aiman. Tapi disiku oleh Putra. Sedar ayat Aiman itu boleh bagi Melia Zaqrina itu terasa hati.

Tapi gadis itu sekadar tersenyum sahaja dengan menampakkan lesung pipit sebelah kiri.

Semua mula berubah topik tidak mahu lagi membuka kisah sedih Melia itu. Anggap sahajalah yang gadis itu tengah muhasabah diri walaupun susah nak dipercaya oleh mereka semua.

      "Baru aku perasan, kau ni bukan ke perempuan yang berlakon kena tikam tu?" Soal Aniq kepada gadis bernama Alia yang turut serta berkumpul di padang tersebut.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Kde žijí příběhy. Začni objevovat