37.

113 26 25
                                    

Sayf menyandarkan badannya ke dinding dan kaki dilunjur panjang. Gitar diletakkan ke atas riba sebelum jari laju memetik tali gitar. Dia cuba mencari keselesaan tersendiri.

      "We were better off as friends...," lagu Friends yang dinyanyikan oleh NIKI itu dimainkan. Entah kenapa mood dia petang ini lebih nak melayan lagu-lagu yang agak berjiwang. "Should I igrone your call when you ring my phone in the middle of the night? Thinking to myself at the end of the day...."

      "Aaraz, kawan baik kau tengah broken ke apa ni?" Soal Natasha kepada Aaraz.

Pening kepala dia bila 20 minit lagu slow dimainkan. Dah lah melodi slow maksud lagu pula macam orang tengah putus cinta. Bertambah sakit kepala dia dengan menghadap laptop lagi.

Apa jugalah masalah budak si Sayf ini sampai buat gaya orang tengah putus cinta saja. Nak kata tak kacak, nampak sangat dusta. Nak kata tak kaya, punya lah besar studio tempat dia lepak ini.

Tapi kalau nak dikatakan selalu kena reject mungkin ya. Macam mana tak, kalau perangai macam minta kena tanam awal-awal.

      "Dia memang macam gitu, suka sangat dengar lagu-lagu berjiwang. Lagi-lagi lagu NIKI," jawab Aaraz sebaik dia mengambil tempat berhadapan Natasha.

      "Tak siap lagi ke?" Soal Aaraz. Entah kenapa dari tadi dia tengok Natasha menghadap laptop. Nak kata tak selesai lagi, Aniq awal-awal dah buat kerja bagi selesai sebelum keluar cari makan. "Nat, aku tanya ni. Pekak pula kau ni."

Natasha sekadar memandang Aaraz sekilas. Kemudian, laptop dipusing ke arah rakannya itu. Aaraz terjongket kening sekitar.

      "Kenapa?"

      "Apa yang kau nampak?"

      "Nampak dua orang bodoh je."

      "Cuba tengok betul-betul...."

Aaraz merenung skrin laptop milik Natasha. "Tak ada apa-apa pun."

Natasha merenung Aaraz sebelum bebola mata diputar bawa ke atas. Menyampah betullah dia dengan Aaraz ini.

      "Melia," sampuk Sayf sambil melabuhkan duduk bersebelahan Aaraz.

Aaraz ternganga seketika. "Lah tiber pula nama perempuan tu."

Sayf menayangkan wajah bosan sebelum jari telunjuk ditekan ke skrin laptop. "Melia. Melia Zaqrina."

Aaraz merenung kembali melihat skrin laptop sebelum bibir laju sahaja bertutur. "Telefon lah," ujarnya selamba.

     "Banyak benda lagi kita boleh buat dari telefon dia." Balas Sayf.

     "Telefon dia, tanya apa yang dia dengar. Bukan suruh tanya apa khabar dia pun, mana tahu dia nak bercerita. Girl kan, bukan bapok." Kata Aaraz tanpa berperasaan.

     "Ha ha ha, ingat dia nak cerita ke? Perempuan tu dah lah tak betul je perangai macam orang hilang otak," sampuk Natasha sebelum skrin laptop di tatap kembali.

      "Apa gunanya jejaka pujaan hati dia ni kalau kita tak gunakan. Bagi sikit mamat ni kerja, boleh lah dapat pahala sebab kurang kan beban member sendiri. Kerja nak nyanyi lagu broken memanjang, baik bagi dia tugasan yang agak bermanfaat. Nampak lah function jadi member," bebel Aaraz panjang lebar.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now