21.

161 30 15
                                    

Kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan duduk. Botol mineral yang ada di atas meja di capai sebelum penutup botol di buka. Air di teguk. Mata pula melirik ke sisi melihat gadis yang sedang menulis beberapa perkara di helaian.

Tengah sediakan kuiz untuk malam nanti mungkin.

Kemudian, kepala menjenguk ke belakang melihat dua orang rakannya yang sedang menyusun barang. Dhani, Thaqif dan Miro pula sedang betulkan apa yang patut di luar dewan. Danish dan Aiman pula sediakan katil dekat asrama, nak tahu cukup atau tidak.

Putra dan rakannya Laila yang akan teman Natasha sepanjang tiga hari ini. Sedang uruskan makanan yang dah di senaraikan oleh mereka. Nak bagi senarai-senarai tu dekat mak cik kantin superpower itu.

Sayf pula baru sahaja selesai melihat alat perlatan cukup atau tidak dengan Shaqeen tadi. Ini baru dia ada rehat.

      "Thanks." Ucap Sayf tanpa melihat Natasha.

      "Thanks for?" Balas Natasha. Gadis itu lebih fokus menghadap kertas-kertas dekat tangan. Tengah catat senarai-senarai nama yang akan sertai kem petang ini.

Dan beberapa aktiviti yang kena tulis balik senarainya. Gara-gara Aniq dan Aaraz yang cuai sampai kertas senarai itu basah.

      "Aku dengan Shaqeen dah okay. Thanks." Ringkas dia bersuara.

Natasha mengangguk kepala faham. "Itu bukan ke salah satu kerja jadi pengurus kelab juga? Menyatukan ahli-ahli pasukannya."

      "Tapi macam mana kau tahu aku dengan Shaqeen tak okay? Dia cerita?"

Natasha menggelengkan kepala. Pen diletakkan, kertas di susun, planner di tutup. Cawan plastik berisi Latte ais itu disedut.

      "2 minggu aku perhatikan gerak-geri kau orang. Ada satu hari tu aku nampak kau orang terserempak, then berbual tapi macam nak gaduh. Dari situ aku tahu kau orang tak okay."

Sayf sekadar tersenyum nipis sahaja. Betullah itu, sebelum ni dia ada je terserempak dengan Shaqeen. Dan sepupu dia itu pula ajak berbual, tapi perbualan mereka lebih ke arah pergaduhan.

Lagi pun mustahillah Natasha tak akan tahu. Pasti gadis itu akan siasat punya siapa Sayf dan Shaqeen ini. Kalau kes PK Koko pun dia boleh tahu, mustahil ahli-ahli Swing Warrios dia tak tahu.

      "Kau tak rasa sunyi ke?" Soalan dari Sayf sekadar di balas dengan wajah berkerut Natasha sahaja.

      "Sunyi?"

      "Sunyi tak ada kawan berborak. Kau tahu kan lelaki dengan perempuan ni nak berborak pun kena jaga batas juga, tak boleh main sebat je. Kau tak teringin nak ada kawan perempuan selain Syilla ke dekat sekolah ni?"

      "Aku kena teringin ke? Tak kut. Okay je seseorang."

      "Tapi kalau kau ada kawan perempuan dekat sekolah ni. Ada lah orang boleh tolong tengok masa kau sakit ke apa ke."

      "Tak nak. Seseorang tu lebih okay."

Keras kepala Natasha ingat senang nak dibendung ke? Curah air banyak macam mana pun tetap tak akan nak dengar kata. 

      "Teruk sangat ke sampai tak boleh nak terima yang lain? Semua orang tu kan ada identiti dia sendiri. Kenapa nak kena menderitakan diri sendiri untuk orang yang tak pernah hargai?"

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu