40.

83 21 9
                                    

Pintu bilik mesyuarat dibuka dengan seluas yang mungkin. Susuk tubuh Pengetua, Cikgu Man, Penguam bela rakan baik cikgu Man. Serta beberapa orang yang tidak dikenali oleh Swing Warrios memenuhkan ruang bilik mesyuarat.

Tidak ketinggalan gadis bernama Alia yang hampir menjadi mangsa korban turut datang ke bilik mesyuarat.

Swing Warrios memandang antara satu sama lain sambil menunjukkan reaksi bingung tanda tidak faham.

      "Tahniah ahli Swing Warrios, anda semua berjaya mengharungi cabaran yang telah kami bercadang selama ini." Ucapan dari Pengetua mendatangkan tanda tidak senang buat warga yang ada disitu.

Bukan apa, reaksi anak-anak murid Cikgu Man itu sangatlah tenang macam tak faham apa yang mereka kata kan.

      "Selama ini kami telah merancang untuk memberikan kamu semua cabaran untuk melihat prestrasi kamu dalam menjiwai yang kamu semua suka. Ahkirnya, kami tidak sangka yang ada pelajar seberani kamu semua yang sanggup melawan undang-undang." Ujar Pengetua.

      "Pft... dia puji kita seh," bisik Aniq kepada Natasha yang berada disebelahnya. Gadis itu sekadar menjeling supaya Aniq dapat diam seketika.

      "Dan kami telah menyediakan penghargaan untuk kamu semua. Silakan," ucap Cikgu Man.

Semua yang ada disitu menepuk tangan dengan gemuruh. Tapi bukan untuk Swing Warrios yang masih membisu tidak mahu memberikan reaksi.

Muka masing-masing membeku.

      "Guys, bangun," arah Cikgu Mala.

Swing Warrios turut bangun dalam keadaan diam.

      "Pergi ambil sana tu sijil." arah Cikgu Mala lagi.

Tiba-tiba, satu hentakkan bergema. Kelihatan Danish dengan wajah yang mula memerah. Maklum sahaja dia dah sedia putih, bila muka naik merah nampak sangat yang dia sedang marah.

      "Kau orang fikir kelakar ke? Ingat benda ni semua apa? Cikgu-cikgu ingat kita orang sukalah dapat sijil bodoh tu? Kita orang ni punyalah penat nak selesaikan masalah sekali boleh cakap ni semua prank. Bodoh ke?" Soal Danish bertubi-tubi.

Semua terkejut bila mendengar apa yang diujarkan oleh remaja yang baru berusia 15 tahun itu.

      "Dasar sampah!" Herdik Danish sebelum dia menendang kerusi yang menjadi tempat dia duduk sebentar tadi dan segera berlalu pergi meninggalkan bilik mesyuarat begitu sahaja.

Swing Warrios sekadar diam.

      "Kami masuk sekolah sini sebab ragbi, sanggup habiskan masa sebab kena fikir macam mana nak selesaikan masalah ni. End up, macam sampah sebab kena game. Tak guna," ujar Aiman sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.

      "Jumpa kat padang masyhar je lah nanti, penat layan orang bangang." Kata Aaraz tak berlapit.

Semua ahli Swing Warrios turut mengikuti untuk meninggalkan bilik mesyuarat tersebut. Thaqif sekadar memandang wajah-wajah yang cuba mengenakan mereka itu.

Hanya seketika sebelum dia turut berlalu keluar dari bilik mesyuarat.

      "Maaf tuan, nanti saya pujuk budak-budak tu. Dia orang tu semua kepala batu sikit, susah nak terima apa yang kita dah buat dekat dia orang." Ujar Cikgu Man.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now