28.

134 35 29
                                    

      "Kenapa ada pengadil yang tak nak percaya bila kita dah sentuh pihak lawan?" Soal pelajar dari tingkatan 2 sekolah RED itu.

      "Sebab dia buta." Natasha menyampuk sebelum menayangkan wajah tidak bersalah kepada Cikgu Man. Perlilah itu.

Dia sedar dulu dia pernah buat silap masa Natasha ini belum jadi anak muridnya lagi. Tak sangka sampai sekarang gadis ini boleh ingat memori menyakitkan hati itu. Siapa saja tak sakit hati bila dah sentuh pihak lawan, tapi boleh pula cakap tak sentuh.

Tak hairan dia nampak Natasha lebih ganas dalam padang lepas kes itu dulu.

      "Sebab kekadang ada je pemain dia tak sentuh tapi kata sentuh. Tak boleh nak salahkan pengadil seratus peratus time tu sebab dia orang tak nampak effect dari pihak lawan. Lagi satu, kena tengok juga bola itu keluar lepas sentuh atau sebelum sentuh. Kalau bola dekat tangan dan disentuh sebelum bola dikeluarkan maksudnya roll ball. Tapi kalau selepas bola keluar baru di sentuh maksudnya tak ada roll ball." Terang Cikgu Man sebersalah bila Natasha buat gaya nak baling dumbell dekat dia.

      "Tapi kalau kita dah sentuh, benda dah nampak effect. Still pengadil tak adil macam mana pula?"

      "Rembat je kepala pengadil tu." Suara Natasha bersahaja.

Cikgu-cikgu yang dengar menggeleng kepala. Perangai betul gadis ini seorang. Peserta-peserta pandang tidak percaya.

Punyalah berani yang seorang ini bercakap gaya tak takut betul dengan dia. Hakikatnya mana dia pernah takut dengan Cikgu Man itu. Cikgu itu saja takut dengan orang.

      "Jangan nak ajar benda bukan-bukan."

      "Tak ajar pun. Tapi kalau nak puaskan hati pengadil senang  je main kasar. Tak dapat tangkap atau badan tarik  je baju. Tak dapat baju tapi dapat kepala tarik je rambut. Kalau botak pandai-pandai ah fikir," Natasha bersuara memberi pendapat.

Ada yang bahan gelak bila tengok gaya Natasha itu. Ada juga terfikir macam mana nak tarik kepala orang  yang tak ada rambut.

Cikgu-cikgu yang baru berkenalan dengan Natasha ini pun naik muhasabah diri dibuatnya. Terasa dalam diam.

      "Tarik tu biar sampai pihak lawan mental dengan pengadil-pengadil sekali terkaku kat tengah-tengah padang tu," sambung Natasha.

      "Macam mana nak tarik kepala orang yang botak? Tak boleh pun," salah seorang bersuara sambil mempergayakan aksi bersama rakannya yang botak itu. Menangis kawan dari tadi berfikir macam mana nak tarik tapi tak boleh tarik.

      "Fikir sendirilah macam mana. Semua benda nak disuapnya, bila nak dapat pengalaman sendiri."

Peserta tersebut diam mencebik. Baru nak tahu macam mana nak tarik. Akhir-akhir suruh cari pengalaman sendiri pula.

      "Ada soalan lain sebelum balik dorm untuk maghrib kejap lagi?" Soal Cikgu Man.

Salah seorang dari peserta mengangkat tangan, ingin menanyakan soalan yang sudah lama terbuku di dalam minda agaknya. "Boleh tambah tak makanan untuk malam ni?" Soalan luar topik.

Cikgu Man dan cikgu-cikgu lain mengurut dada untuk bersabar. Jauh betullah. Malam pun tak sampai lagi dah di tanya soalan tentang makanan.

      "Nak tambah silakan tak perlu minta izin pun, macam tak biasa." Balas Cikgu Man.

Pelajar itu sekadar tersengih menampakkan gigi. Sebelum ini memang dah terbiasa pun tambah tanpa minta izin tapi semalam nak tambah entah kenapa rasa segan semacam.

Selesai sahaja aktiviti petang itu semua kembali ke dorm untuk membersihkan diri.

      "Best tak main ragbi?" Soal NingNing sebelum dia memeluk bahu gadis yang rendah dari dia itu. "Best." Balas Natasha.

      "Untung. Saya nak juga cuba tapi itulah... budak Fares tu... walauwei banyak kedekut punya orang. Kalau bunuh dia nanti saya dapat dosa." Bebel NingNing seorang diri.

      "Rugilah kalau macam itu tak ada pengalaman macam mana nak main. Bukan senang tau perempuan cina nak terlibat dekat sukan lasak macam ini."

      "Haiyah itulah pasal. Tapi si bangang tu kedekut tak bagi saya main. Baru nak sentuh bola terus dipanggilnya kita. 'Amoi! Ambilkan tu', 'Amoi! Ambilkan ni' kalau saya bunuh dia, saya berdosa." NingNing masih lagi dengan mood membebelnya itu.

      "Kalau gitu malam ini you belajar lah macam mana nak main. Saya ajar, jangan risau kali ni si bangang tak boleh panggil you."

      "Wah! Betul ke?" Soal NingNing teruja.

Natasha mengangguk kepala. Bangga dia ada pelajar cina perempuan macam NingNing ini terjebak masuk dalam ragbi. Bukan senang nak masuk ragbi walaupun sentuh.

Kebanyakkan yang masuk tak akan mampu bertahan nak hadap latihan yang boleh pecahkan kepala. Stamina dia boleh buat orang minta jantung sahaja.

Nak kena ada mental yang kuat nak menghadap itu sangat tak mudah apa yang disangkakan. 20 minit dalam padang itu menyesakkan lagi-lagi bila dua-dua kumpulan ada potensi untuk menang. Lagi sakit jiwa nak bertahan.

Kiranya satu dalam sejuta juga buat Natasha dia jumpa orang macam NingNing ini. Selalunya perempuan takut gelap dan cepat merungut. Tapi dah kalau terjebak dalam sukan ini. Tak ada makna nak dengar rungutan.

      "Thank you! Thank you!"

      "Laila nak join?" Soal Natasha.

Gadis itu menggelengkan kepala. "Badan tak berapa nak okay takut pengsan satu kerja pula. Lain kali lah."

Natasha mengangguk faham. Baru 2 hari dia berkenalan dengan Laila ini. Dia dah tahu serba sedikit masalah gadis itu. Dia tak cukup tidur pun sebab Laila juga, saja nak mendengar masalah gadis itu malam semalam.

Akhirnya dia yang kecundang tak tentu pasal.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora